Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dau.la.tan] | کداولتن

Definisi : kekuasaan yg tertinggi: ~ Raja-raja Melayu diakui oleh perlembagaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dau.la.tan] | کداولتن

Definisi : kekuasaan yg tertinggi; keadaan berdaulat: Askar Melayu telah berjuang mati-matian utk mempertahankan ~ nusa dan bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedaulatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEDAULATAN

Kedaulatan pada mulanya digunakan terhadap

raja. Setiap penduduk di sesebuah negeri ialah

rakyat kepada raja. Raja itu sendiri ialah seorang

yang berdaulat, iaitu tidak berajakan kepada

sesiapa .

UMUM 
KEDAULATAN RAKYAT

Kedaulatan rakyat ialah doktrin yang

diwujudkan semasa berlakunya perselisihan

tentang dasar perhambaan yang menjadi

sebahagian daripada sejarah awal Amerika

Syarikat.

UMUM 
KEDAULATAN NEGARA

Kedaulatan Negara, hak kekuasaan tertinggi yang eksklusif di dalam sesuatu kawasan geografi tertentu ataupun terhadap sesuatu bangsa atau kaum.

UNDANG-UNDANGKonsep
ALAT KEBESARAN DIRAJA YANG DI-PERTUAN AGONG

ALAT KEBESARAN DIRAJA YANG DI-PERTUAN AGONG, sekumpulan alatan yang menjadi lambang martabat,kebesaran dan kedaulatan raja-raja Melayu.

BUDAYAKonsep
PERJANJIAN WAITANGI

Perjanjian Waitangi ialah perjanjian yang

dibuat di antara orang Maori New Zealand

dengan kerajaan British pada tahun 1840.

Menurut perjanjian ini, New Zealand menjadi

jajahan British. Orang Maori menyerahkan semua

hak dan kuasa kedaulatan tanah mereka kepada

Ratu Victoria. Mereka juga bersetuju untuk

menjual tanah hanya kepada ratu, melalui wakil-

wakil baginda. Sebaliknya, kerajaan British

mengesahkan dan memberi jaminan kepada

orang Maori tentang pemilikan sepenuhnya

terhadap keseluruhan tanah, kampung, hutan dan

kawasan perikanan selagi mereka ingin

menjadikannya sebagai pemilikan mereka.

Jaminan itu meliputi semua pemilikan, sama ada

secara berkumpulan atau individu. Ratu

bertanggungjawab untuk melindungi orang

Maori dan memberikan hak sebagai rakyat British

kepada mereka.

UMUM 
COGAN

COGAN, sejenis tongkat yang diperbuat daripada logam dan dihias dengan emas dan batu permata yang dijadikan sebagai lambang kekuasaan dan kedaulatan seseorang raja. Di sesetengah negeri, misalnya negeri Kelantan, menyebutnya jogan. Di Malaysia, cogan dijadikan sebahagian alat kebesaran diraja termasuk institusi Yang di-Pertuan Agong.

            

BUDAYAArtifak/Mentifak
ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU

ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU, tempat bersemayam raja-raja Melayu. Istana merupakan lambang kedaulatan dan tanda status raja yang memerintah. Perkataan istana berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu ‘astana’ atau ‘asthaa’. Perkataan ini digunakan bagi menyebut suatu tempat tinggal, tempat kediaman tetap, tempat bersemayam dan tempat beradu. Perkataan istana digunakan bagi menyebut rumah kediaman raja-raja Melayu untuk membezakannya daripada rumah rakyat. Istana ialah pusat pentadbiran dan menjalankan aktiviti yang berhubung dengan upacara adat istiadat dan juga pertahanan. Seorang raja yang tidak mempunyai istana, tidak dihormati dan akan menjatuhkan imejnya sebagai raja yang berdaulat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
HARI PAHLAWAN

Hari Pahlawan, hari memperingati jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan, kemerdekaan, dan keamanan negara dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945), dan Darurat (1948-1960).

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANPerayaan/Upacara
MAJELIS PERMUSYAWARATAN RAKYAT

MAJELIS PERMUSYAWARATAN RAKYAT, lembaga kekuasaan tertinggi negara Indonesia yang menggubal dan meminda perlembagaan serta menentukan dasar negara. Menurut Undang-Undang Dasar 1945 (Perlembagaan 1945) kedaulatan rakyat dipegang oleh Majelis Permusyawaratan Rakyat (MPR). Presiden dan wakil (naib presiden) dipilih oleh MPR dengan undi terbanyak, dan mereka hanya tunduk kepada MPR. MPR juga berhak memberhentikan presiden dan wakil presiden. Di samping itu, MPR mempunyai hak untuk membuat dan meminda Undang-undang Dasar (Perlembagaan Negara) dan menentukan Garis-garis Besar Haluan Negara.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
NOBATNOBAT, sejenis muzik istana Melayu tradisional dan juga merupakan alat kebesaran raja-raja Melayu. Pada masa ini, nobat hanya menjadi simbol kedaulatan raja di Kedah, Perak dan Selangor.

 

BUDAYAAlat/Alatan
12

Kembali ke atas