Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.du.ta.an] | کدوتاءن

Definisi : pejabat tempat duta dan pegawai-pegawai diplomatiknya bertugas: di Bangkok, Amerika Syarikat mempunyai ~ yg terbesar sekali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.du.ta.an] | کدوتاءن

Definisi : pejabat tempat duta dan pegawai-pegawainya bertugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedutaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
chancery place (Kedutaan Besar) (office chancery)canseri (legal) Pejabat Kedutaan Besar/canseleriLain-lain21.05.2007
Untuk makluman Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan bekerjasama dengan Universiti of Santo Tomas, Philippines untuk menjayakan pertandingan ratu cantik yang bertemakan "Malaysia". Oleh yang demikian dipohon kerjasama DBP untuk memberikan cadangan nama yang bersesuaian untuk pemenang. Kedutaan telah mencadangkan agar nama "Putera Kuala Lumpur" dan "Puteri Kuala Lumpur" digunakan namun penganjur memaklumkan penggunaan nama putera mempunyai interpretasi yang tidak sesuai dalam bahasa Tagalog (Saya dimaklumkan penggunaan "putera" mempunyai persamaan dengan panggilan anjing). Oleh yang demikian dipohon kerjasama DBP untuk mencadangkan nama yang sesuai. Mohon kerjasama untuk mendapatkan maklumbalas pada kadar SEGERA.Untuk makluman tuan, ratu dikhususkan kepada wanita kerana ratu bermaksud permaisuri atau pemenang wanita dalam pertandingan kecantikan. Oleh itu, cadangan nama "Puteri Kuala Lumpur" atau "Puteri Malaysia" boleh digunakan. Bagaimana dengan pemenang yang bergelar "Putera Kuala Lumpur"? Adakah dia pemenang pertandingan kecantikan bagi kategori lelaki? Bagi kategori lelaki, bolehlah digunakan gelaran "Pemuda Kuala Lumpur/Malaysia" atau "Jejaka Kuala Lumpur/Malaysia".Istilah11.09.2012
chancery/chancellerycanseleri/pejabat kedutaanIstilah06.06.2007
apakah maksud legasi?

Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat 'legasi'  merupakan perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah drpd kedutaan besar). Menurut Kamus Melayu Inggeris Dewan legasi membawa tiga maksud 1.  pusaka, hartapeninggalan (contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.); 2. warisan (contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yang kaya kepada kita.); 3.  kesan (contoh ayat: Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan).


 

Tatabahasa17.01.2013
Apakah maksud/ makna 'legasi'. Perkataan ini digunakan dalam buku yang saya baca 'legasi Mahathir'. kalau dilihat dalam kamus dewan, ia bermakna perwakilan negara di luar (tarafnya lebih rendah daripada kedutaan besar). Mohon penjelasan yang lengkap. Terima Kasih.
  • Cikgu Tajuddin terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.
  • Cikgu nampaknya Cikgu hanya melihat maknanya daripada satu makna sahaja, jadi cuba Cikgu lihat makna yang diberikan ini. Saya rasa tentu Cikgu dapat jawapan yang diperlukan. Terima kasih
  • n 1. bequest, pusaka, harta peninggalan; (tech) legasi: the land was a ~ from her grandparents, tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya; 2. heritage, warisan: the Elizabethans left us a rich ~ of literature, orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yg kaya kpd kita; 3. consequence, kesan (+ approp adj): the disruption of society is usually one of the legacies of war, kucar-kacir dlm masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan.
  • Makna21.05.2009
    Kepada yang berkenaan, Saya merupakan seorang pengajar yang diberi tugasan untuk membina kurikulum baharu untuk pelajar-pelajar yang terdiri daripada pegawai-pegawai perkhidmatan luar dari Amerika yang akan berkhidmat di Kedutaan Amerika. Salah satu tugasan yang sedang saya usahakan ialah mencari pengumpulan senarai data kekerapan kata untuk Bahas Melayu. Saya amat berharap sekiranya pihak tuan dapat memberi sedikit panduan di mana saya boleh peroleh senarai data berkenaan sekiranya wujud. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Yang Benar, Pn. Norlidah

    Untuk membantu saudari menyelesaikan persoalan tersebut, saudari boleh menghubungi Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka  melalui talian 03-2147 9175. Selain itu juga, saudari boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Pusat Dokumentasi Melayu memainkan peranan sebagai sebuah pusat maklumat atau perpustakaan yang menawarkan perbahanan dalam bidang bahasa, sastera dan budaya. Jika saudari berminat untuk mendapat bahan secara pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu, saudari boleh mendaftar diri sebagai ahli RAKAN DEWAN. Yuran keahlian dikenakan sebanyak RM20 setahun, RM30 yuran keahlian untuk 2 tahun dan RM35 untuk 3 tahun. Dengan keahlian tersebut, saudari boleh meminjam buku dan menggunakan kemudahan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila datang ke Tingkat 3, Blok Podium, Menara DBP.

     

    Lain-lain17.07.2019
    apakah maksud "legasi" dan bagaimanakah contoh penggunaannya dalam ayat. terima kasih.Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat 'legasi' merupakan perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah drpd kedutaan besar). Menurut Kamus Melayu Inggeris Dewan legasi membawa tiga maksud 1.  pusaka, harta peninggalan (contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.); 2. warisan (contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yang kaya kepada kita.); 3.  kesan (contoh ayat: Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan).Makna10.01.2013
    Apakah terjemahan yang sesuai untuk frasa "people-to-people contact" dalam konteks diplomasi? Contoh ayat: The Embassy promotes diplomatic and friendly people-to-people relations between Malaysia and Singapore.Cadangan padanan yang sesuai ialah "mesra". Contoh ayat: Kedutaan menggalakkan hubungan diplomatik dan mesra antara Malaysia dan Singapura.Penyemakan dan penterjemahan04.05.2021
    Assalamualaikum. mana satu yang betul? 'universiti mansurah, mesir' atau 'universiti mansoura, mesir' terima kasih

    Oleh sebab penamaan ini adalah nama khas dan tidak didaftarkan di negara Malaysia, tidak ada satu sumber yang jelas untuk mengenal pasti ejaan yang betul. Sila hubungi pihak Kedutaan Mesir untuk mendapatkan maklumat tentang ejaan tersebut.

    Ejaan24.10.2011
    Selamat sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi frasa "Berkhidmat untuk negara" yang terdapat pada kebanyakan surat rasmi kerajaan? Adakah "Serve for the country" atau "Serve for country" yang sesuai? Jika kedua-duanya tidak sesuai, mohon pendapat DBP. Terima kasih.Tidak ada padanan "Berkhidmat untuk Negara" dalam pangkalan data kami. Frasa tersebut digunakan dalam surat rasmi kerajaan dan surat rasmi kerajaan ditulis dalam bahasa Melayu. Jika ada keperluan menyediakan salinan berbahasa Inggeris bersama salinan berbahasa Melayu seperti surat kepada pejabat kedutaan, pada pandangan kami tidak menjadi suatu kesalahan untuk mengekalkan frasa tersebut kerana bukan kandungan utama surat. Penyemakan dan penterjemahan03.03.2015
    12

    Kembali ke atas