Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.da.maian] | کداماين

Definisi : 1. keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dsb): hidup dlm ~ dan kemakmuran; 2. keadaan yg aman dan tenteram, ketenteraman, ketenangan: hari itu dia berdoa supaya getar perasaan yg mengocak ~ jiwanya akan hilang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.da.maian] | کداماين

Definisi : keadaan damai; keamanan; ketenteraman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedamaian


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEDAMAIAN SEMENTARA

Kedamaian sementara ialah penangguhan

pertempuran antara pihak yang bertentangan

dalam peperangan. Kedamaian sementara

mungkin diadakan untuk memindahkan mereka

yang cedera dari medan pertempuran,

mengebumikan mereka yang terkorban,

penukaran tawanan perang, ataupun

menghormati hari kelepasan keagamaan.

UMUM 
PANMUNJOM

Panmunjom ialah tempat berlakunya perundingan

kedamaian sementara yang mengakhiri Perang Korea

pada tahun 1953. Ia terletak di kawasan berkecuali

yang dikenali sebagai zon bebas tentera antara Korea

Utara dan Korea Selatan (lihat peta Korea).

UMUM 
NIRVANA

Nirvana ialah istilah yang digunakan dalam

setengah-setengah agama orang India, terutama

Buddha, untuk memerikan kedamaian dan rahmat

yang abadi. Dengan tercapainya nirvana, seseorang

itu terlepas daripada kitaran kematian dan kelahiran

yang menyakitkan dan berterusan. Kitaran ini

berlaku disebabkan oleh keinginan seseorang

individu terhadap duniawi seperti gilakan

kemasyhuran, keabadian, dan kekayaan.

UMUM 
PASIFISME

Pasifisme ialah suatu kepercayaan yang menolak

kekerasan. Kebanyakan pencinta kedamaian

menentang sama ada peperangan tertentu ataupun

semua jenis peperangan. Tetapi dari segi

pengertian yang sebenar, pasifisme bermaksud

penentangan kekerasan dan dikenali sebagai

nonresistance.

UMUM 
MOYOLA, LORD

Moyola, Lord (1923–2002) ialah Perdana Menteri

Ireland Utara dari tahun 1969 hingga tahun 1971.

Nama sebenarnya ialah James Dawson Chichester-

Clark. Semasa dia mula dilantik, dia telah dirayu

untuk meneruskan pembaharuan yang dimulakan

oleh perdana menteri sebelumnya, Terence

O’Neill. Tetapi pertama sekali, dia perlu

mengembalikan kedamaian di wilayah tersebut,

selepas berlakunya kekacauan. Dia juga perlu

memulihkan semula perpecahan yang berlaku

dalam Parti Kesatuan Ulster. Pada awalnya dia

mendapat sedikit kejayaan di dalam kedua-dua

usaha tersebut tetapi rusuhan yang serius berlaku

pada bulan Ogos 1969. Dia terpaksa meminta

kerajaan United Kingdom menghantar tentera

untuk menjaga keamanan.

UMUM 
PERES, SHIMON

Peres, Shimon (1923– ), berkhidmat sebagai

perdana menteri Israel dari bulan September

1984 hingga Oktober 1986 dan dari bulan

November 1995 hingga Januari 1996. Pada tahun

1993, dia dilantik sebagai menteri luar di bawah

pemerintahan perdana menteri Yitzhak Rabin. Dia

memainkan peranan penting dalam usaha

mencapai kedamaian antara Israel dengan

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Peres,

Rabin, dan ketua PLO, Yasir Arafat, berkongsi

Hadiah Nobel Keamanan 1994 kerana usaha

mereka untuk mewujudkan keamanan di Timur

Tengah.

UMUM 

Kembali ke atas