Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jap] | کجڤ

Definisi : 1. kelip, kedip (mata); ~ mata kelip mata; 2. = sekejap sebentar, seketika: ~ lagi baliklah dia; tunggu ~ nanti sebentar; berkejap-kejap berkelip-kelip, berkedip­kedip (bkn mata dll); mengejapkan mengelipkan, mengedipkan (mata): ia merenung tajam, matanya tidak sedikit pun dikejapkannya; terkejap-kejap terkelip-kelip, terkedip-kedip (bkn mata dll): kelihatan api pelita ~ di serambi rumah; kejapan gerakan mengejapkan (mata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jap] | کجڤ

Definisi : tidak mudah tercabut (terurai dll), ketat, teguh: sebilah keris terselit ~ di pinggangnya; tayar itu dipasangkan ~-~ pd roda; mengejap memadat: tanah yg ~ dihakis oleh udara kering; mengejapkan meneguhkan atau mengetat­kan ikatan dsb: Tuk ~ kain di pinggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jap] | کجڤ

Definisi : gerak mata (pejam dan celik); kelip; kedip: ~ mata kelip mata. berkejap-kejap berkelip-kelip. mengejapkan mengelipkan: ~ mata. sekejap sekelip mata; tidak lama; sebentar; seketika: ~ lagi dia akan pulang. Dia bermain ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejap


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
andau[An.dAw]kata tugassia-sia.Andau aje kau beli barang ni, pakai kejap dah rosak.[An.dAw A.dZ« kAw b«.li bA.ÄAN ni pA.kAj k«.dZAp dAh Äo.sA/]Sia-sia sahaja engkau beli barang ini, pakai sekejap sudah rosak.
pilen[pi.len]kata kerjamengeluarkan ulas-ulas buah secara berturutan, seperti buah cempedak, nangka, dan durian.Tolong emak pilen buah cempedak ni masok bekas, kejap lagi boleh goreng.[to.loN «.mA/ pi.len bu.wAh tS«m.p«.dA/ ni mA.so/ b«.kAs k«.dZAp lA.gi bo.leh go.ÄeN]Tolong emak pilen buah cempedak ini masukkan ke dalam bekas, sekejap lagi boleh digoreng.

Kembali ke atas