Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.da.la.man] | کدالمن

Definisi : sl istana, rumah-rumah dlm kawasan istana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.da.la.man] | کدالمن

Definisi : 1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dll): kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; 2. ark terlalu dalam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.da.la.man] | کدالمن

Definisi : keadaan dalam; dalamnya: Kepekatan karbon dioksida bertambah mengikut ~ tanah. Drpd pertuturannya, kita dpt mengetahui ~ ilmu pengetahuannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedalaman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa perkataan lain selain kedalaman kapal

Encik Muniandy,

Mohon tuan memberikan ayat yang lengkap untuk kami melihat konteks penggunaan  kata kedalaman kapal.  Walau bagaimanapun, selain kata kedalaman, pihak tuan juga boleh menggunakan kata keluasan di dalam kapal. 

Lain-lain20.05.2009
Buat tapak lompat jauh dengan panjang 50cm,lebar 25cm dan kedalaman 20cm. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah:



Bina tapak lompat jauh dengan kepanjangan 50 m, kelebaran 25 m dan kedalaman 20 m.
Tatabahasa30.11.2022
Peparit yang menghasilkan permukaan jalan berlubang, rekahan atau mendap dengan kedalaman melebihi 25 mm berbanding dengan paras pavemen sedia ada dibaiki atau ditambah dengan bahan turapan. Top-up or reinstate backfilled trench when trench develops potholes, crack or settle 25 mm below adjacent pavement level.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan02.07.2020

Kembali ke atas