Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cuaian] | کچواين

Definisi : perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cuaian] | کچواين

Definisi : sifat atau keadaan cuai; kelalaian: Kemalangan itu terjadi kerana ~ pemandu lori tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecuaian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud kecuaian dalam pekerjaan

Puan Jamiah,

Maksud "kecuaian dalam pekerjaan" dapat ditakrifkan secara literal bahawa sesuatu perbuatan yang cuai atau lalai ketika melaksanakan pekerjaan atau tugas yang diarahkan. Bersama-sama ini dilampirkan takrifan kata "cuai dan pekerjaan"  yang dipetik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan puan.

 

kecuaian perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu;

pekerjaan sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; mencari ~ berusaha utk mendapatkan jawatan atau tugas-tugas yg menghasilkan pendapatan (secara berterusan); 3. (segala) tugas atau urusan (yg telah ditentukan sbg tanggungjawab), kewajiban, peranan: pastikan supaya dia menjalankan segala ~nya dgn memuaskan; anggota pertubuhan ini hendaklah menjalankan ~ masing-masing; 4. sesuatu (apa sahaja) yg dilakukan, perbuatan: setiap hari itulah saja ~nya, menghabiskan masa dgn kawan-kawannya

Makna06.03.2009
Betulkah ayat ini? Hal ini berlaku adalah kerana kecuaian pihak penganjur.Ungkapan yang betul ialah "Hal ini berlaku kerana kecuaian pihak penganjur".Tatabahasa02.05.2013
Apakah terjemahan untuk medical error?Kami mencadangkan "medical error" diterjemahkan sebagai "kecuaian perubatan" atau "kesilapan perubatan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan06.11.2021
Salam, Kakak _____ kulit buah kiwi itu sebelum memakannya. A mengopak B mengupas C mengopek D memenggal (A atau B atau C?) Kebanyakan kejadian kebakaran berpunca daripada _____ orang ramai menjaga keselamatan. A kecuaian B kelupaan C kelekaan D kealpaan (A atau D??) Apakah jawapan yang paling sesuai??1. Merujuk Kamus Dewan, perkataan mengupas juga membawa maksud mengopak dan mengopek. Oleh itu, ketiga-tiga perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut. 2. Jawapan yang betul ialah kecuaian. Untuk maklumat lanjut sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan lihat makna setiap perkataan yang tersebut.Tatabahasa19.06.2013
Tuan, Soalan 1. Bukankah kata adjektif perasaan seperti cinta, marah perlu diikuti oleh kata "akan". Dalam T/B Dewan m/s 232, saya dapati ayat 83, Setiap rakyat harus cinta pada tanah airnya dan ayat 84, Ketua pejabat itu marah terhadap kecuaian keraninya. Soalan ke-2 T/B dewan m/s 201 mengelompokkan kata bertangisan sebagai perbuatan antara dua pihak atau bersalingan. Bukakah lebih sesuai sebagai perbuatan berulangan, berterusan atau berpanjangan? Harap tuan dapat jelaskan. Soalan ke-3 Adakah kini penggunaan "ia" boleh merujuk kepada benda/perkara? Terima kasih.1. Kedua-dua ayat itu betul kerana Kata Adjektif tidak dapat diikuti Kata Nama, maka Kata Sendi Nama hadir selepas kata Adjektif bagi menghasilkan ayat yang gramatis.
2. Merujuk Kamus Dewan bertangisan bermaksud saling melahirkan perasaan sedih (pilu dll) dgn mengeluarkan air mata dan sedu-sedan. Oleh itu, maksud ini selaras dengan pengelompokan dalam buku Tatabahasa Dewan. 
3. Ia, boleh merujuk kepada benda/perkara yang dibicarakan.
Tatabahasa28.02.2012
Mohon jelaskan secara rinci tentang perbezaan serta fungsi kata 'ialah' dan 'adalah' dalam ayat.Berikan contoh- contoh ayatnya sekali.Terima kasih."Ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, contohnya "punca kemalangan itu ialah kecuaian". "Adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contohnya; "hadiah itu adalah utk murid terpandai".Tatabahasa20.06.2009
Soalan 1 Yang mana betul? a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu. Soalan 2 Yang mana betul? a) Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara. b) Ikan paus itu muncul di permukaan air demi menyedut udara. Soalan 3 Bagaimanakah hendak menggunakan istilah baharu dan baru? Tolong sertakan beberapa contoh penggunaannya Soalan 4 Yang mana betul? a) Peluh keluar dari badan melalui kulit. b) Peluh keluar daripada badan melalui kulit. Soalan 5 Gariskan atau bulatkan jawapan yang betul. Tolong berikan penjelasan untuk setiap ayat di bawah. a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya (adalah/ialah/-) disebabkan kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu (adalah/ialah/-) tidak benar. c)Kejayaan kem itu (adalah/ialah/-) hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu (adalah/ialah/-) bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu (adalah/ialah/-) merupakan kolej yang paling terkenal. Soalan 6 Dalam Bahasa Melayu, imbuhan ter- dan kata penguat sekali sudah menunjukkan darjah penghabisan. Justeru hanya salah satu sahaja boleh digunakan. Namun begitu, adakah istilah "terkenal" boleh diikuti dengan perkataan sekali sedangkan istilah terkenal tidak bermaksud paling? Soalan 7 Apakah perbezaan antara istilah agar dan istilah supaya? Tolong berikan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut.

1. Ketiga-tiganya betul - a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu.  2. Yang betul - Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara.  3. Baru dan baharukedua-duanya boleh digunakan, contoh ayat; Kereta baharu, Dia baru sampai dari Kuala Lumpur.  4. Yang betul - Peluh keluar daripada badan melalui kulit. 

5. Yang betul - a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya ialah kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu tidak benar. c)Kejayaan kem itu  hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu merupakan kolej yang paling terkenal.

6. Imbuhan ter- dan kata penguat sekali boleh digunakan. Oleh itu terkenal sekali boleh digunakan.  7. agar dan supaya berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya;  ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung.

Tatabahasa18.12.2008

Kembali ke atas