Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.do/] | کدوق

Definisi : Id 1. penutup muka (utk menyem­bunyikan muka atau menyamar), topeng; ~ gas penutup muka utk melindungi muka drpd gas racun; 2. ki sesuatu yg dipergunakan utk menyembunyikan perkara (tujuan dll) yg sebenar: sambil memakai ~ sosialis, mereka memeras rakyat; berkedok 1. memakai kedok (topeng), ber­topeng: tidak dapat ia camkan muka perompak-perompak itu kerana mereka ~; 2. mempergunakan atau membuat sesuatu utk menyembunyikan tujuan (hal dll) yg sebenar, berselindung (di sebalik sesuatu), menyamar (dgn memperalatkan sesuatu): harus kitab-kitab itu lebih baik drpd segala apa yg pernah ditulis oleh musuh-musuh Islam yg ~ pengetahuan itu; memperkedok memakai atau menggunakan sesuatu sbg kedok (utk menyembunyikan muka, tujuan, muslihat, dsb), mempertopeng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin memohon pencerahan berkenaan perkataan "memperalat" dan "memperalatkan". Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "memperalat"bermaksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk mencapai sesuatu tuju­an)", manakala "memperalatkan" bermaksud "mengadakan perjamuan adat, mengahwinkan". Namun dalam istilah "kedok" dan "berkedok", salah satu maksud yg diberikan ialah: mempergunakan atau membuat sesuatu utk menyembunyikan tujuan (hal dll) yg sebenar, berselindung (di sebalik sesuatu), menyamar (dgn memperalatkan sesuatu)menyamar (dgn memperalatkan sesuatu). Bolehkah "memperalatkan" juga digunakan untuk maksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk mencapai sesuatu tuju­an)"? Ini kerana daripada korpus dan banyak penulisan, kelihatannya perkataan "memperalatkan" lebih banyak menjurus kepada maksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk mencapai sesuatu tuju­an)". Sekian, terima kasih.Boleh. Data korpus terkini menunjukkan penggunaan "memperalatkan" bagi maksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sebagai alat untuk mencapai sesuatu tujuan". Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 58) di bawah entri alat1.

Kata terbitan "memperalatkan" juga dirakamkan bagi maksud mengadakan alat untuk (seseorang) yang diletakkan di bawah entri alat2.

Namun begitu, pengguna disarankan menggunakan "memperalat" berbanding "memperalatkan" bagi maksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sebagai alat untuk mencapai sesuatu tujuan". Kata "memperalat" bagi maksud ini telah mantap dan terakam sejak Kamus Dewan 1970.
Makna22.03.2023

Kembali ke atas