Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.di.na.mi.kan] | کديناميکن

Definisi : keadaan atau sifat dinamik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedinamikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
population dynamicskedinamikan populasiBiologiEkologiFaktor yang menyebabkan terjadinya perubahan saiz dalam sesuatu populasi. Faktor utama yang dikaji ialah yang berhubung dengan kadar kesuburan, kadar kelahiran, kadar kematian, dan kadar migrasi.
molecular dynamics simulationsimulasi molekul dinamikKejuruteraanKejuruteraan KimiaSimulasi bagi kedinamikan klasik sistem atom dan molekul. Hukum gerakan Newton digunakan dalam simulasi ini untuk meneliti pergerakan atau peluncuran zarah yang dikaji. Simulasi ini memberikan pengetahuan dinamik serta kelakuan statistik keseimbangan.
burrowing organismorganisma penggaliSains MarinTiadaOrganisma infauna yang mempunyai keupayaan menggali ke dalam sedimen. Organisma penggali sangat penting kepada ekosistem bentik kerana aktiviti organisma penggali mempengaruhi kedinamikan, irigasi dan kadar pengoksigenan sedimen. Contohnya, kerang, ikan belacak, siput pepahat, cacing poliket dan lain-lain. Lihat juga biokacauan.
interviewtemu bualPsikologiPsikologi UmumKaedah untuk mendapatkan maklumat seperti sejarah hidup individu, sifat personaliti dan kedudukan kesihatan mental terkini secara bersemuka. Terdapat dua jenis temu bual, iaitu berstruktur dan tidak berstruktur. Dalam temu bual tak berstruktur, perbualan lebih bersifat tidak formal dan topik perbualan lebih terbuka. Dalam temu bual berstruktur, maklumat diperoleh melalui soal selidik dan kaedah ini adalah lebih terfokus, teratur dan terancang. Temu bual boleh digunakan untuk mengenal pasti gangguan personaliti, pemilihan kerjaya, kemasukan ke IPTA, mengkaji kedinamikan personaliti, mendapat maklumat untuk proses kaunseling atau terapi. Selain mendapat maklumat, temu bual juga membolehkan penemu bual meneliti nada suara, gerakan badan, postur dan air muka yang boleh menyokong maklumat yang disampaikan oleh individu yang ditemu bual kerana kadangkala apa yang dikatakan oleh klien mungkin tidak benar kerana gerakan badan boleh memberi makna yang lain daripada sesuatu yang diperkatakan.
peresteroikaperestroikaSains PolitikPolitik PerbandinganProgram penyusunan semula struktur ekonomi Soviet Union. Program ini dilancarkan secara rasmi oleh presiden negara tersebut Mikhael Gorbachev pada tahun l987. Makna sebenar program ini menimbulkan perdebatan tetapi secara umum ia mula membuka inisiatif untuk memperbaik sistem ekonomi Soviet Union tanpa menggugat kuasa parti komunis di negara itu. Sehubungan itu, berbagai-bagai langkah demokratik dibenarkan seperti membolehkan sistem pasaran ekonomi terbuka, pemilikan individu, penerimaan tuntutan orang ramai dan sebagainya. Program ini bertujuan mempercepat kemajuan ekonomi dan kedinamikan masyarakat. Idea kreatif orang ramai digalakkan, penonjolan penemuan sains dan teknologi baru untuk kesejahteraan masyarakat diketengahkan. Perubahan dasar ini telah mendorong kepada pelbagai tuntutan dalam masyarakat yang akhirnya membawa kepada keruntuhan sistem komunis di negara tersebut.

Kembali ke atas