Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dau.la.tan] | کداولتن

Definisi : kekuasaan yg tertinggi: ~ Raja-raja Melayu diakui oleh perlembagaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dau.la.tan] | کداولتن

Definisi : kekuasaan yg tertinggi; keadaan berdaulat: Askar Melayu telah berjuang mati-matian utk mempertahankan ~ nusa dan bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedaulatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
principle of maritime sovereigntyprinsip kedaulatan maritim; prinsip kedaulatan kelautanGeografiTiadaTiada
principle of maritime sovereigntyprinsip kedaulatan maritim; prinsip kedaulatan kelautanUndang-undangTiadaTiada
condominiumkondominiumSains PolitikHubungan AntarabangsaWilayah daratan atau perairan yang terletak di bawah kedaulatan dua atau lebih negara. Hak kedaulatan dijalankan secara bersama oleh negara tersebut. Contohnya, sebelum merdeka pada abad ke-19 Sudan telah diletakkan di bawah kedaulatan negara Mesir dan Britain mulai tahun 1898. Kemudiannya pada tahun 1945, hak kedaulatan dipindahkan kepada Britain dan Amerika Syarikat.
sovereigntykedaulatanSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan yang merdeka, berupaya menguruskan diri sendiri, dihormati dan bebas daripada gangguan atau campur tangan pihak lain. Walaupun kedaulatan sering merujuk kepada kedudukan sebuah negara yang merdeka dan bebas tetapi penggunaannya juga untuk melambangkan penghormatan kepada negeri, undang-undang dan perlembagaan seperti kedaulatan undang-undang dan perlembagaan. Negara yang merdeka dianggap berdaulat berbanding dengan negara yang masih dijajah. Contohnya, Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat sejak mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Lihat juga daulat.
rule of lawkedaulatan undang-undangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPrinsip dalam mentadbir urus dengan mengikut dan tertakluk kepada peraturan. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, kedaulatan undang-undang merujuk kepada satu prinsip tadbir urus yang setiap entiti, termasuklah negara dipertanggungjawabkan kepada undang-undang. Contohnya, undang-undang yang selari dengan norma hak asasi manusia antarabangsa mestilah diisytiharkan kepada umum, dikuatkuasakan secara sama rata dan diputuskan secara bebas.
rule of lawkedaulatan undang-undangSains PolitikPolitik PerbandinganPeraturan dalam sesebuah negara yang berpegang kepada penguatkuasaan undang-undang negara tersebut. Kerajaan melaksanakan pemerintahan berasaskan perlembagaan negara. Pilihan raya yang dilaksanakan, cara persaingan dan saiz ruang politik yang dibenarkan dan ruang perniagaan yang diberikan semuanya menurut batasan perlembagaan. Dengan garis panduan ini, keamanan negara, kestabilan politik, persaingan ekonomi dan keharmonian hubungan sosial akan berjalan menurut peraturan yang tertib. Dalam negara ini, kedudukan undang-undang dipelihara dan dipatuhi oleh semua pihak sama ada orang kebanyakan, golongan pendatang, pembangkang dan pemerintah. Dengan ini, perlembagaan negara diterima oleh semua dan pemerintahan negara dilaksanakan menurut batasan perlembagaan. Contohnya, kedaulatan undang-undang yang dipegang oleh pemerintah Malaysia telah memelihara kestabilan politik dan hubungan kaum di negara ini.
recognitionpengiktirafanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProses sesuatu fakta diterima dan diberikan status perundangan, seperti pengiktirafan dalam pembentukan negara, kedaulatan ke atas sesuatu wilayah atau keadaan konflik bersenjata. Proses mengiktiraf sesebuah negara adalah bersifat politik. Namun, satu bangsa yang tinggal di sebuah wilayah dan mempunyai kerajaan yang memastikan kestabilan wilayah tersebut, tidak akan mempunyai sebarang status dalam kalangan negara lain sehinggalah ia mendapat pengiktirafan daripada mereka. Dalam aspek kedaulatan ke atas sesuatu wilayah, pengiktirafan bahawa sebuah negara mempunyai kedaulatan terhadap wilayah bermakna, negara yang mengiktiraf tidak akan menuntut wilayah berkenaan. Pengiktirafan dalam wujudnya keadaan konflik bersenjata pula bermakna, undang-undang kemanusiaan antarabangsa terpakai bagi melindungi orang awam dan objek awam.
sovereigntykedaulatanSains PolitikTiadaTiada
sovereigntykedaulatanUndang-undangTiadaHak dan kuasa penuh untuk memerintah.
sovereigntykedaulatanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
12345678

Kembali ke atas