Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keelektromagnetan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEELEKTROMAGNETAN

Keelektromagnetan ialah cabang fizik yang

mengkaji hubungan antara elektrik dengan

kemagnetan. Elektrokemagnetan berdasarkan fakta

bahawa (1) arus elektrik atau medan elektrik yang

berubah menghasilkan medan magnet, dan

(2) medan magnet yang berubah menghasilkan

medan elektrik.

UMUM 
POYNTING, JOHN HENRY

Poynting, John Henry (1852–1914) ialah ahli

fizik British. Penyelidikannya yang paling penting

adalah dalam bidang teori keelektromagnetan.

UMUM 
TEORI BESAR DISATUKAN

Teori besar disatukan , juga dikenali sebagai

GUT’s (Grand Unified Theories), cuba untuk

menyatukan tiga daripada empat daya asas yang

dianggap menguasai alam semesta. Ketiga-tiga

daya ini, daripada yang terlemah hingga kepada

yang terkuat, adalah (1) daya nuklear lemah,

(2) keelektromagnetan, dan (3) daya nuklear kuat.

Daya nuklear lemah bertanggungjawab terhadap

pereputan radioaktif banyak jenis nukleus atom.

Keelektromagnetan ialah daya yang mengikat

elektron kepada nukleus. Daya nuklear kuat

mengikat nukleus bersama-sama. Kegravitian, iaitu

daya asas keempat, tidak termasuk dalam GUT’s.

Kesan graviti terhadap satu atom atau nukleus

adalah terlalu lemah hinggakan ahli sains tidak

berupaya mengesannya.

UMUM 

Kembali ke atas