Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.di.ngi.nan] | کديڠينن

Definisi : 1. kesejukan, kena sejuk: dia meraba-raba mencari selimut utk me­lin­dungi diri drpd ~; 2. keadaan yg dingin: mereka menyalakan tungku pemanas bilik utk mengimbangi ~ yg bermaharajalela itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.di.ngi.nan] | کديڠينن

Definisi : 1 kena sejuk; kesejukan: Ia menggeletar ~. 2 keadaan dingin: Nyala unggun api itu dpt mengurangkan ~ malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedinginan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
frasa mana yang betul? 1) kedinginan air terasa mencubit kulit. 2) kedinginan air terasa kulit dicubit-cubit.Frasa yang betul ialah "Kedinginan air terasa seperti kulit dicubit-cubit." Kata sendi nama "seperti" digunakan untuk menyatakan maksud perbandingan.Tatabahasa07.12.2020
Pak Samit dan isterinya pergi menoreh getah di kebun mereka dalam dingin pagi. Adakah perkataan dingin tersebut lebih tepat digantikan dengan kedinginan? Dan betulkah frasa "dalam kedinginan" tersebut?Ya, betul. Lebih gramatis perkataan "dingin" ditukar kepada "kedinginan" dalam ayat tersebut.Tatabahasa12.05.2020
apa beza penggunaan kata sejuk dan dingin? contoh; kesejukan air sungai atau kedinginan air sungai? mana satu yg betul? saya perlukan penjelasan tetntang perbezaan penggunaannyaSejuk bermaksud tidak panas atau tidak hangat, rendah suhunya dan dingin. Maksud dingin ialah tidak panas, sejuk. Ini bermakna, sejuk dan dingin merupakan kata sinonim dan kedua-duanya boleh digunakan berdasarkan contoh soalan yang telah diberikan.Makna10.11.2020
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar.

Di Perpustakaan

 

Melangkah ke ruangmu

satu pertukaran yang kontras

dari kehangatan merata

ke kedinginan yang menerpa

terlalu hening di sini

gua pendeta bersemadi

di puncak sepi

di sana sini

kepala-kepala runduk meneliti

mata dan fikir bersebati.

 

Maju ke ruang buku

terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu

tercurah berzaman

dalam tak terselam

betapa pun kulayari

bahtera ilmu di sini

tak terteroka

yang akan kucatat

hanya setitik dari tinta

yang akan kupetik

hanya sebiji dari mutiara

engkau adalah pusaka moyang

gedung peradaban insan

terhimpun berzaman.

 

bersemadi di sini

aku adalah pelayar yang dahaga

di dada samudera tak berpantai

betapa pun keteguk darinya

dahaga tak pernah langsai

Lain-lain28.03.2010
Salam sejahtera buat tuan, Saya cuma ingin bertanya mengenai beberapa kemuskilan yang selalu mengelirukan saya. Betulkah perkataan daripada kata abjektif tidak boleh ditambah dengan imbuhan di...kan? contohnya, dibesarkan, diperkasakan dll. Bolehkah tuan memberikan beberapa contoh untuk rujukan saya. Keprihatinan tuan untuk menjawab soalan saya, saya dahului dengan ucapan terima kasih.Dalam buku Tatabahasa Dewan, apitan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ke-...-an, contohnya kedinginan, kemelayuan. Tidak ada contoh apitan di-...-kan untuk kata adjektif.Tatabahasa05.09.2008

Kembali ke atas