Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.da.maian] | کداماين

Definisi : 1. keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dsb): hidup dlm ~ dan kemakmuran; 2. keadaan yg aman dan tenteram, ketenteraman, ketenangan: hari itu dia berdoa supaya getar perasaan yg mengocak ~ jiwanya akan hilang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.da.maian] | کداماين

Definisi : keadaan damai; keamanan; ketenteraman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedamaian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara kedamaian dengan pendamaian?Sila berikan contoh ayat. terima kasih.

Kedamaian bermaksud keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dan sebagainya; manakala pendamaian bermaksud perihal usaha membaikkan dua pihak (negara dsb) dengan menamatkan atau menyelesaikan perselisihan dan sebagainya, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yang bermusuhan (berperang, bertelingkah, berselisihan, dsb).

Tatabahasa06.04.2011
Apakah perbezaan perkataan-perkataan tersebut? Boleh berikan contoh ayat dan keterangan.Terima kasih. 1. a)berlanggar b)melanggar c)perlanggaran d)pelanggaran 2. a)binaan b) pembinaan 3. a)pertambahan b)penambahan 4. a)kedamaian b)pendamaian 5. a)budaya b)kebudayaanBerlanggar bermaksud berlaga, beradu, berantuk dan sebagainya; melanggar bermaksud merempuh, menyerang, menyerbu dan menyalahi undang-undang; perlanggaran bermaksud perihal berlanggar dan pelanggaran bermaksud perihal melanggar. Untuk mendapatkan keterangan dan contoh ayat, termasuklah untuk perkataan-perkataan yang lain, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang hendak dicari pada ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti kamus, istilah dan sebagainya. Data daripada kamus dapat membantu saudara mendapatkan keterangan perkataan dan contoh ayat yang digunakan.Tatabahasa05.04.2011
apakah bezanya bagi kata nama am perkara dan kata nama konsep? mohon bantuan penerangan kerana saya perlu mengkategorikan sesuatu perkataan dalam golongan kata yang betul. terima kasih.Kata nama am ialah perkataan yangmerujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya.

Contoh:

perkara= ilham, cahaya, roh, udara, nafas
konsep= kedamaian , perpindahan, keadilan.


Saudara boleh merujuk prpm.dbp.gov.my untuk carian makna konsep dan perkara.
Tatabahasa26.03.2013
saya Nusmi Doloh sedang belajar bahasa Melayu Dasar,dipusat bahasa antarabangsa,UIY.inign tanya,buku tentang bahasa Melayu diselatan Thai.Terimakasih.

Untuk makluman tuan, buku khusus mengenai bahasa Melayu di selatan Thai tiada dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan dalam bab 1 yang menerangkan perkembangan bahasa Melayu. Tuan juga boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP bagi mencari bahan bacaan tentang bahasa Melayu. Berikut bahan bacaan yang boleh dirujuk:
 

Bahasa Melayu di selatan Thai pupus? Raja Masittah Raja Ariffin Pelita Bahasa 1 April 1992
Politik dan bahasa Melayu di Selatan Thai Worait @ Haji Ahmad Idris Dewan Bahasa 1 August 2002
Bahasa Melayu sebagai wahana kedamaian di Selatan Thai Phaosan Jehwae Dewan Bahasa 1 May 2009
Peranan bahasa Melayu dalam pengajaran Islam di Selatan Thai Hasan Haji Mohammad Zen Jurnal Dewan Bahasa 1 July 1992

1
Lain-lain24.10.2013

Kembali ke atas