Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.de.nga.ran] | کدڠرن

Definisi : 1. (dapat) didengar, terdengar: dr jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin; 2. diperoleh berita, diketahui: setelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.de.nga.ran] | کدڠرن

Definisi : terdengar; didengar: Pd musim padi berbuah, ~ suara orang bersorak bersahut-sahutan menghalau burung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedengaran

Peribahasa

Ombaknya kedengaran,
     pasirnya tidak kelihatan.

Bermaksud :

Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salakan anjing yang kedengaran itu. apakah kesalahan ayat ini? terima kasih.Ayat tersebut tidak lengkap kerana tidak mempunyai predikat.

Contoh ayat yang lengkap ialah "Salakan anjing yang kedengaran itu memecah kesunyian malam."
Tatabahasa26.08.2013
Bunyi ombak yang menghempas pantai itu kedengaran hingga ke rumah saya. penggunaan kata sendi nama hingga ke boleh ke digunakan secara berturutan?Bunyi ombak yang menghempas pantai itu kedengaran hingga  rumah saya. - hingga dan ke, kedua-duanya merupakan kata sendi nama dan tidak digunakan secara berturutan.Tatabahasa09.07.2008
bunyi guru yang sedang mengajar itu kedengaran hingga kawasan berhampiran. tuan, adakah ayat ini betul ? tqPerkataan yang sesuai ialah suara guru bukan bunyi guru. (Suara guru yang sedang mengajar itu kedengaran hingga ke kawasan berhampiran.)Tatabahasa18.09.2011
Bunyi_____ dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana_____ nya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. a) Kelam kabut.......anak-anak b)hiruk pikuk...saudara mara c)kucar kacir...sahabat handai d)dentam-dentum...adik beradik

Saudara,

Ayat yang betul ialah : Bunyi hiruk-pikuk dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana saudara-maranya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya.

Tatabahasa11.09.2009
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Semua penduduk kampung tidak tahu akan asal usul pemuda itu. 2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup. 3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan. 4. Dia masih berhutang kepada / pada bank. 5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan. Terima kasih.1. Semua penduduk kampung tidak mengetahui asal usul pemuda itu.
2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup.
3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan.
4. Dia masih berhutang dengan bank.
5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan.
Tatabahasa15.01.2013
Assalamualaikum. Apakah terjemahan untuk perkatasn 'Sheet Mask' dalam bahasa Melayu? Topeng muka kedengaran kurang sesuai. Ini sheet mask yang digunakan dalam industri kecantikan. Terima kasihPihak kami mencadangkan "sheet mask" diterjemahkan sebagai "topeng kepingan", topeng helaian" atau "topeng pipih". "Pupur muka" juga boleh dijadikan padanan bagi "sheet mask", bergantung pada jenis, bentuk dan kegunaan produk tersebut. 

Untuk makluman, topeng muka atau pelitup muka pula merupakan padanan bagi "face mask" dan bukannya "sheet mask".
Penyemakan dan penterjemahan13.08.2020
Salam Tuan, Apakah yang dimaksudkan dengan "hati telah beku"? Adakah frasa ini kedengaran janggal bagi penutur asli bahasa Melalyu? Adakah perkataan "hati" berkolokasi dengan "beku" dalam bahasa Melayu? Mohon tuan tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera,

Penggunaan frasa hati telah beku lebih kepada bahasa percakapan sama halnya dengan 'hati kering'. Lazimnya yang digunakan oleh pengamal bahasa ialah 'hati batu' yang merujuk kepada individu bengis dan degil.

    

Tatabahasa06.11.2012
Tuan, kata sapaan seperti mak cik, pak cik, abang, kakak dan adik kerap kedengaran digunakan di gerai dan kedai, terutamanya di kampung. Kebanyakan orang suka panggilan hormat ini kerana berasa hubungan sesama sendiri akrab. Ada pula ahli/guru bahasa mengatakannya tidak sesuai. Bagaimana?Kata sapaan tersebut sesuai dalam konteks tidak rasmi bagi menimbulkan kemesraan atau keakraban.Lain-lain04.11.2009
Jeritan Mak Cik Minah yang memanggil anaknya yang sedang mandi di sungai itu jelas kedengaran hingga rumah saya. (Adakah perkataan "yang" di atas digunakan dengan tepat?)

Saudara,

Ayat tersebut boleh digunakan. Ayat itu boleh juga dibina  tanpa perkataan 'yang' selepas perkataan 'Minah'. 

Tatabahasa07.07.2010
Salam sejahtera Tuan, Macam mana untuk merujuk kepada lagu atau bunyi yang seolah-olah masih kedengaran sungguhpun nyanyi itu sudah habis? Adakah 'baki lagu' itu sesuai digunakan untuk merujuk kepada keadaan sedemikian? Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan, dalam data kami tiada maklumat mengenai baki lagu. Frasa yang boleh digunakan ialah penghujung lagu.Tatabahasa24.09.2013
123

Kembali ke atas