Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hau.san] | کهاءوسن

Definisi : perihal atau keadaan haus: ~ gandar penggerak utama boleh menye­babkan gangguan kelancaran bergerak mekanisme pelepas cekam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hau.san] | کهاءوسن

Definisi : 1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga): masing-masing mahu memuaskan ~ dgn air di hadapan mata; 2. ki keinginan, kemahuan; 3. menderita atau berasa haus: mungkin dia akan mati ~ atau dibaham anjing liar; sekali sekala kedengaran suara lembu ~ dan kehabisan rumput di kan­dangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hau.san] | کهاءوسن

Definisi : keadaan atau hal haus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kehausan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah anda mengenal pasti kesalahan penggunaan tatabahasa dalam ayat ini? Adik kehausan kerana dia tidak mendapat susu sejak dari pagi tadi.

Minum susu lazimnya boleh mengenyangkan terutamanya untuk kanak-kanak. Oleh itu, penggunaan kata kehausan dalam ayat ini kurang tepat, sepatutnya ayat ini menjadi; Adik kelaparan kerana dia tidak mendapat susu sejak dari pagi tadi.

Tatabahasa08.12.2010
Selamat malam, 1. Adakah semua ayat berikut merupakan ayat pasif ? a) Mereka kehausan. b) Bajunya belum berbasuh lagi. c) Dia ketandusan kasih sayang. d) Dia bekerja di kilang kasut. 2. Adakah penanda wacana "justeru / justeru itu" masih relevan untuk digunakan pada permulaan ayat ?Ayat (a), (b) dan (c) ialah ayat pasif manakala ayat (d) ialah ayat aktif. Penanda wacana yang betul ialah "justeru".Tatabahasa21.01.2010
Ingin bertanya maksud peribahasa: AYAM DI KEPUK MATI KELAPARAN, ITIK DI AIR MATI KEHAUSANAntara maksud peribahasa ini ialah sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.Makna30.04.2009
Salam, 1. "Demi menjadi seorang peniaga yang berjaya, seseorang itu perlu berusaha dengan gigih","Untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya, seseorang itu perlu berusaha dengan gigih". Dalam kedua-dua ayat di atas, ayat manakah yang betul? Bolehkah "demi" dan "untuk" bertukar ganti penggunaanya dalam ayat-ayat tersebut? 2."Daun pokok itu gugur kerana _________." Sila lengkapkan ayat tersebut dengan perkataan yang paling tepat. Bolehkan "kehausan" digunakan? Terima kasih.1. "Demi menjadi seorang peniaga yang berjaya, seseorang itu perlu berusaha dengan gigih",
    "Untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya, seseorang itu perlu berusaha dengan gigih". Dalam kedua-dua ayat tersebut perkataan "demi" dan "untuk" boleh bertukar ganti. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 277. 

2. Perkataan "kehausan" tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut, berkemungkinan boleh diisi dengan perkataan "... kerana ditiup angin" atau perkataan lain yang tepat dari segi maknanya.
Tatabahasa27.10.2014
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bapa tertarik pada kereta yang canggih itu. 2. Kehidupannya sangat tertib. 3. Adunan ini saya uli untuk membuat piza. 4. Beliau memperoleh undi majoriti. 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. 7. Negara kita terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. 8. Dia minum air dengan banyak kerana kehausan. Terima kasih.Ayat contoh yang diberikan betul, kecuali:
5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka.
6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja.
Ayat yang gramatis ialah Warga syarikat itu tekun belaka dan Kami sempat melawat ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja
 
Tatabahasa01.10.2012

Kembali ke atas