Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.gia.tan] | کݢياتن

Definisi : 1. perihal atau keadaan giat, kecergasan; 2. aktiviti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.gia.tan] | کݢياتن

Definisi : 1 hal atau keadaan giat; ketangkasan dan kekuatan (berusaha); keaktifan. 2 usaha atau kerja yg dilakukan; aktiviti: ~ luar sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegiatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, mengapakah kita menggunakan "terhadap kegiatan perdagangan" dan bukan "tentang/mengenai kegiatan perdagangan"? "kegiatan perdagangan" bukankah objek abstrak yang tidak mempunyai ruang fizikal yang jelas?Frasa yang betul ialah "tentang kegiatan perdagangan" atau "mengenai kegiatan Perdagangan". Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa12.05.2014
Tuan, objek abstrak boleh digandakankah? Contoh: 1. ciri-ciri 2. contoh-contoh 3. kesan-kesan 4. kepentingan-kepentingan 5. faedah-faedah 6. aktiviti-aktiviti/kegiatan-kegiatan 7. perasaan-perasaan 8. pandangan-pandanganTidak perlu digandakan perkataan tersebut, tunggal atau jamak boleh ditentukan berdasarkan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa11.05.2014
Pengunaan Facebook oleh Bulan Bahasa Kebangsaan, majalah Dewan Bahasa dll merupakan tugas rasmi?

Sdr.,

Untuk makluman sdr., penubuhan laman Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan dan Majalah terbitan DBP adalah salah satu tugas rasmi DBP untuk mempromosikan kegiatan-kegiatan anjuran DBP dan produk-produk terbitan DBP. Penubuhan laman ini merupakan salah satu usaha DBP untuk lebih dekat dan dapat berinteraksi dengan masyarakat. Laman facebook juga merupakan salah satu medium aliran baru untuk DBP menyampaikan maklumat dengan lebih cepat, meluas dan berkesan.

Lain-lain13.11.2009
SAYA NAK TAHU APAKAH MAKSUD METADOLOGI,KOKARIKULUM,DEFINASI DAN OBJEKTI SECARA MENDALAM.TERIMA KASIHMétodologi ialah sistem yg merangkumi kaedah dan prinsip yg digunakan dlm sesuatu kegiatan, disiplin. kurikulum ialah merupakan sebahagian drpd kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian drpd kursus pendidikan pelajar di sekolah (mis kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dll). Definisi pula ialah kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, dll, takrif: sebahagian besar perkataan dlm kamus ini diberi ~ dan dituruti oleh kata seerti. Manakala makna objektif ialah sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat, tujuan; 2. berasaskan kenyataan atau fakta sebenar; 3. tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri; ujian ~ ujian (peperiksaan) yg menghendaki jawaban antara beberapa pilihan dan markah yg diberikan tidak bergantung pd penilaian pemeriksa. Harap maklum.Makna15.08.2007
Tuan DBP, "terhadap kegiatan perdagangan" atau "tentang/mengenai kegiatan perdagangan"? Contoh frasa: - Permintaan tinggi terhadap kegiatan perdaganganFrasa yang tepat ialah "terhadap kegiatan perdagangan".Tatabahasa11.05.2014
Apa peranan DBP Cawangan Sarawak?Sejak penubuhannya, DBP Cawangan Sarawak memainkan peranan yang penting dalam pengendalian hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan sastera di negeri ini. Antara peranan yang penting ialah: 1. Melaksanakan kegiatan yang mengarah kepada peluasan, peningkatan penggunaan dan kejayaan pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal. 2. Melaksanakan kegiatan-kegiatan kesusasteraan yang membantu ke arah: Membina bakat penulisan dan memupuk minat serta penghayatan sastera kebangsaan di Sarawak. Memperbanyak hasil dan bahan untuk diterbitkan dalam bahasa kebangsaan serta meningkatkan mutu sastera kebangsaan di Sarawak. 3. Mendapatkan bahan-bahan penerbitan dalam Bahasa Melayu daripada sumber budaya Sarawak yang sesuai untuk diterbitkan.Lain-lain12.11.2007
apakah maksud kegiatan ekonomi??Maksud kegiatan ekonomi secara literal ialah sesuatu aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan.Makna26.06.2015
Mengapakah kegiatan sastera di negara ini tidak mendapat publisiti yang meluas sama ada melalui media cetak atau elektronik?

Kegiatan sastera mendapat publisiti dalam media cetak dan media elektronik. Misalnya, akhbar Berita Minggu dan Berita Harian memberikan promosi terhadap kegiatan tersebut  dalam ruangan sastera pada hari Ahad, Selasa, Khamis dan Sabtu, manakala akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia memberikan promosi pada hari Ahad, Isnin dan Khamis. Kegiatan sastera yang dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dipromosikan melalui akhbar yang tersebut di atas, di samping melalui majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka.  Media elektronik, misalnya  radio dan televisyen turut mempromosikan kegiatan sastera.  

Lain-lain12.05.2008
Dalam penulisan rasmi Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini. Ayat di atas ialah ayat songsang. Sekiranya ditukar dalam bentuk ayat aktif akan menjadi begini Saya memaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini sukacita. Kalau pasif. "Dimaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini sukacita. Soalan saya, menurut jawapan yang diberi oleh DBP bertarikh 16.06.2009, penanda makluman yang tepat ialah "sukacita dimaklumkan bahawa" dan bukannya "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa". Daripada contoh yang saya berikan di atas, kalau ayat songsang itu dijadikan ayat biasa kedengaran salah, iaitu: Saya memaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini sukacita. Sepatutnya, "Saya memaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini dengan sukacitanya".Kami bersetuju dengan cadangan tuan, ayat yang betul ialah "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini". Frasa "dengan sukacitanya" ialah bahagian keterangan yang disongsangkan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa10.10.2018
outdoorkegiatan luarLain-lain10.02.2009
12345678910...

Kembali ke atas