Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hi.jauan] | کهيجاوان

Definisi : keadaan hijau: beberapa kawa­san yg dulunya megah dgn ~nya, kini telah berubah menjadi kawasan industri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hi.jauan] | کهيجاوان

Definisi : 1 = kehijau-hijauan seakan-akan warna hijau; agak hijau warnanya. 2 keadaan atau sifat hijau: ~ sawah padi menenangkan fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kehijauan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan 1. Padi yang dibajainya subur A. Menghijau B. kehijauan 2.Apakah perbezaan antara memotong,mengerat,memangkas,mencantas ,membelah 3.Baju ini engkau yang beli.jadi tentulah baju ini A. milikku B.milikmu C.milikkau D.miliknya apakah jawapannya. 3. perbezaan menyusuri,merentasi,melintasi,meredah1. Padi yang dibajainya subur menghijau.
2. Memotong sama maksudnya denga mengerat dan memangkas sama maksudnya dengan mencantas, manakala membelah bermaksud memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian.   
3. Baju ini engkau yang beli. Jadi tentulah baju ini milikmu/milikkau.
4. Menyusuri bermaksud berjalan mengikut tepi, merentasi sama maknanya dengan melintasi dan meredah bermaksud menempuh.
Tatabahasa01.05.2012
Mohon pandangan dari segi bahasa dan penggunaannya berhubung cadangan nama Jabatan Landskap, kehijauan Bandar dan Ekologi bagi tujuan memantapkan fungsi Jabatan Landskap, MBPJ ke arah usaha menghijaukan bandar dan menyediakan persekitaran hidup yang selesa, sihat dan berkualiti untuk didiami.

Saudara Zurai,

Kami mencadangkan nama berikut: Jabatan Landskap dan Ekologi Bandar

Lain-lain12.06.2009
BERPAGAR, BERPENGAWAL DAN BERMESRA ALAM atau apa yang sesuaiFrasa yang sesuai antaranya termasuklah "Berpagar, berpengawal dan suasana kehijauan yang mendamaikan".Tatabahasa23.12.2015
Apakah kedudukan bahasa Melayu baku dalam konteks Malaysia hari ini? Adakah masih dikuatkuasakan penggunaannya dalam kalangan rakyat Malaysia ? Pengguna bahasa Melayu keliru dengan sebutan baku yang kaku. Contohnya koir sepatutnya dibaca ko+ir tetapi menjadi koyer, kehijauan sepatutnya dibaca ke+hi+jau+an tetapi menjadi kehijauwan, pakaian sepatutnya dibaca pa+kai+an tetapi menjadi pakaiyan.

Encik Rizuan,

Bahasa Melayu baku masih menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Untuk makluman saudara, perkataan koir ialah padanan perkataan choir dalam bahasa Inggeris. Perkataan choir telah diterima pakai dalam bahasa Melayu dan disuai padan dengan sistem ejaan bahasa Melayu (c/ch - k). Penetapan ini telah diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Istilah (Kesenian) dan Kamus Dewan. Sebutan  bagi perkataan ini ialah koir bukan koyer, begitu juga dengan kehijauan disebutan ke.hi.jauan, pakaian disebut pa.kaian.

Ejaan11.05.2010
Ayat berikut yang manakah betul. I Kalau ada mada yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya. II Hamdan berasa lega setelah selesai menduduki UPSR. III Dapur rumah saya lega kerana baru di sambung. I Surihani lebih tinggi daripada Shafiqah. II Kita jangan sekali menghina orang yang miskin. III Kehijauan pepohon itu menyegarkan pandangan.

Semua ayat dikemukakan betul kecuali dua yang telah dibetulkan seperti yang berikut:

I Kalau ada masa yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya.
III Dapur rumah saya lega kerana baharu diubah suai.
II Kita jangan sekali-kali menghina orang yang miskin. 
 
Sila rujuk Kamus Dewan, Edisi Ketiga, DBP untuk makna setiap perkataan.

Tatabahasa15.07.2014
Salam sejahtera. Untuk makluman pihak tuan, kami merupakan Pengurus Perunding Projek, Hartanah dan Pemajuan. Kami telah diminta oleh pihak Berkuasa Tempatan MBSA untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan terlebih dahulu berhubung permohonan Nama Taman & Jalan sebelum dikemukakan untuk kelulusan. Terdapat tiga cadangan nama taman bagi satu projek perumahan di Seksyen 8, Shah Alam, iaitu: 1. Taman Tasik Semanggi 2. Taman Tasik Hijau 3. Taman Kehijauan Semanggi Pemilihan nama cadangan ini adalah berdasarkan kepada sejenis bunga (Semanggi) yang merupakan konsep atau lambang bagi sebuah syarikat pemaju. Tapak cadangan ini juga terletak dihadapan sebuah tasik buatan (Kecil). Kami memohon untuk mendapatkan pandangan daripada pihak tuan berhubung cadangan di atas. Pandangan dan bantuan daripada pihak tuan amatlah saya hargai bagi melancarkan proses pemajuan cadangan pembangunan tersebut. Terima kasih.Tuan, daripada segi bahasa penggunaan nama "Taman Tasik Semanggi" dan "Taman Tasik Hijau" betul. Terpulang kepada pihak tuan untuk meilih nama yang lebih sesuai mengikut konteks dan lokasi taman tersebut. Penggunaan "Taman Tasik Hijau" sesuai jika lokasi tama tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok yang menampakkan kehijauan taman tersebut.Lain-lain12.12.2014
Adakah struktur ayat-ayat dan ejaan berikut betul : 1) Kediaman impian yang dipenuhi ketenangan. 2) Gaya hidup selesa dan eksklusif di samping kawasan menghijau. 3)24 unit kediaman eksklusif dengan privasi tinggi. 4) Kediaman mesra alam. 5)Taman Desa Ros Residensi, dibina dengan visi yang ingin menawarkan kehidupan eksklusif, persendirian dan tanpa sempadan antara penghuni dan alam semula jadi. Terletak di tengah-tengah kawasan seluas 2.8 ekar, 24 unit rumah semi-D dua tingkat, dikelilingi lanskap kehijauan yang menenangkan

Sila buat permohonan untuk pengesahan sah bahasa iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/

Terima kasih.

Tatabahasa27.07.2018
ini body copy iklan, adakah struktur ayat betul? Keunikan dan keistimewaan rumah kelab privasi penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan alam hijau. Berada di ruang mana sekali pun, keindahan alam boleh dinikmati secara terus dari dalam, pokok rimbun bagaikan tabir yang mengelilingi rumah kelab. Bilik gimnasium yang diserikan dengan dinding kaca dan kemudahan lengkap mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang infiniti untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Keunikan dan keistimewaan rumah kelab penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan kehijauan alam semula jadi. Pepohon rimbun menabiri rumah kelab. Berada di ruang mana sekalipun, keindahan alam boleh dinikmati dari dalam rumah. Bilik gimnasium berdinding kaca lengkap dengan pelbagai kemudahan mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang besar untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Tatabahasa30.07.2008

Kembali ke atas