Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dua.dua] | کدوا - دوا

Definisi : kelompok yg terdiri drpd dua (orang dsb); dua-dua sekali: ~ budak itu kawan saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedua-dua

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya.Cinta kasih mestilah datang daripada kedua-dua belah pihak. Bandingkan dengan: Bagai bertepuk sebelah tangan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tegang dinanti kendur, keras dinanti lunak.Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari.Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tali jangan putus, kaitan jangan serkah.Menyelesaikan sesuatu perkara (sengketa) hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati. (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harapkan si untut menggamit, kain koyak diupahkan.Percaya kepada orang yang sangat malas. untut = orang yang sembab kedua-dua kakinya kerana sakit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah.Menyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir.Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pedang bermata dua.Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti parang [= pisau] mata dua).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti parang (= pisau) mata dua.Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pedang bermata dua).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan jera.Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas