Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dai] | کداي

Definisi : bangunan tempat menjual barang-barang, gerai, toko; rumah ~ bangunan tempat tinggal dan juga berniaga; ~ bar kedai tempat menjual minuman keras; ~ kopi kedai tempat menjual minuman dan kuih-muih; ~ lesen gerai tempat menjual makanan dan minuman; ~ makan kedai tempat menjual makanan (nasi dll); ~ minyak kedai tempat menjual minyak petrol; ~ pajak pajak gadai; ~ runcit kedai yg menjual barang-barang sedikit-sedikit kpd pengguna; ~ serbaneka kedai yg menjual aneka jenis barang; ~ urup- urup tempat menukar wang; berkedai 1. membeli-belah di kedai; 2. mem­punyai kedai, berniaga di kedai, membuka kedai: tidak banyak orang Melayu yg ~ di sana; ~ kopi menjual minuman dan kuih-kuih di kedai; mengedaikan menunjukkan (mempamer kan) barang-barang dagangan: di pasar telah disediakan tempat ~ barang-barang itu; terkedai telah dikedaikan, telah dipamerkan (bkn barang-barang dagangan dll): barang lukisan dan ukiran, sekaliannya ~ dgn permainya; kedaian 1. tempat berkedai; 2. almari dll tempat mempamerkan barang-barang dagangan: mereka melihat-lihat barang-barang yg tersusun dgn baik dlm tiap-tiap ~; perkedaian 1. perihal berkedai; 2. tempat berkedai, 3. sj tempat di kedai utk mem­pamerkan barang-barang dagangan; 4. barang yg dikedaikan (dipamerkan); pekedai penjual di kedai, orang yg berkedai; ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecil­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dai] | کداي

Definisi : bangunan tempat barang-barang, makanan dll dijual; toko. ~ kain kedai tempat bermacam-macam jenis kain dijual. ~ kopi kedai tempat minuman (kuih dll) dijual. ~ minyak kedai tempat minyak dijual. ~ pajak kedai tempat barang-barang kemas dll digadai atau digadaikan. ~ runcit kedai tempat barang-barang dijual secara kecil-kecilan (runcit). berkedai 1 membuka kedai; berniaga di kedai: Sudah banyak orang Melayu yg ~ di sana. 2 membeli-belah di kedai; berbelanja di kedai. pekedai orang yg berkedai; orang yg berniaga atau berjual di kedai: ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedai (kata nama)
Bersinonim dengan gerai, toko, warung, bangsal, stor, wisma dagang, pasar, studio, butik, lepau;,
Kata Terbitan : berkedai, mengedaikan, pekedai,

Puisi
 

Bawang dibeli di kedai Cina,
     Cina apek di kedai kopi;
Adik ikut barang ke mana,
     Adik hendak bersama mati.


Lihat selanjutnya...(28)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
upmarketadj kelas tinggi: ~ shops, kedai-kedai kelas tinggi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tacky2adj (colloq) kodi: ~ little shops in the back lane, kedai-kedai kecil yg kodi di lorong belakang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shockinglyadv very, terlalu, sangat... sekali: goods in the shops here are ~ expensive, barang-barang di kedai-kedai sini terlalu mahal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stay 1 ~ open, dibuka: the big stores ~ open till 10.00 p.m. the week before Christmas, kedai-kedai besar dibuka hingga pukul 10.00 malam seminggu sebelum Hari Krismas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rush2. (colloq) period or time of great activity, kesibukan: the Christmas ~ in the shops, kesibukan masa Krismas di kedai-kedai; the five o’clock ~, kesibukan pd pukul lima; 3. sudden demand, permintaan mendadak: a ~ for tickets for the football match, permintaan mendadak utk mendapatkan tiket perlawanan bola sepak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
downtownadj (esp US) the business centre of, pusat bandar: in ~ New York, di pusat bandar New York; the ~ shops, kedai-kedai di pusat bandar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
way~ of life, cara hidup; ~ of the world, lumrah /alam, dunia/; /across, over/ the ~, (fairly colloq) di seberang sana: the shops are just across the ~, kedai-kedai itu cuma di seberang sana; they live over the ~, mereka tinggal di seberang sana; all the ~, a. the whole distance, sepanjang perjalanan: they chatted all the ~ back, mereka berbual sepanjang perjalanan pulang; b. completely, [various translations]: she filled the pail all the ~, dia mengisi baldi itu sampai penuh; they played the game all the ~ through, mereka bermain sampai tamat; c. to the limit (esp of sexual activity) terlanjur: they went all the ~ and now she’s pregnant, mereka sudah terlanjur dan kini gadis itu mengandung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
undercutvt sell at a lower price than a competitor, menjual sst pd harga yg lebih rendah drpd: the chain store is able to ~ the small shops, kedai berangkai dapat menjual barang-barang pd harga yg lebih rendah drpd kedai-kedai kecil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
street n 1. (public thoroughfare) jalan: they roamed the ~s of the town looking for accommodation, mereka merayau-rayau di jalan-jalan di pekan itu utk mencari tempat menginap; the shops in Bond S~, kedai-kedai di Jalan Bond;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
varyvi 1. differ, berbeza-beza: prices ~ from shop to shop, harga berbeza-beza dr kedai ke kedai; opinions on this issue ~, pendapat-pendapat ttg isu ini berbeza-beza;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas