Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ké.coh] | کيچوه

Definisi : (kécoh) tipu (spt curang dlm mengukur atau menimbang barang, menipu tentang mutu barang dll): dlm perdagangan, banyak ~; mengecoh menipu (dgn kecurangan-kecurangan), memperdayakan: saudagar-saudagar selalu hendak ~ mereka; terkecoh tertipu, terperdaya; pengecohan penipuan: ~ berlaku dr segi timbang dan harga pasaran yg ditetapkan lebih rendah drpd yg sepatutnya; pengecoh penipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.coh] | کيچوه

Definisi : (kécoh) heboh, bising, riuh: ke-dengaran sesuatu yg ~, terdengar suara yg keras dan garang; mengecoh, mengecohkan 1. membuat he­boh (bising dll), meriuhkan; 2. mengacaukan, merumitkan: semua itu benar-benar mengecohkan fikirannya; kekecohan perihal kecoh (heboh, bising), keriuhan: Nahidah tidak mahu ~ berlaku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.coh] | کيچوه

Definisi : /kécoh/ perbuatan curang; tipu (ketika menyukat atau menimbang sesuatu): kena ~ kena tipu; tertipu. mengecoh berlaku curang kpd; menipu: Pekedai-pekedai selalu ~nya. pengecohan perbuatan mengecoh; penipuan. pengecoh orang yg menipu (dlm perniagaan dll); penipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ké.coh] | کيچوه

Definisi : /kécoh/ riuh-rendah; heboh; bising. mengecoh membuat bising (riuh); membising. mengecohkan menjadikan bising (riuh); meriuhkan: Jerit pekik mereka ~ suasana. kekecohan keadaan atau suasana kecoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecoh

Peribahasa

Samun sakal berdarah tangan.

Bermaksud :

Sesuatu perkara yang akan diperiksa hendaklah ada buktinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kicang-kecoh ciak). samun sakal = merampas dan menganiaya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kecoh sidang bawah pokok, PPSMI [Isu-isu akhbar Cina]Hafizah Mohd YusofUtusan Malaysia13.03.2009
Kecoh Anugerah Sastera KhatulistiwaNazmi YaakubBerita Harian27.11.2008
Kecoh teater di SingapuraTiadaKosmo05.04.2007
Kecoh buku teksTiadaWatan15.11.1978
Kecoh DBPTiadaUtusan Malaysia14.07.1977
Kecoh Seniman tak habis-habisMasron ShukorWatan19.03.1979
Kecoh sastera di Bumi KenyalangJais SahokBerita Minggu18.03.1990
Kecoh 'Balada Seorang Gadis Kecil'Isma Yatim IbrahimUtusan Malaysia09.09.1983
Kecoh penggunaan bahasa daerah di dalam sajakSiti Zaharah IbrahimUtusan Zaman05.05.1965
"Kecoh" di pertemuan puncak Bukit MelawatiAbu Hassan AshariMingguan Wanita26.09.1986
123

Kembali ke atas