Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jau.han] | کجاءوهن

Definisi : 1. = jauhan tempat (jarak) yg jauh: ombak memecah di ~ dan angin riuh menyapu puncak gunung; 2. terlalu jauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jau.han] | کجاءوهن

Definisi : tempat yg jauh; jarak yg jauh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejauhan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kejauhanSoalan anda tidak jelas.Lain-lain01.06.2010
Adakah boleh diterjemah "That place is 20 miles away" sebagai "Tempat itu 20 batu di kejauhan"?Cadangan padanan terjemahan yang sesuai ialah "Tempat itu 20 batu jauhnya".Penyemakan dan penterjemahan07.06.2023
bagaimana beza meniduri dan menidurkan ? perkataan sarana. bm atau bahasa lain, apakah maksud sebenar? tk.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, menidurkan ialah membuat supaya tidur, mem­baringkan supaya tidur: sesudah menidurkan anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang menga­rah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita menidurkan kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;.
Manakala meniduri ialah 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yang di kejauhan sana, nampak gadis meniduri pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi;.

Sarana ialah (segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat  untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu: bahasa Melayu hendaklah dibina agar dapat berfungsi sebagai sarana yang benar-benar dapat menyampaikan ilmu secara berkesan; karya-karya sastera ialah wadah atau sarana untuk menyatakan dunia masyarakat dan zamannya.
Tatabahasa23.02.2013
1.PERLANGGARAN ATAU PELANGGARAN 2.APAKAH PERBEZAAN MENIDURKAN DAN MENIDURI 3.BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN DISEBABKAN OLEH DAN OLEH KERANA

Puan Norfaharin,

Sekira puan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, puan akan mengetahui perbezaan perkataan pelanggaran, pelanggaran, menidurkan dan meniduri.  Bersama-sama ini disertakan pentakrifan kata-kata tersebut seperti yang berikut: 

  • perlanggaran

    perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang;
  • pelanggaran

    1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah.
  • meniduri

    1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi;
  • menidurkan

    1. membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;
  • Penggunaan "oleh kerana" tidak tepat kerana kata 'oleh' merupakan kata sendi dan "kerana" juga merupakan kata sendi. Oleh itu, frasa yang betul ialah "oleh sebab" dan bukan 'oleh kerana'. Kata 'sebab' ialah kata nama.

    Tatabahasa18.03.2009

    Kembali ke atas