Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ha.ki.man] | کحاکيمن

Definisi : segala hal yg berkaitan dgn urusan hukum (undang-undang) dan pengadil­an: jabatan ~; soal-soal ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ha.ki.man] | کحاکيمن

Definisi : hal-hal mengenai urusan undang-undang dan pengadilan: jabatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kehakiman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERCUBAAN

Percubaan ialah satu tindakan kehakiman yang

membenarkan penjenayah yang disabitkan

bersalah, tinggal bebas dengan masyarakat sebagai

ganti menjalani hukuman di dalam penjara.

Hukuman percubaan selalunya diizinkan oleh

hakim kepada mereka yang disabitkan bersalah

melakukan kesalahan jenayah selain jenayah berat,

seperti rompakan bersenjata, pembunuhan atau

rogol. Hukuman percubaan ini memberikan

peluang kepada pesalah untuk membuktikan

bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan

jenayah itu lagi. Perkataan percubaan (probation)

dalam bahasa Inggeris diambil daripada perkataan

Latin yang bermaksud membuktikan atau menguji.

UMUM 
TINDAKAN KELAS

Tindakan kelas ialah sejenis prosiding

kehakiman apabila seorang atau lebih daripada

seorang individu mendakwa bagi pihak satu

kumpulan yang mempunyai tuntutan yang serupa.

Kumpulan yang sedemikian dikenali sebagai kelas.

Tindakan kelas juga dikenali sebagai tindakan

perwakilan .

UMUM 
SAKSI

Saksi ialah orang yang memberi testimoni

semasa prosiding kehakiman, perundangan atau

pentadbiran. Testimoni ini diberi sesudah saksi

mengangkat sumpah, atau sekiranya agama saksi

melarang amalan mengangkat sumpah, saksi

bolehlah berikrar berkata benar. Orang yang

menandatangani surat cara undang-undang,

contohnya surat wasiat atau surat ikatan, yang

disempurnakan di hadapan saksi, juga merupakan

saksi.

UMUM 
MASTER OF THE ROLLS

Master of the rolls, dalam sistem kehakiman

British ialah hakim yang mengetuai mahkamah

Rayuan.

UMUM 
MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

lazimnya dikenali sebagai Mahkamah Dunia,

merupakan agensi kehakiman yang tertinggi

dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Mahkamah ini menyediakan saluran untuk

menyelesaikan secara aman masalah

persengketaan undang-undang pada peringkat

antarabangsa. Ia hanya menyelesaikan kes yang

dikemukakan oleh sesebuah negara atau

organisasi antarabangsa. Keputusannya

berdasarkan prinsip undang-undang

antarabangsa dan tidak boleh dibuat rayuan.

Mahkamah ini mendengar beberapa kes sahaja.

Tetapi banyak perbalahan antara kerajaan

diselesaikan melalui tribunal antarabangsa yang

lain dan dalam tribunal kebangsaan berasaskan

undang-undang antarabangsa.

UMUM 
KETUA HAKIM NEGARA

Ketua Hakim Negara, jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman negara. Pemegang jawatan ini mengetuai Mahkamah Persekutuan.

UNDANG-UNDANGJawatan/Gelaran
MARSYAL

Marsyal ialah gelaran tertinggi dalam angkatan

tentera di kebanyakan negara. Gelaran marsyal

juga digunakan oleh sesetengah pegawai sistem

kehakiman di Britain dan Amerika Syarikat.

UMUM 
DEPOSISI

Deposisi keterangan daripada saksi yang tidak dapat

hadir ke mahkamah. Saksi memberi keterangan

bukti dengan bersumpah di hadapan pegawai

kehakiman. Saksi tidak hadir di mahkamah kerana

saksi sebenarnya tidak dapat hadir ataupun kedua-dua

belah pihak telah bersetuju saksi tidak perlu

hadir di mahkamah.

UMUM 
MORE, SAINT THOMAS

More, Saint Thomas (1477?–1535) ialah

penulis, negarawan dan ilmuan England yang

agung. Dia berkhidmat sebagai lord chancellor,

jawatan kehakiman tertinggi di England dari tahun

1529 hingga tahun 1532. Tetapi More meletakkan

jawatan kerana menentang rancangan Raja Henry

VIII untuk menceraikan permaisurinya. More

dihukum pancung pada tahun 1535 kerana

enggan menerima raja sebagai ketua gereja

Inggeris. Sejak kematiannya, More menjadi

teladan kepada individu yang meletakkan hati

nurani mengatasi kuasa tuntutan duniawi (yang

bukan keagamaan). Gereja Roman Katolik

mengisytiharkan More sebagai Santo pada tahun

1935.

UMUM 
ALEXANDER II

Alexander II (1818–1881), tsar Rusia dari tahun

1855 hingga tahun 1881. Baginda dikenali sebagai

tsar Pembebas kerana menamatkan perhambaan di

Rusia pada tahun 1861. Baginda juga

memperbaharui sistem kehakiman, mengurangkan

penapisan, membenarkan perhimpunan wakil-wakil

wilayah dan menggalakkan perindustrian.

UMUM 
12

Kembali ke atas