Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.de.nga.ran] | کدڠرن

Definisi : 1. (dapat) didengar, terdengar: dr jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin; 2. diperoleh berita, diketahui: setelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.de.nga.ran] | کدڠرن

Definisi : terdengar; didengar: Pd musim padi berbuah, ~ suara orang bersorak bersahut-sahutan menghalau burung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedengaran

Peribahasa

Ombaknya kedengaran,
     pasirnya tidak kelihatan.

Bermaksud :

Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pekikan1. teriak yg kuat, jerit: “tolong!”, ~nya dgn suara yg menyeramkan; 2. sorak atau teriak (sbg semboyan dll): sejurus kemudian kedengaran pula ~ merdeka bergemuruh; kedengaran ~ anak-anak bermain di halaman;Kamus Dewan Edisi Keempat
pekik1. teriak yg kuat, jerit: “tolong!”, ~nya dgn suara yg menyeramkan; 2. sorak atau teriak (sbg semboyan dll): sejurus kemudian kedengaran pula ~ merdeka bergemuruh; kedengaran ~ anak-anak bermain di halaman; ~ jerit = jerit ~ pekikan dan jeritan; ~ pekuk bermacam-macam pekik dan jerit; berpekik = memekik; memekik berteriak kuat, menjerit: mahu rasanya ia meraung dan ~ sekuat-kuatnya; ~ sampai ke langit memekik kuat-kuat; memekikkan 1. mengatakan sesuatu dgn suara yg keras, meneriakkan, menjeritkan: ia membuka mulut hendak ~ segala kecemasannya; 2. ki menyeru-nyerukan, melaung­-laungkan, mengheboh-hebohkan; terpekik tiba-tiba memekik; terpekik-pekik terjerit-jerit (kerana kesa­kitan, ketakutan, dll): anak-anak perahu itu ~ ketakutan kerana perahu mereka hampir-hampir terbalik.Kamus Dewan Edisi Keempat
kedengaranterdengar; didengar: Pd musim padi berbuah, ~ suara orang bersorak bersahut-sahutan menghalau burung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kedengaran1. (dapat) didengar, terdengar: dr jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin; 2. diperoleh berita, diketahui: setelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah;Kamus Dewan Edisi Keempat
kedengaranterdengar; didengar: Pd musim padi berbuah, ~ suara orang bersorak bersahut-sahutan menghalau burung.Kamus Pelajar
derum II= deruman bunyi spt bunyi guruh yg kedengaran dr jauh (enjin kereta, kapal terbang dll). berderum berbunyi spt bunyi guruh yg kedengaran dr jauh (enjin kereta, kapal terbang dll): Mula-mula kami terdengar bunyi ~ yg sangat kuat dan kemudian kapal angkasa itu pun mulai bergerak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
derum II= deruman bunyi spt bunyi guruh yg kedengaran dr jauh (enjin kereta, kapal terbang dll). berderum berbunyi spt bunyi guruh yg kedengaran dr jauh (enjin kereta, kapal terbang dll): Mula-mula kami terdengar bunyi ~ yg sangat kuat dan kemudian kapal angkasa itu pun mulai bergerak.Kamus Pelajar
sunyi1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa; 4. Ph rindu (akan); bersunyi, bersunyi-sunyi menjauhkan diri drpd orang ramai, mengasingkan diri, me­nyendiri: sengaja mereka pilih itu kerana mereka hendak ~-sunyi dan boleh berlama­lama di situ; menyunyi ark menjadi sunyi (senyap, sepi); kesunyian 1. perihal sunyi, keheningan, ke­lengangan, kesenyapan, kesepian: bunyi air yg mencurah dr cucuran atap menimpa daun­-daun kering kedengaran membelah ~ malam; 2. berasa sunyi (kerana keseorangan dll): segala yg berlaku di sekelilingnya ketika itu tidaklah dapat menarik hatinya, ia ~, ia keseorangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
senyap1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri; senyap-senyap tidak dgn berkata-kata, secara rahsia: perasaan kecewa itu tersimpan ~; bersenyap-senyap dgn diam-diam (tidak bising, tidak bersuara, dll); menyenyapkan menyebabkan senyap (tidak mengeluarkan bunyi, tidak kedengaran suara, tidak diperkatakan lagi dsb): makanan yg diberikan itu ~ salakan anjing jirannya; kesenyapan perihal (keadaan dsb) senyap: penuturan perkataan itu dlm dua ujaran yg dipisahkan oleh ~; seseorang pengerusi yg putar belit akan menganggap bahawa ~ peserta adalah sbg tanda bersetuju; penyenyap alat utk mengurangkan bunyi bising (pd ekzos enjin, senapang, piano, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
sunyi1 tidak kedengaran sebarang bunyi; senyap: ~ rumah ini, ke mana perginya anak-anak kamu?. ~ senyap sunyi sekali. 2 tidak ada orang; tidak banyak orang; lengang; kosong (bkn rumah): Dahulu, bandar itu sangat maju dan banyak orangnya, tetapi sekarang menjadi mundur dan ~. 3 lepas atau bebas drpd sebarang kejahatan dll: Manusia tiada ~ drpd membuat kesalahan. bersunyi, bersunyi-sunyi pergi menjauhkan diri dr orang ramai; mengasingkan diri: Pd hari-hari kelepasan am, saya lebih suka ~ di rumah drpd menghadiri sebarang majlis keramaian. kesunyian 1 keadaan sunyi; kesepian; kelengangan. 2 berasa sunyi kerana tinggal seorang diri: Apabila ~, saya pergi menonton wayang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas