Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sarunesaruneMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan pelidah. Sarune diperbuat daripada buluh yang agak pendek dengan empat lubang jari. Alat muzik ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu buluh kecil pendek dan buluh besar. Buluh kecil pendek mempunyai sekeping pelidah yang dipotong daripada permukaan buluh kecil pada sisinya. Batang padi juga boleh digunakan untuk menggantikan buluh pendek tersebut. Buluh kecil dengan pelidah kemudiannya dimasukkan ke dalam buluh yang lebih besar dan ditiup pada pangkalnya untuk menghasilkan melodi. Kadangkala dua sarune dipasang secara berkembar untuk menguatkan bunyi. Sarune berkembar ini dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Alat muzik ini menghasil­kan melodi dalam ensembel caklempong oleh suku kaum Minangkabau di Sumatera, Indonesia dan di Negeri Sembilan, Malaysia.

phocomeliafokomeliaPerubatanTiadaKecacatan tubuh akibat ketiadaan bahagian pangkal sesuatu anggota bawah atau atas. Akibatnya tangan dan/atau kaki terlekat pada tubuh melalui tulang yang kecil, pendek dan bengkok.
bob tailekor pendekKejuruteraanPetroleumSebarang truk yang pendek yang umumnya digunakan untuk membawa para pekerja dari satu tempat ke tempat lain atau untuk membawa peralatan yang kecil-kecil atau ringan yang diperlukan oleh sesuatu proses atau kendalian yang dilakukan di medan minyak dan/atau medan gas.
bobtailed coatkot bajang pendekKesenianTiadaKot bajang berekor pendek dan berlapel kecil yang dipakai oleh masyarakat Eropah pada akhir abad ke-18 hingga awal abad ke-19.
duodenumduodenumBiologiHistologi dan SitologiBahagian pangkal usus kecil yang pendek dan lebar yang terletak di antara hujung pilorus dengan jejunum, hampir dengan vertebra lumbar kedua. Di bahagian inilah terdapat duktus hempedu dan duktus pankreas, dan bahan makanan dihadamkan oleh enzim yang dihasilkan oleh duodenum dan pankreas, dan bendalir hempedu.
shookpapan kotakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPapan bersaiz kecil dan pendek yang kurang daripada 1 m, atau papan hirisan yang digunakan untuk membuat kotak kayu atau bekar. Kayu yang digunakan untuk membuat papan kotak biasanya ringan dan mudah diproses seperti kayu pulai, kayu getah, dan jelutung, dan yang digunakan untuk membuat bekar kayu biasanya ialah spesies kayu yang tidak beracun.
acanthostyleakantostilGeologiTiadaSelumbat span monoakson yang sebahagian besar permukaannya diliputi duri yang sangat kecil dan pendek.
lower casehuruf kecil-TiadaHuruf yang fonnya sama saiz dengan huruf besar tetapi ukurannya lebih pendek dan lebih kecil. Banding upper case.
short-term objectiveobjektif jangka pendekPengurusanPerancanganSasaran tindakan berskala kecil dan lebih terfokus yang dibuat secara berperingkat dan sejajar dengan matlamat jangka panjang yang telah ditetapkan oleh organisasi. Tujuan mewujudkan objektif jangka pendek adalah untuk memastikan kejayaan di peringkat jangka pendek supaya matlamat jangka panjang keseluruhan organisasi mampu dicapai. Contohnya, organisasi menggariskan objektif tahunan dalam memastikan pencapaian perancangan strategik lima tahun boleh dicapai. Lihat juga objektif strategik.
fimbriafimbriaPerubatanTiada1. Sebarang struktur tepian, misalnya fimbria hippocampi. 2. Apendaj halus yang menyerupai flagelum, tetapi lebih kecil dan pendek, dan wujud dengan bilangan yang lebih banyak daripada flagelum. Struktur ini terdapat pada bakteria tertentu, dan mempunyai kaitan dengan sifat antigen permukaan tertentu. Lihat juga pilus (2).
1234567

Kembali ke atas