Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dua.dua] | کدوا - دوا

Definisi : kelompok yg terdiri drpd dua (orang dsb); dua-dua sekali: ~ budak itu kawan saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedua-dua

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. 1) kedua-dua ibu bapa / kedua-dua orang ibu bapa 2) kedua-dua anak / kedua-dua orang anak 3) kedua-dua kucing / kedua-dua ekor kucing 4) kedua-dua kereta / kedua-dua buah kereta Yang manakah betul? Saya nampak jawapan-jawapan yang diberikan oleh DBP tahun-tahun sebelum ini ada perbezaannya. Bolehkah tuan jelaskan kata bilangan "kedua-dua" ini, belakangnya perlukah kita letak penjodoh bilangan?

Kedua-dua” bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang, dan sebagainya); dua-dua sekali.

Dalam tatabahasa bahasa Melayu penggunaan penjodoh bilangan digalakkan. Walau bagaimanapun, bukan semua perkataan boleh disertakan dengan penjodoh bilangan.

Contohnya: “Kedua-dua ibu bapa” atau “kedua-dua orang ibu bapa” adalah frasa yang betul dalam bahasa Melayu. Namun begitu, frasa "Kedua-dua orang ibu bapa" ialah bentuk yang lebih gramatis.



Tatabahasa30.10.2022
1) kedua-dua anak / kedua-dua orang anak 2) kedua-dua kucing / kedua-dua ekor kucing 3) kedua-dua kereta / kedua-dua buah kereta Yang manakah betul? Bolehkah tuan bagi pencerahan lagi dalam keadaan apakah kita perlu letak penjodoh bilangan di belakang kata bilangan ini dan ada kalanya tak perlu?Dalam bahasa Melayu, lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. Namun  demikian, bukan semua kata bilangan mesti diikuti oleh penjodoh bilangan. Dalam hal ini terdapat dua peraturan tentang penggunaan penjodoh bilangan. Kata bilangan tentu mestilah disertai oleh penjodoh bilangan contohnya "kedua-dua orang anak,  kedua-dua ekor kucing dan kedua-dua buah kereta" manakala 
kata bilangan tak tentu tidak perlu disertai oleh penjodoh bilangan.  
Tatabahasa03.11.2022
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, yang mana betul: Kedua-dua ibu bapa atau kedua-dua orang ibu bapa? Terima kasih.Frasa yang betul ialah kedua-dua ibu bapa atau kedua-dua orang ibu bapa.Tatabahasa18.09.2017
Tuan, Ayat berikut adalah betul atau tidak: 1. Kedua-dua ekor kucing berkejar-kejaran di taman. 2. Kedua-dua kucing berkejar-kejaran di taman. Adalah betul atau salah jika penjodoh bilangan dibubuh selepas kedua-dua? Terima kasih.Penjodoh bilangan "ekor" boleh diletakkan selepas perkataan "Kedua-dua".Tatabahasa13.10.2016
Nak tanya sama ayat berikut adalah betul ataupun tidak? 1. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut adalah merupakan tempat persinggahan kapal. 2. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut merupakan tempat persinggahan kapal. 3. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut ialah merupakan tempat persinggahan kapal.Ayat yang betul:

1. Fungsi kedua-dua sungai tersebut adalah untuk menjadi tempat persinggahan kapal.
2. Kedua-dua sungai tersebut merupakan tempat persinggahan kapal.
Tatabahasa08.04.2020
Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya kepada tuan tentan skalan tatabahasa. 1. Adakah beribu-ribu sama maksud dengan ribuan? contoh:beribu-ribu penonton = ribuan penonton. Adakah kedua-dua frasa ini betul? 2. Kedua-dua orang murid atau kedua-dua murid Frasa yang manakah adalah betul? Adakah kedua-dua perlu menambah penjodoh bilangan? 3. a. Hobi saya ialah membaca buku. b. Hobi saya adalah membaca buku. Ayat yang manakah adalah betul? Bolehkah tuan memberikan penjelasan ? Terima kasih atas bantuan.

JAWAPAN 1
Beribu-ribu sama maksud dengan ribuan. Walau bagaimanapun, frasa yang tepat ialah "ribuan penonton." Jika frasa "beribu-ribu" perlu ditambah penjodoh bilangan menjadi "beribu-ribu orang penonton.

 

JAWAPAN 2
Kedua-dua” bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang dan sebagainya); dua-dua sekali.

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, penggunaan penjodoh bilangan digalakkan. Walau bagaimanapun, bukan semua perkataan boleh disertakan dengan penjodoh bilangan.

Contohnya: “Kedua-dua orang murid” atau “kedua-dua murid” adalah frasa yang betul dalam bahasa Melayu. Namun begitu, frasa "Kedua-dua orang murid" lebih gramatis.

 

JAWAPAN 3 

Ayat yang betul ialah “Hobi saya membaca buku.” Ayat ini merupakan ayat tunggal yang mengandungi hanya satu klausa serta tidak memerlukan kata pemeri bagi melengkapkannya.

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 433, 263 dan 264.

Tatabahasa05.03.2024
Soalan1: Kim Seng merangkul tempat _________manakala _______orang kawannya gagal dalam pertandingan itu. a) kedua....kedua-dua b) pertama...dua Saya ingin tanya tuan/puan , adakah jawapan a salah penggunaannya? sebab jawapan yang betul diberi cikgu ialah b. Soalan 2: Puan Maria membeli _________pasang kasut itu. a) dua b) kedua-dua Saya ingin tanya tuan/puan , adakah jawapan b salah penggunaannya? sebab jawapan yang betul diberi cikgu ialah a. Terima kasih.Kim Seng merangkul tempat pertama manakala kedua-dua orang kawannya gagal dalam pertandingan itu. Merangkul bermaksud mencapai kemenangan, iaitu menjadi johan atau mendapat tempat pertama. Tatabahasa11.07.2020
Kedua-dua kumpulan atau kedua kumpulan?Apakah perbezaan kedua-dua konsep?Perkataan kedua-dua kumpulan tepat kerana mengikut hukum D (diterangkan) - M (menerangkan) dan kedua-dua di sini membawa maksud bilangan seramai atau sejumlah dua.

Kedua kumpulan tidak tepat kerana tidak mengikut hukum D - M. Kedua membawa maksud dalam bilangan, urutan atau kedudukan selepas yang pertama dan sebelum yang ketiga, oleh itu contoh pembentukan yang betul ialah, kumpulan kedua, tempat kedua, dan tahap kedua.
Tatabahasa15.08.2021
Hi, Saya ingin bertanyakan kedua-dua kata majmuk ini : 1) bersatu padu 2) bertungkus lumus. Adakah kedua-dua ini merupakan SIMPULAN BAHASA? Terima KasihMenurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut bukan simpulan bahasa.Tatabahasa21.09.2018
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang soalan kata bilangan. Kedua-dua orang ibu bapa atau kedua-dua ibu bapa, yang manakah betul? Terima kasih atas penjelasan pihak tuan.kedua-dua orang ibu bapa ialah bentuk yang lebih tepat dan sempurna. Dalam tatabahasa bahasa Melayu penggunaan penjodoh bilangan digalakkan. Walau bagaimanapun, bukan semua perkataan boleh disertakan dengan penjodoh bilangan.Tatabahasa04.11.2021
12345678910...

Kembali ke atas