Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.du.ta.an] | کدوتاءن

Definisi : pejabat tempat duta dan pegawai-pegawai diplomatiknya bertugas: di Bangkok, Amerika Syarikat mempunyai ~ yg terbesar sekali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.du.ta.an] | کدوتاءن

Definisi : pejabat tempat duta dan pegawai-pegawainya bertugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedutaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEDUTAAN

Kedutaan lihat Duta.

UMUM 
PERISTIWA PETROV

Peristiwa Petrov ialah peristiwa yang

dinamakan sempena nama Vladimir Petrov (? –

1991), yang mencetuskan satu kontroversi getir di

Australia . Ia bermula pada tahun 1954, apabila

Perdana Menteri Robert Menzies mengumumkan

bahawa Petrov, seorang pegawai di Kedutaan

Soviet di Canberra, Victoria telah memohon untuk

mendapatkan suaka politik di Australia. Menzies

menyatakan Petrov telah mendedahkan wujudnya

suatu kumpulan pengintip Soviet di Australia.

UMUM 
SEIDLER, HARRY

Seidler, Harry (1923– ) ialah arkitek Australia

yang mereka bentuk sebahagian daripada

bangunan tinggi yang paling terkenal di Sydney.

Antara bangunan ini ialah Australia Square, MLC

Centre, dan Grosvenor Place manakala bangunan

di seberang laut yang direka bentuknya termasuk

Kedutaan Australia di Paris dan Hong Kong Club

and Tower.

UMUM 
PERKHIDMATAN LUAR NEGERI

Perkhidmatan Luar Negeri ialah organisasi

utama yang menjalankan hal-ehwal antarabangsa

sesebuah negara. Perkhidmatan luar negara

ditadbir oleh sebuah jabatan kerajaan. Agensi-

agensi lain mungkin terlibat dalam bidang

kepakaran hal-ehwal luar negeri. Perkhidmatan

luar negeri menyediakan latihan peribadi untuk

kedutaan (pejabat) di negeri asing. Sesetengah

anggota perkhidmatan luar negeri bekerja dalam

jabatan kerajaan yang bertanggungjawab

terhadap hal-ehwal luar negeri, yang lazimnya

dikenali sebagai kementerian luar negeri atau

pejabat luar negeri.

UMUM 
MOHAMAD FUDOLI

MOHAMAD FUDOLI (1942-     ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 8 Julai 1942 di Sumenep, Madura, Indonesia.  Mohamad Fudoli mendapat pendidikan di Sekolah Menegnah Atas (SMA) di Madura dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sunan Ampel di Surabaya.  Sewaktu menuntut di IAIN Surabaya, Mohamad Fudoli aktif sebagai anggota organisasi Lembaga Seni Budaya Islam (Lesbumi) di Surabaya (1965).  Pada tahun 1966, dengan biasiswa daripada Emiriah Arab Bersatu, dia menyambung pelajaran di Univeristi al-Azhar, Mesir dalam bidang falsafah.  Kemudian dia melanjutkan pengajian sejarah di Institute of Islamic Studies dan Institute of Arabic Studies.  Semasa belajar dia bekerja secara sambilan dengan kedutaan besar Republik Indonesia di Kaherah, Mesir.

SASTERATokoh

Kembali ke atas