Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ge.ma.ran] | کݢمرن

Definisi : kesukaan, kegembiraan: barang-barang ~ perempuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ge.ma.ran] | کݢمرن

Definisi : apa-apa yg digemari atau disukai; kesukaan: ~ nenek moyang kita pd zaman lampau ialah membaca syair. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegemaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat mana yang betul? a) Warna kegemaran saya ialah biru. b) Warna kegemaran saya adalah biru. c) Hobi saya ialah bermain badminton. d) Hobi saya adalah bermain badminton. e) Cita-cita saya ialah menjadi seorang doktor. f) Cita-cita saya adalah menjadi seorang doktor. Terima Kasih.1. Warna kegemaran saya ialah biru. 
2. Hobi saya bermain badminton. 
3. Cita-cita saya menjadi seorang doktor.
Tatabahasa06.09.2016
Warna Kegemaran AndaSila nyatakan soalan anda dengan lengkap.Lain-lain06.07.2022
apakah kegemaran anda?Sila jelaskan soalan saudara.Tatabahasa20.07.2010
Amalan membaca kegemaran yang berfaedah. apakah predikat ayat tersebut? dan apakah frasa yang membentuk predikat ayat stersebut? pengarang novel panas salju tingkatan 3 ialah Talib Samad atau Talib Samat?

Predikat tersebut ialah kegemaran yang berfaedah. Bagi ayat kedua, perkataan ialah boleh dimasukkan ataupun ditinggalkan.

Tatabahasa25.06.2010
Salam, saya ingin bertanya kata pemeri yang manakah yang lebih sesuai untuk ayat ini? Warna kegemaran saya ialah/adalah hijau dan biru. Terima kasih.Warna kegemaran saya adalah hijau dan biru.Tatabahasa04.03.2015
Salam, Saya ingin tenya tentang nama golongan haiwan. Adakah "ternakan darat" termasuk ayam dan itik? Adakah "haiwan peliharaan" termasuk haiwan untuk kegemaran dan juga ternakan di ladang sekali? Adakah "binatang jinakan" merangkumi haiwan untuk kegemaran dan haiwan untuk ekonomi sekali? Terima kasihDalam Kamus Dewan ternakan sama maksudnya dengan binatang ternakan seperti kuda, lembu, kerbau, kambing dan lain-lain. Walau bagaimanapun tidak ada pengelompokan haiwan tersebut sama ada untuk peliharaan di rumah, ladang dan sebagainya. Tambahan maklumat dalam pengiklanan, lazimnya dalam keterangan aktiviti syarikat/kedai haiwan peliharaan di rumah ditulis sebagai "Kedai Haiwan Kesayangan".Makna03.05.2012
Assalamualaikum. Saya melihat ada jawapan DBP yang tidak konsisten di ruangan khidmat nasihat. Perbezaan jawapan begini menimbulkan kekeliruan kepada pengguna terutamanya dalam kalangan pelajar. Ingin saya bertanya, jawapan manakah yang paling tepat? Warna kegemaran saya ialah warna biru. atau Warna kegemaran saya adalah warna biru? Terima kasih atas maklum balas daripada pihak DBP. Saya sangat berharap agar DBP sentiasa membuat semakan jawapan agar pengguna tidak bercelaru. Jika rujukan pun kucar kacir, apatah lagi pengguna. Hidup dengan rujukan yang bercelaru ibarat menjunjung buku tanpa kertas. Kulitnya ada tetapi isinya tiada.Pihak kami ambil maklum berkenaan perkara ini dan akan mengambil tindakan yang selanjutnya.

Jawapan yang betul ialah “Warna kegemaran saya ialah warna biru”. Kata pemeri “adalah” tidak betul jika digunakan dalam ayat tersebut kerana kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Tatabahasa10.08.2022
saya hendak membuat ayat seperti berikut: SNEK BERSANTAI KEGEMARAN RAMAI. adakah boleh digunakan perkataan bersantai di dalam ayat tersebut dan betulkah penggunaan ayat bersantai didalam ayat tersebut.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersantai bermaksud berbuat apa sahaja dgn bebas tanpa ketegangan, ber­senang-senang (tidak mengalami tekanan atau desakan): apabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadang-kadang ada ~-santai juga, bermalas-malas juga. Oleh itu, ayat saudara untuk menggunakan frasa tersebut tidak betul kerana bersantai merujuk orang/manusia yang bersantai, bukan snek. Cadangan kami: Snek Kegemaran Ramai.Tatabahasa18.06.2010
apakah maksud sudah duduk baru berlunjur? adakah predikat dalam 'Membaca kegemaran yang membaca faedah.' ialah frasa nama? Deretan pasu bunga dan tompokan rumput yang terdapat di pekarangan rumah... apakah kata/penjodoh bilangan yang sesuai utk menggantikan tompokan rumput?Peribahasa yang betul ialah "Belum duduk berlunjur dulu". Maksudnya belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu. (Biasa juga: Belum duduk telah berlunjur atau sudah mengunjur atau hendak berlunjur). Ayat yang saudara berikan tidak jelas (Membaca kegemaran yang membaca faedah). Cadangan perkataan yang sesuai untuk menggantikan tompokan rumput ialah jenis.Tatabahasa23.06.2010
1. Bibir gadis itu merah. 2. Baju merah itu mahal. 3. Merah lambang keberanian. 4. Warna merah warna kegemaran adik. Apakah fungsi kata 'merah' dalam keempat-empat ayat itu.Dalam ayat pertama dan kedua "merah" berfungsi sebagai kata adjektif. Dan "merah" dalam ayat ketiga ialah adjektif yang mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek ayat sama seperti ayat keempat, ayat yang gramatis merah warna kegemaran adik. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan di bawah tajuk binaan ayat.Tatabahasa09.11.2012
123

Kembali ke atas