Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEATH ADDER

Death adder adalah antara ular yang paling

berbahaya di Australia. Ular ini berbadan tegap

seperti ular kapak, kepalanya lebar dan lehernya

kecil. Ekornya kecil, pendek, kebanyakannya

kurang daripada satu meter panjangnya. Ular

ini mempunyai taring yang besar dan bisa.

UMUM 
TRANSKRIPSIProses sintesis molekul-molekul RNA dengan menggunakan molekul DNA sebagai tempat bagi maklumat genetik daripada bentuk DNA ditukarkan kepada bentuk RNA. Ini merupakan sebahagian daripada proses ekspresi gen, iaitu maklumat genetik dalam DNA mengarah kepada pembentukan RNA. Arah aliran informasi di dalam sel merupakan central dogma bidang biologi molekul DNA yang digunakan untuk mensintesis RNA. RNA pula digunakan untuk mengarah pembentukan protein. RNA ialah molekul rantai panjang seperti molekul DNA juga. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara molekul DNA dan RNA. Tulang belakang bagi membentuk polimer molekul RNA terdiri daripada gula ribos yang menyerupai gula deoksiribos DNA. Ia mempunyai molekul oksigen terikat pada karbon nombor 2', 3', dan 5'. Molekul RNA juga adalah lebih kecil (pendek) daripada DNA kerana ia terdiri daripada bes urasil (U) dan bukan timina (T) seperti yang terdapat pada DNA....Sila Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
RAPANG

Rapang ialah nama sekumpulan burung pesisir

yang kecil, montok. Burung rapang berbadan

pendek dan berparuh pendek. Ia mengambil

makanannya di permukaan tanah dan bukan

mencungkilnya. Kebanyakan burung ini hanya

mempunyai tiga jari kaki. Ia berleher pendek dan

tebal. Sayapnya runcing dan menjangkaui hujung

ekornya.

UMUM 
BURUNG RIFLEMAN

Burung rifleman, sejenis burung ren yang

didapati di seluruh New Zealand. Burung ini kecil,

pendek serta gempal, dan membesar sehingga

lapan sentimeter panjang. Burung ini mempunyai

bahagian atas yang berwarna coklat kehijau-hijauan,

dan bahagian bawahnya berwarna coklat

kehijau-hijauan muda.

UMUM 
MINK

Mink ialah mamalia kecil yang berbadan kurus

dan berkaki pendek. Beratnya dari kira-kira 0.5

kilogram hingga satu kilogram. Panjangnya

berbeza-beza dari kira-kira 50 sentimeter hingga 65

sentimeter, tidak termasuk ekornya yang berbulu

lebar. Mink liar berbulu perang. Tetapi mink yang

diternak telah dibiakkan bakanya untuk mempunyai

bulu berwarna hitam, biru, kelabu-perak, dan

putih. Kulit bulu mink musim sejuk telah lama

diperlukan oleh industri bulu, yang

menggunakannya untuk membuat cape, kot, stole,

dan pakaian lain.

UMUM 
ARNAB

Arnab ialah haiwan kecil yang berbulu lembut,

bertelinga panjang dan mempunyai ekor pendek

yang gebu. Arnab tidak berjalan atau berlari

seperti haiwan berkaki empat yang lain. Arnab

bergerak dengan meloncat-loncat menggunakan

kaki belakang yang panjang dan lebih kuat

daripada kaki hadapan. Arnab juga menggunakan

kaki hadapan apabila bergerak. Haiwan ini

mengimbangi diri pada kaki hadapannya seperti

manusia mengimbangkan tangan apabila bermain

lompat katak. Apabila dikejar musuh, arnab boleh

meloncat sehingga 30 kilometer sejam. Ramai

kanak-kanak memelihara arnab sebagai haiwan

kesayangan dan banyak kedai menjual arnab jinak

yang dipelihara untuk dijadikan haiwan

kesayangan.

UMUM 
TIKUS KESTURI

Tikus kesturi ialah haiwan kecil yang kelihatan

seperti cencorot berhidung runcing. Sesetengah

tikus kesturi adalah antara mamalia terkecil yang

diketahui. Tikus kesturi yang paling kecil beratnya

hanya dua gram. Tikus kesturi hidup di kedua-dua

Hemisfera Timur dan Hemisfera Barat. Ia membuat

sarang di ladang hutan jarang, taman, dan paya.

Tikus kesturi sering disalah anggap sebagai

cencorot kerana saiznya yang kecil. Tikus kesturi

mempunyai muncung yang panjang, dan runcing

yang boleh digerakkan untuk meneroka lubang

kecil dan rekahan untuk mencari makanan. Mata

dan telinganya adalah kecil, dan badannya diliputi

bulu yang pendek, berwarna gelap.

UMUM 
SISKIN

Siskin ialah burung kecil kira-kira 11 sentimeter

panjangnya. Siskin ialah anggota famili burung

cakar. Burung ini mempunyai paruh yang runcing

dan ekor yang pendek, bercabang. Siskin jantan

mempunyai bulu berjalur kuning-hijau; siskin

betina pula mempunyai warna yang lebih pucat

dan lebih banyak kelabu.

UMUM 
ANGSA

Angsa ialah sejenis burung air yang berkait rapat

dengan itik dan swan. Seperti itik dan swan, angsa

mempunyai paruh yang pipih; leher yang panjang;

bulu tak telap air; sayap yang panjang, runcing;

ekor yang pendek; kaki yang pendek dan

merupakan kaki renang. Tetapi angsa lebih besar

daripada itik dan lebih kecil daripada swan, dan

angsa mengeluarkan bunyi ang bukannya

menguek atau bersiul. Angsa jantan dikenali

sebagai “ganders” dalam bahasa Inggeris.

UMUM 
BURUNG BAYAN

Burung bayan ialah anggota kecil dalam famili

burung nuri. Burung bayan berwarna terang

dengan bulunya berwarna hijau, merah, biru,

jingga, kuning atau ungu. Ekornya sama ada

pendek dan bersegi empat, atau panjang dan

meruncing.

Burung bayan biasanya merupakan haiwan

kesayangan yang manja dan pandai. Burung ini ialah

akrobat semula jadi dan dapat melakukan berbagai-bagai

kepandaian di tangga dan jungkang-jungkit

mainan.

UMUM 
123

Kembali ke atas