Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.é.na.kan]/[ke.é.na/.kan] | کأينقن

Definisi : 1. kesedapan; 2. kesenangan, keseronokan; 3. Jk menjadi terbiasa (biasanya hal yg kurang baik): jangan dibiasakan memanjakan anak, nanti dia ~ bermanja-manja dgn orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.é.na.kan]/[ke.é.na/.kan] | کأينقن

Definisi : keadaan atau rasa enak; kesenangan; kesedapan; kelazatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keenakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam.. Mau tanya about ayat nii . " Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di restoran itu " . Apa ksalahan tatabahasa dia ? saya diminta untuk kenalpasti kesalahan tatabahasa dia . tp , saya kurang arif .Ayat "Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di restoran itu." adalah betul dari segi tatabahasanya.Tatabahasa28.09.2014
Dari segi pengiklanan dalam medium bertulis seperti surat khabar atau papan iklan, bolehkah saya menggunakan - Mmmmmmmm Segarnya! - sebagai slogan iklan bertulis? Perkataan Mmmmmmmm di sini merujuk pada keenakan menikmati(makan) sesuatu yang menyegarkan. Bagaimana pula jika saya menggunakan - Moooooooo Segarnya! - sebagai slogan iklan bertulis? Perkataan Moooooooo di sini merujuk kepada lembu yang akan dipaparkan bersama slogan kata ini. Tujuan dua perkataan tersebut dipanjangkan adalah untuk meniru bunyi sepertimana yang disebut secara vokal. Sila beri penjelasan, terima kasih.Untuk makluman penggunaan "Mmmmm" dan "Moooooo" tidak dibenarkan dalam iklan bertulis. Penggunaan bahasa percakapan dalam konteks rasmi (termasuk iklan) tidak dibenarkan. Iklan untuk paparan awam mesti menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul serta menggambarkan citra Malaysia.Lain-lain17.11.2015
Untuk mempromosikan Ramadhan di outlet kami iaitu Sedap Restaurant, boleh ke jika penggunaan SEDAP Makan digunakan sebagai tajuk/subjek untuk penerbitan di akhbar/media sosial dll. Contohnya, SEDAP Makan di Pullman KLCC. Jika tidak, boleh berikan cadangan perkataan yang sesuai dengan perkataan SEDAP. Mohon maklum balas. Terima kasih.Puan boleh menggunakan teks yang sesuai contohnya PROMOSI BUFET RAMADAN/ NIKMATI KEENAKAN BUFET RAMADAN  DI PULLMAN, KLCC.Lain-lain13.04.2018
kami ingin menterjemahkan "Bringing you the taste of home for 100 years. berikut adalah cadangan terjemahan. - Membawa citarasa rumah kepada anda selama 100 tahun jika terjemahan yang dicadangakan adalah kurang tepat, mohon terjemahan yang betul. terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "bringing you the taste of home for 100 years" ialah menyajikan keenakan sajian sejak 100 tahun bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Makna27.07.2022
Apakah padanan yang sesuai dan tepat bagi perkataan “savoury” dalam konteks ayat di bawah ini? Carian definisi bagi “savoury” adalah menyelerakan “Sauce 339. (1) Sauce shall be a liquid or semi-liquid savoury preparation of food with or without spices and intended to be eaten with food as a relish and includes the food for which a standard is prescribed in regulations 340 to 345. Sos 339. (1) Sos hendaklah suatu sediaan makanan lazat dalam bentuk cecair atau separa cecair dengan atau tanpa rempah dan bertujuan untuk dimakan dengan makanan bagi memberi keenakan dan termasuklah makanan yang standardnya ditetapkan dalam peraturan 340 hingga 345.”.Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan "savoury" ialah "menyelerakan", "tidak manis" atau "pedas", bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya dalam ayat.Lain-lain07.07.2021

Kembali ke atas