Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kedai tempat menjual makanan (nasi dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kedai (kata nama)
Bersinonim dengan gerai, toko, warung, bangsal, stor, wisma dagang, pasar, studio, butik, lepau;,
Kata Terbitan : berkedai, mengedaikan, pekedai,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Kempen Memboikot Kedai Makan Mencekik Darah" atau "Kempen Boikot Kedai Makan Cekik Darah"? atau jawapan lain yang lebih tepat?Kempen Memboikot Kedai Makan Cekik Darah. Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Empat,  cekik darah bermaksud memeras (wang, tenaga, dll).Tatabahasa26.06.2011
Salam. saya memohon untuk signboard kedai makan. Nama kedai makan saya ialah NJ JOM LEPAQ LEPAQ. status saya tak lulus. boleh saya tahu apa kesalahan bahasa nya?Assalamualaikum. Mohon tuan/puan mengajukan soalan/ kemusykilan tuan/puan kepada pegawai yang mengendalikan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan menghubungi nombor telefon 03-2147 9108/9109/9100. Sekian. Terima kasih.Lain-lain11.05.2017
salam perpaduan. Bagaimana ayat sepetutnya untuk papan iklan berikut. KEDAI MAKAN GAILUN & CATERING.Kedai Makan dan Katering - keterangan aktiviti dan letaknya di bahagian atas sebelah kiri, manakala Gailun ialah nama kedai, letaknya di bahagian tengah iklan dan saiznya lebih kecil daripada keterangan aktiviti.Lain-lain19.05.2011
Adakah "Kedai Serbaguna" merangkumi kedai makan atau restoran?Untuk makluman, tidak ada istilah kedai serba guna, sebaliknya yang tepat ialah kedai serbaneka. Akan tetapi, kedua-duanya berbeza daripada kedai makan atau restoran.Lain-lain24.02.2017
Bolehkah saya pakai nama Sports Bistro pada kedai makan saya?Nama itu boleh digunakan sebagai nama kedai. Akan tetapi, di bahagian atas sebelah kiri, perlu dituliskan jenis perniagaan yang dijalankan dalam bahasa Melayu. Contoh: Bistro atau Kedai Makan atau Restoran.

Akan tetapi, untuk pengesahan iklan, tuan/puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan/Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan:

http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx
Lain-lain05.08.2015
1.apakah istilah yang paling sesuai digunakan untuk seseorang yang melakukan kerja membancuh air di kedai makan? 2.saya difahamkan ayat "novel ini mengisahkan tentang percintaan dua orang remaja" adalah salah.saya ingin mengetahui mengapakah ayat ini dianggap ayat yang salah.1. Boleh digunakan "pembancuh air" tetapi lazimnya kita menggelar mereka pembantu di kedai makan.
2. Mengisahkan ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek (percintaan) selepasnya. Oleh itu, kata sendi nama tentang tidak boleh hadir selepasnya.
Tatabahasa10.07.2012
KEDAI MAKAN NSKSila layari http://dbpsahbahasa.my/ untuk penyemakan dan pengesahan iklan.Lain-lain20.11.2018
saya ingin membuat iklan kedai makan.contoh ayat saya ialah "AL HIJRAH CAFE"bolehkah ayat ini digunapakai. sekian terima kasihSila tambah perkataan "KAFE" di bahagian atas papan tanda dan hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) untuk  mendapat sijil pengesahan. Sila daftar dahulu untuk mendapat kata laluan dan hantar  visual melalui borang permohonan.Lain-lain30.11.2014
Assalam Tuan/Puan. Bagaimanakah cara nya untuk saya mendapatkan pengesahan nama kedai makan saya?Waalaikumussalam....
Untuk pengesahan iklan DBP tuan boleh layari laman web ini http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Pelanggan/login.aspx
Sekian terima kasih
Lain-lain03.11.2016
Saya ingin menanyakan sama ada penggunaan perkataan "Bistro" sesuai untuk sebuah kedai makan delica di dalam hypermarket. Semakan di dalam PRPM, Bistro ditakrifkan sebagai restoran kecil. Adakah penggunaan Bistro juga dikaitkan dengan restoran yang menyediakan minuman beralkohol?Untuk makluman, perkataan "bistro" terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat dan maksudnya ialah restoran kecil. Dari segi bahasa Melayu, pihak DBP tidak mempunyai sebarang masalah tentang penggunaan perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, puan perlu merujuk kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengetahui sama ada bistro boleh digunakan dalam konteks yang diterangkan.Istilah07.05.2012
12

Kembali ke atas