Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.da.maian] | کداماين

Definisi : 1. keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dsb): hidup dlm ~ dan kemakmuran; 2. keadaan yg aman dan tenteram, ketenteraman, ketenangan: hari itu dia berdoa supaya getar perasaan yg mengocak ~ jiwanya akan hilang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.da.maian] | کداماين

Definisi : keadaan damai; keamanan; ketenteraman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedamaian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
peace-lovingcinta damaiSejarahTiadaSifat seseorang yang sukakan kedamaian atau keamanan, ketenangan dan kehidupan yang penuh kesejahteraan.
anti-war filmfilem antiperangKomunikasiTiadaFilem yang mengandungi adegan-adegan yang berunsurkan kedamaian, ketenangan dan persahabatan.
breach of the peacepecah keamananUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan menggunakan kekerasan atau senjata sehingga mengancam kedamaian antarabangsa. Sekiranya Majlis Keselamatan PBB menentukan bahawa pecah keamanan berlaku, Majlis Keselamatan boleh menggunakan kuasanya di bawah Bab VII Piagam PBB untuk mengambil tindakan bagi memulihkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
iconic symbollambang ikonikKesusasteraanPuisiLambang yang mempunyai sifat-sifat ikonik yang digunakan oleh penyair bagi mewakili sesuatu yang lain sama ada berupa objek atau unsur-unsur kemanusiaan. Dalam puisi ini 'merpati putih' melambangkan kedamaian dan keamanan seperti yang digambarkan dalam puisi "Merpati Putih, Jelajahilah Dunia ini" karya Usman Awang. Merpati putih, jelajahilah dunia ini! Hembuskan udara baru yang kauhirup dari malam, Biar bunga-bunga mekar menguntum, Biar bibir-bibir segar tersenyum.

Kembali ke atas