Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat m/s 1034. Kata `mini ` mempunyai maksud (1)sangat kecil, sangat pendek. ( 2) sebagai imbuhan awalan asing iaitu juga bermaksud sangat kecil atau singkat. Maka contoh yang diberikan seperti bas mini, karipap mini, pasar mini. Mengapakah `miniskrit` dikatakan betul? Salahkah jika ditulis `skirt mini`kerana l`skrit mini `lebih tepat dari segi hukum D-M?Berdasarkan Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Daftar Istilah, istilah yang tepat ialah skirt mini. Kamus Dewan Edisi Keempat merakamkan perkataan ini disebabkan oleh kelaziman penggunaannya dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Istilah18.04.2009
Madah berkait dengan pujangga, dan pujangga berkait dengan puisi. Adakah 'madah' boleh dikategorikan sebagai genre puisi?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, madah bermaksud 1. kata yang terutamanya digunakan untuk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu mendengar madah Tuan Penghulu itu; 2. (sastera lama) perkataan; berpanjang madah berkata (menghuraikan dll) dengan panjang lebar; pendek ~ pendek kata, pen­deknya;.
Bermadah pula bermaksud bersyair dll dengan memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia membisu sahaja.


Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Jika mengikut konteks kesusasteraan Melayu pada hari ini, sebanyak lima genre dibahagikan dalam kesusasteraan Melayu, iaitu genre puisi, genre cerpen, genre novel, genre drama dan genre kritikan sastera. Dalam setiap genre itu pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, contoh genre puisi dibagaikan pula kepada Puisi Melayu Tradisional dan Puisi Melayu Moden. Jenis-jenis Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan seumpamanya. Puisi-puisi Melayu Tradisional ini biasa ditentukan berdasarkan bentuk, teknik dan persoalan yang ingin dikemukakan dalam sesebuah puisi itu. 

Daripada huraian maksud, madah boleh dihimpunkan dalam genre puisi.

Sastera15.06.2019
'Hamster' dalam bahasa Melayu ialah 'tikus belanda'?Hamster ialah sj binatang kecil seakan-akan tikus yg badannya agak montok dan ekornya pendek, dipelihara di rumah sbg binatang kesayangan. Tikus Belanda ialah istilah Indonesia.Istilah05.04.2010
Salam sejahtera pihak DBP, Dalam kebanyakan teks Inggeris yang saya jumpa, huruf pertama kata nama khas itu dalam huruf besar. Apabila kata nama khas itu disebut lagi, tetapi dipendekkan, perkataan itu masih lagi bermula dengan huruf besar. Jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu, perlukah kita mengikut format mereka, atau kita mulakan versi pendek kata nama khas itu dengan huruf kecil dan dianggap kata nama am? Saya ada memberikan penjelasan tatabahasa bahasa Inggeris di bawah sekali. Bolehkah penjelasan itu diguna pakai untuk bahasa Melayu? Contoh ayat seperti berikut: 1. He went to the prestigious School of Witchcraft and Wizardry. However, the School is very much full of pompous and snobby rich kids. Informasi kata nama khas bahasa Inggeris: In English, proper nouns are capitalized to distinguish them from common nouns. A proper noun refers to a specific person, place, organization, or thing, while a common noun refers to a general category. Capitalizing proper nouns helps identify them as unique entities. In the example you provided, "School of Witchcraft and Wizardry" is a proper noun as it refers to a specific institution, a particular magical school. When it is first mentioned, it is capitalized to indicate that it is a proper noun. In subsequent references, even when the full name is not used, the word "School" is capitalized because it is still referring to the specific institution, and the capitalization helps maintain that connection.

Kata nama am yang merujuk kepada kata nama khas dalam ayat sebelumnya tidak dieja dengan menggunakan huruf besar. Ini ialah gaya penulisan yang lazim diamalkan.

Lain-lain14.07.2023
Mohon penjelasan terjemahan bagi istilah "baton". Saya dapati terjemahan Khidmat Tesaurus atas talian DBP bagi istilah tersebut ialah 'baton', sedangkan terjemahan ke bahasa Melayu dalam Kamus atas talian Dr Bhanot's ialah 'cota'. Dalam hal penggunaan bahasa terjemahan, saya lebih cenderung untuk mengurangkan penggunaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Boleh saya tahu kenapa DBP tidak menggunakan 'cota' sebagai terjemahan untuk istilah 'baton'? Terima kasih.Baton bermaksud (i) kayu pendek yang diawa dan diserahkan oleh seorang pelari kepada pelari yang lain dalam pertandingan lari berganti-ganti; (ii) tongkat kecil yang digunakan oleh pemimpin orkestra untuk memberi arahan kepada pemuzik. manakala cota ialah kayu pendek dan berat yang digunakan sebagai senjata, belantan dan martil.Makna19.07.2009

Kembali ke atas