Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hau.san] | کهاءوسن

Definisi : perihal atau keadaan haus: ~ gandar penggerak utama boleh menye­babkan gangguan kelancaran bergerak mekanisme pelepas cekam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hau.san] | کهاءوسن

Definisi : 1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga): masing-masing mahu memuaskan ~ dgn air di hadapan mata; 2. ki keinginan, kemahuan; 3. menderita atau berasa haus: mungkin dia akan mati ~ atau dibaham anjing liar; sekali sekala kedengaran suara lembu ~ dan kehabisan rumput di kan­dangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hau.san] | کهاءوسن

Definisi : keadaan atau hal haus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kehausan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
occlusal wearkehausan oklusiPergigianTiadaPengurangan ketinggian kuspa dan kehilangan morfologi oklusi disebabkan pengunyahan atau daya geseran antara gigi. Kehausan ini biasanya akan bertambah apabila usia meningkat. Ini mengakibatkan gigi tersebut sensitif dan pengurangan ketinggian dimensi tegak muka.
engine wearkehausan enjinKejuruteraanTiadaTiada
occlusal wearkehausan oklusiPerubatanTiadaAtrisi pada permukaan oklusi gigi.
wear (filling)kehausanPerubatanTiadaTiada
wear (filling)kehausan (tampalan)PergigianTiadaKehilangan morfologi permukaan oklusi restorasi terutama restorasi gigi posterior akibat pengunyahan serta menghasilkan permukaan yang rata.
wear facetfaset kehausanPerubatanTiadaTiada
attrition testujian kehausanKejuruteraanTiadaTiada
wear facetfaset kehausanPergigianTiadaKawasan gigi terhaus yang biasanya rata, licin dan berkilat akibat daya geseran antara gigi semasa pengunyahan atau tabiat parafungsi seperti bruksisma. Ini menyebabkan dentin terdedah dan gigi sensitif kepada perubahan terma.
polydipsiapolidipsiaPerubatanTiadaKehausan yang berlebihan untuk masa yang lama, merupakan salah satu gejala diabetes melitus dan diabetes insipidus.
polydipsiapolidipsiaPerubatanTiadaKehausan berlebihan yang menyebabkan peningkatan pengambilan air minum. Keadaan ini merupakan salah satu daripada gejala diabetes melitus dan diabetes insipidus.
123

Kembali ke atas