Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.do/] | کدوق

Definisi : Id 1. penutup muka (utk menyem­bunyikan muka atau menyamar), topeng; ~ gas penutup muka utk melindungi muka drpd gas racun; 2. ki sesuatu yg dipergunakan utk menyembunyikan perkara (tujuan dll) yg sebenar: sambil memakai ~ sosialis, mereka memeras rakyat; berkedok 1. memakai kedok (topeng), ber­topeng: tidak dapat ia camkan muka perompak-perompak itu kerana mereka ~; 2. mempergunakan atau membuat sesuatu utk menyembunyikan tujuan (hal dll) yg sebenar, berselindung (di sebalik sesuatu), menyamar (dgn memperalatkan sesuatu): harus kitab-kitab itu lebih baik drpd segala apa yg pernah ditulis oleh musuh-musuh Islam yg ~ pengetahuan itu; memperkedok memakai atau menggunakan sesuatu sbg kedok (utk menyembunyikan muka, tujuan, muslihat, dsb), mempertopeng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedok


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mouth piecekedok mulutPerikananTiadaAlat yang terdiri daripada penutup berbentuk lengkung dan bahagian yang mudah dicengkam oleh rahang pada bahagian mulut. Alat ini bersambung dengan tangki selam skuba supaya oksigen dapat disalurkan ke rongga pernafasan.

Kembali ke atas