Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dap] | کدڤ

Definisi : 1. sangat rapat (bkn anyaman, tenun­an, dll); 2. tertutup rapat (hingga tidak dapat dimasuki air, gas, dll): ~ air; ~ cahaya; ~ gas (udara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dap] | کدڤ

Definisi : Kd pokok padi yg telah dituai, diikat dan dikumpulkan utk dibanting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dap] | کدڤ

Definisi : 1 sangat rapat (bkn anyaman, tenunan dll). 2 tertutup rapat sehingga tidak dpt dimasuki air, gas dll. ~ air tidak dpt dimasuki air; ~ udara tidak dpt dimasuki udara. pengedap alat yg digunakan supaya air (gas dsb) tidak dpt masuk atau tembus. ~ bunyi alat yg digunakan utk melindungi telinga drpd bunyi yg kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedap (adjektif)
Bersinonim dengan kalis, sangat rapat, tertutup rapat, padat, tidak renggang, tidak masuk udara.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
seal bore packerpenyendat lubang kedapKejuruteraanTiadaPenyendat yang mempunyai lubang kedap supaya peralatan kedap tetiub dapat dipasang.
preformed cellular tape sealantkedap pita bersel prabentukKejuruteraanKejuruteraan BangunanKedap yang dimasukkan ke dalam penyambung dalam bentuk span termampat. Ia akan menghasilkan kedap yang kalis tiris apabila digabungkan dengan sejenis sebatian dan diawet.
dashpot sealkedap daspotTeknikElektrikAlat tambah pemasangan kabel bersarung logam dan berpenebatkan bahan galian. Alat tambah ini berupa penutup seperti tiub kecil yang boleh diskrukan pada hujung kabel. Kedap daspot ini diisi dengan bahan sebatian dan ditutup kedap dengan cakera penebat. Dengan adanya kedap daspot ini penghujung kabel itu akan bersarung dan terkedap daripada lembapan. Contoh penggunaannya ialah pada kabel penebat galian.
joint ringgelang apitKejuruteraanTiadaGelang, biasanya daripada plumbum, yang digunakan untuk membentuk sambungan paip kedap air atau kedap gas.
confined aquifer see also artesian aquiferakuifer tertekan lihat juga akuifer artoisHidrologiTiadaAkuifer yang tertindih dan beralaskan formasi kedap atau hampir kedap.
lutekedapKejuruteraanTiada1. Kedap: Bahan yang bertindak sebagai pengikat dalam bahan seramik tetapi bersifat tidak tegar.
lip seelkedap bibirKejuruteraanTiadaKedap aci menahan minyak, biasanya digunakan bersebelahan dengan galas, dibuat daripada unsur pengedap getah anulus.
hermetickedapPerubatanTiadaBerkaitan dengan keadaan yang kedap udara.
liquid sealantkedap cecairKejuruteraanKejuruteraan BangunanKedap yang berbentuk cecair dan mudah dipamkan ke tempat pembaikan melalui kuasa tekanan.
finishing sealentkedap penyudahKejuruteraan AutomotifTiadaBahan kedap yang diletakkan pada bahagian bebibir untuk menghalang gegaran dan karat.
12345678910...

Kembali ke atas