Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.de.nga.ran] | کدڠرن

Definisi : 1. (dapat) didengar, terdengar: dr jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin; 2. diperoleh berita, diketahui: setelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.de.nga.ran] | کدڠرن

Definisi : terdengar; didengar: Pd musim padi berbuah, ~ suara orang bersorak bersahut-sahutan menghalau burung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedengaran

Peribahasa

Ombaknya kedengaran,
     pasirnya tidak kelihatan.

Bermaksud :

Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Diberanda Ini Angin Tak Kedengaran LagiMohamad, GoenawanHorison1 August 1966
Onn Abdul Rahman yang jarang kedengaranJuma'noh Abd. BungaMastika1 August 1974

Kembali ke atas