Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.em.pat] | کأمڤت

Definisi : yg nombor empat: Rukun iman yg ~ ialah percaya akan sekalian rasul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keempat

Puisi
 

Kapal layar bertiang tiga,
     Tiang keempat batang galah;
Ikhtiar ilmu bahagian kita,
     Hasil pendapatan di tangan Allah.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIMENSI KEEMPAT

Dimensi keempat. Biasanya, kita memikirkan

ruang terdiri daripada tiga dimensi: panjang,

lebar dan tinggi. Sebuah kotak berukuran 6 meter

panjang, 4 meter lebar, dan 2 meter tinggi boleh

digambarkan oleh set nombor yang tertib (6, 4,

2). Set sedemikian juga boleh digunakan untuk

memerihalkan kedudukan suatu titik dalam ruang–

contohnya, kedudukan sebuah kapal terbang.

Namun, ketiga-tiga nombor ini tidak dapat

mewakili kedudukan kapal terbang yang sedang

bergerak. Untuk menandakan kapal terbang yang

sedang dalam penerbangan pada kedudukan

tertentu, seperti (6, 4, 2), kita perlukan dimensi

keempat, iaitu masa.

UMUM 
D

D ialah huruf yang keempat dalam abjad Inggeris.

D juga merupakan huruf yang keempat dalam

abjad yang digunakan oleh orang Semit, yang

pernah tinggal di Syria dan Palestin.

UMUM 
RABU

Rabu ialah nama hari keempat dalam seminggu.

Dalam bahasa Inggeris hari Rabu disebut

Wednesday . Hari tersebut mendapat namanya

daripada Woden, atau Odin, iaitu ketua dewa dalam

mitologi Teutonik yang dianggap suci. Pada awal era

Kristian, orang Jerman menggelarnya hari Woden.

Kemudian, nama tersebut ditukar kepada

Wednesday. Orang Rom menamakan hari keempat

dalam seminggu ini sempena planet Utarid (Mercury),

yang dipercayai mengawal jam pertama pada hari itu.

Planet itu pula telah dinamakan sempena dewa

Merkuri. Dari sinilah timbulnya perkataan Latin Dies

Mercurii . Bahasa Rom yang berasaskan bahasa Latin

masih mengekalkan nama ini. Contohnya bahasa

Perancis menggelar Wednesday sebagai mercredi .

Rabu berasal daripada bahasa Arab al- Arbi‘a’ , iaitu

hari keempat dalam seminggu.

UMUM 
APRIL

April ialah bulan keempat dalam setahun,

mengikut kalendar Gregory, yang digunakan hampir

di seluruh dunia pada hari ini. Orang Rom

menamakan bulan ini Aprilis . Nama ini mungkin

berasal daripada perkataan yang bermakna

membuka , atau mungkin berasal daripada

Aphrodite , nama Yunani bagi dewi cinta. April ialah

bulan kedua dalam kalendar Rom awal, tetapi April

menjadi bulan keempat apabila Julius Caesar

mengkaji semula kalendar pada tahun 46 S.M.

UMUM 
QIYASSumber keempat perundangan Islam yang disepakati oleh jumhur ulama sunnah.AGAMAKonsep
RABIULAKHIR

Rabiulakhir ialah bulan keempat mengikut

takwim Hijrah. Bulan ini dinamakan Rabiulakhir

kira-kira pada tahun 412 M. Semasa zaman Kilab

ibn Murrah, iaitu moyang kelima Rasulullah s.a.w.,

bulan Rabiulawal dan Rabiulakhir juga dikenali

sebagai Rabi’ayni (dua Rabi’).

UMUM 
TABRIZTabriz (pend. 852 296 ) ialah bandar yang keempat terbesar di Iran.UMUM 
MOTHERING SUNDAY

Mothering Sunday ialah hari Ahad keempat

Lent , di England. Pada hari tersebut, para ibu

menerima jambangan bunga dan hadiah daripada

anak-anak mereka. Anak yang tinggal jauh akan

balik untuk melawat ibu mereka pada hari

tersebut.

UMUM 
SUNGAI ZAMBEZI

Sungai Zambezi ialah sungai yang keempat

terpanjang di Afrika selepas Sungai Nil, Sungai

Congo, dan Sungai Niger. Sungai Zambezi

berpunca di Zambia, berhampiran sempadan Zaire

dengan Angola. Sungai tersebut mengikut aliran

yang berliku-liku sejauh 2736 kilometer,

memisahkan Zambia daripada Zimbabwe dan

merentasi Mozambique dan mengalir masuk ke

Terusan Mozambique [lihat Afrika (peta)]. Sungai

Zambezi mempunyai banyak cabang dan

menyalirkan kawasan lebih daripada 1 300 000

kilometer persegi.

UMUM 
AMERIKA SELATAN

Amerika Selatan ialah benua keempat

terbesar selepas Asia, Afrika, dan Amerika Utara

dari segi keluasan dan yang kelima selepas Asia,

Eropah, Afrika, dan Amerika Utara dari segi

jumlah penduduk. Amerika Selatan meliputi kira-kira

12 peratus daripada keseluruhan daratan

dunia dan menampung kira-kira enam peratus

daripada keseluruhan penduduk dunia. Benua ini

terbahagi kepada 12 negara merdeka dan dua

unit politik yang lain.

UMUM 
123456789

Kembali ke atas