Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.da.la.man] | کدالمن

Definisi : sl istana, rumah-rumah dlm kawasan istana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.da.la.man] | کدالمن

Definisi : 1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dll): kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; 2. ark terlalu dalam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.da.la.man] | کدالمن

Definisi : keadaan dalam; dalamnya: Kepekatan karbon dioksida bertambah mengikut ~ tanah. Drpd pertuturannya, kita dpt mengetahui ~ ilmu pengetahuannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedalaman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ISOBAT

Isobat merujuk kepada garis kedalaman air yang diukur pada satu-satu masa tertentu. Isobat memberikan maklumat penting mengenai ciri batimetri atau kedalaman sesuatu kawasan perairan, lautan, tasik atau sungai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
PERSPEKTIF

Perspektif ialah satu teknik yang digunakan oleh

artis untuk memberikan ilusi kedalaman dan jarak

kepada sebuah gambar. Apabila diperhatikan

sebuah gambar yang dibuat dalam perspektif,

pemerhati mempunyai tanggapan bahawa mereka

sedang melihat melalui sebuah jendela. Tepi

gambar itu menjadi “bingkai jendela.”

Pemandangan itu nampaknya menghilang di

kejauhan dari satu tempat yang tetap di sebelah

jendela pemerhati.

UMUM 
TASIK BLUE

Tasik Blue, terletak di lekukan yang curam kon

gunung berapi lama, iaitu Gunung Gambier, di

Australia Selatan. Kedalaman maksimumnya ialah

77 meter. Warna airnya akan berubah daripada

kelabu pada musim sejuk kepada biru pada musim

panas. Sebab-sebab berlakunya perubahan ini

tidak difahami dengan sepenuhnya. Teori yang

paling munasabah ialah bahawa kalsium karbonat

yang larut dalam air mendak semasa musim panas

dan butir-butirnya menyerakkan cahaya matahari.

Lihat Cahaya (penyerakan).

UMUM 
MESIN PENYEMAI

Mesin penyemai yang juga dikenali sebagai

pembenih, ialah mesin yang ditarik oleh traktor

untuk meletakkan biji-bijian kecil dan biji rumput di

dalam tanah. Mesin ini menanam biji pada

kedalaman yang sama dalam baris yang sempit kira-kira

15 hingga 20 sentimeter jaraknya. Mekanismenya

terdiri daripada pembuka tajak, corong tuang, alat

penyumbat biji dan roda tekan atau rantai pendek.

Tajak menggali batas (baris berbajak) pada tanah.

Corong tuang ialah kotak panjang, sempit yang

mengandungi biji yang hendak disemai. Alat

penyumbat biji dilekatkan pada bahagian dasar

corong tuang. Ia memasukkan amaun biji yang

disukat melalui tiub ke dalam batas. Rantai atau roda

tekan kemudiannya menimbus biji dengan tanah.

UMUM 
TASMANIA

Tasmania ialah negeri yang paling kecil di

Australia dan terletak di hujung tenggara benua

tersebut. Tasmania dipisahkan dari tanah besar

oleh Selat Bass, yang lebarnya hanya 240 kilometer.

Laut yang cetek ini mempunyai kedalaman yang

berbeza, iaitu dari 55 meter hingga 90 meter.

Sebelum terjadinya percairan pada liputan ais

dunia lebih kurang 8000 hingga 12 000 tahun

dahulu, bahagian ini merupakan daratan yang

kering.

UMUM 
SUMBER SEISMIKProgram pemetaan struktur geologi dengan menggunakan gelombang seismik yang dihasilkan melalui punca buatan dan mengkaji masa kembara gelombang seismik yang terpantul atau terbias akibat perbezaan inpedans akustik di setiap sempadan antara lapisan batuan di dalam bumi. Masa ketibaan gelombang di permukaan bumi boleh ditukar kepada kedalaman dan ini akan menunjukkan gambaran struktur dan kedudukan lapisan batuan di bawah permukaan bumi.KEJURUTERAANKaedah
TALI LADUNG

Tali ladung, juga dikenali sebagai batu ladung,

ialah tali yang mempunyai pemberat di satu

hujungnya. Pemberat, yang dikenali sebagai

unting-unting , mengekalkan tali tegak ke atas dan

ke bawah. Tali ladung digunakan oleh penurap

bata dan tukang batu sebagai panduan menegak

dalam membina dinding. Juruukur dan jurutera

menggunakan tali ladung untuk menegakkan alat

lihat yang dikenali sebagai transit pada titik

tertentu. Ia juga digunakan bagi menentukan

kedalaman air atau penggalian. Tetapi anak kapal

di kebanyakan kapal menggunakan alat yang

dikenali sebagai fatometer dan sonar untuk

mengukur bagi kedalaman air.

Lihat juga Kerja ukur (Alat ukur).

UMUM 
PROJEK MINYAK SYAL RUNDLE

Projek Minyak Syal Rundle merupakan satu

rancangan untuk melombong bagi mendapatkan

minyak syal yang terletak di pantai timur Queensland,

Australia, kira-kira 30 kilometer ke barat laut

Gladstone. Mendapan itu mengandungi kira-kira

5000 juta tan metrik minyak syal. Di sebuah kawasan

kira-kira 15 kilometer persegi, lima telaga minyak syal

telah ditemui pada kedalaman antara 15 hingga 350

meter di bawah permukaan.

UMUM 
ARAS LAUT

Aras laut ialah aras permukaan lautan. Ia sentiasa

berubah disebabkan air pasang dan berbeza antara

satu kawasan dengan kawasan yang lain. Min aras

laut ialah purata aras laut diukur pada suatu jangka

masa yang panjang. Ahli geografi menggunakan

min aras laut sebagai aras permulaan untuk

mengukur ketinggian atau kedalaman permukaan

bumi. Sebagai contoh, Gunung Everest, gunung

tertinggi di dunia yang terletak di Banjaran

Himalaya mempunyai ketinggian 8848 meter di

atas aras laut. Death Valley di California terletak 86

meter di bawah aras laut.

UMUM 
NAUTILUS

Nautilus ialah haiwan laut yang mempunyai

badan yang lembut yang sebahagiannya ditutup

oleh cangkerang yang berlingkar. Nautilus

tergolong ke dalam kelas haiwan yang sama

dengan sotong dan sotong kurita. Cangkerang

nautilus mengandungi kira-kira 30 ruang yang

digarisi oleh bahan berwarna pelangi yang dikenali

sebagai gewang atau nakre . Bahan ini

menyebabkan haiwan ini juga biasanya dikenali

sebagai nautilus mutiara . Nautilus tinggal pada

kedalaman antara enam meter hingga 300 meter di

Lautan Pasifik Selatan dan Lautan Hindi. Ia makan

ketam dan haiwan krustasia lain. Terdapat kira-kira

enam jenis spesies nautilus yang ada pada hari ini.

Sekurang-kurangnya terdapat 2000 bentuk fosil

daripada jenis ini yang diketahui.

UMUM 

Kembali ke atas