Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sifat, hal, dsb) yg berkaitan dgn ibu bapa: dgn adanya ilmu ~ ini, mereka tidak akan meraba-raba dlm kesamaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keibubapaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum saya ingin mendapatkan pencerahan perbezaan/persamaan makna antara 'keibubapaan siber' dan 'keibubapaan digital'. Sekian terima kasih.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, keibubapaan, siber dan digital bermaksud:

a.     Keibubapaan: (sifat, hal dan sebagainya) yang berkaitan dengan ibu bapa

b.     Siber: berkaitan dengan komputer dan Internet

c.     Digital: (Komputer) beroperasi dengan menggunakan angka atau aksara lain untuk mewakili data

Oleh itu, “keibubapaan siber” dan “keibubapaan digital” secara umumnya ialah ibu bapa yang mahir dan berpengetahuan tentang teknologi maklumat. Kebiasaannya dihuraikan sebagai kemahiran ibu bapa dalam membimbing dan mengawasi aktiviti anak-anak khususnya ketika mereka menggunakan telefon bimbit dan komputer untuk melayari Internet.

Perbezaan kedua-duanya adalah pada kaedah yang digunakan sama ada yang berkaitan dengan peranti atau operasi.
Makna23.06.2021
Assalamualaikum..apa perbezaan modul dan manual? cth penyediaan modul keibubapaan dan manual keibubapaan..apa bezanya. terima kasih.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, modul bermaksud unit atau bahagian tersendiri yang lengĀ­kap dengan komponennya yang melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dengan unit-unit lain dalam sesuatu yang lebih besar; dan juga bermaksud kursus, pelajaran (latihan dan sebagainya) yang dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran.
Manual pula bermaksud  buku yang mengandungi panduan dan maklumat untuk melaksanakan sesuatu. 
Tatabahasa17.12.2020
Apakah golongan kata bagi kata 'Pulau Pinang' , 'pesuruhjaya' dan ' keibubapaan' ?Salam sejahtera, Golongan kata bagi Pulau Pinang ialah kata nama khas, pesuruhjaya tergolong dalam kata nama am manakala keibubapaan pula tergolong dalam adjektif yang merujuk kepada sifat. Terima kasih.Tatabahasa23.01.2018
Pohon pandangan mengenai program komuniti yang ingin dilaksanakan oleh PERDA kepada penerima bantuan persekolahan/ rakyat termiskin. Nama program yang disyorkan ialah PROGRAM KOMUNITI SEJAHTERA RAKYAT. Ceramah keibubapaan akan juga diadakan pada program tersebut.

Saudara,

Nama program yang betul dari segi penggunaan bahasanya adalah seperti yang berikut:

PROGRAM KOMUNITI RAKYAT SEJAHTERA 

Tatabahasa01.12.2009
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Apakah padanan dan terjemahan sesuai bagi istilah 'key enabler' selain daripada terjemahan sedia ada pemboleh utama?"Key enabler" merupakan istilah umum yang digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah Perniagaan, Perdagangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Massa serta Keibubapaan. Kami mencadangkan istilah ini diterjemahkan sebagai "pemboleh utama",  "pemboleh kekunci", "pemboleh penunjuk" dan "pemboleh sumber". Kesemua padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaan istilah tersebut.Istilah29.12.2020

Kembali ke atas