Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ji] | کجي

Definisi : sangat buruk (rendah), hina (bkn sifat, kelakuan, perbuatan, dll), amat tidak sopan (bkn kelakuan, perbuatan, dll): kalau orang yg jahat mati ia akan meninggalkan nama yg ~; ia menyumpah-nyumpah sambil mengeluarkan kata-kata yg ~; berkeji; ~ diri merendahkan diri (sedia atau sudi mengerjakan sesuatu); mengeji menghina, memandang rendah (pd): Islam sangat ~ sifat dusta; membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji prb mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang lain; mengejikan menimbulkan rasa keji: perbuatannya itu sungguh ~; memperkejikan sl menganggap (meman­dang) keji, menghina, merendahkan, mencela (menista, mencaci, dll): jangan kiranya fakir diperkejikan; kekejian sifat (perbuatan) yg keji, keburuk­an, kehinaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ji] | کجي

Definisi : tidak sopan atau tidak manis (bkn kelakuan, perkataan dll); sangat buruk; hina: perbuatan yg ~; perkataan yg ~. mengeji menganggap atau memandang keji; menghina; mencela; mencaci. kekejian keadaan atau sifat keji; keburukan; kehinaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Umpama anjing makan muntahnya.

Bermaksud :

Orang yang tamak dan gelojoh tidak memilih (keji atau terlarang) apa yang akan diperbuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa makna amarah dan mazmumah ?Amarah ialah marah, mazmumah pula ialah sifat keji,cela,hina.Makna26.01.2010
Apakah itu bahasa makian?berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makian bermaksud kata yg kasar dan keji (utk meng­hina, memarahi, dll), maki: budak-budak itu tidak langsung menghiraukan ~ dan sumpah seranah itu.Istilah26.07.2010
Salam, Sila menerangkan apakah maksud "Kaduk naik junjung" dan menerangkan sama ada peribahasa tersebut boleh bermakna i. seorang yang keji atau dibenci yang lupa akan tempatnya di dalam masyarakat dan telah menjadi sombong setelah memegang jawatan awam; ii. seorang individu yang sombong dan bongkak setelah dilantik atau dinaikkan kepada jawatan yang penting Adakah peribahasa ini boleh digunakan dalam konteks fitnah (defamation)?Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menakrifkan peribahasa "kaduk naik junjung" sebagai orang hina merasa dirinya mulia.Tatabahasa22.09.2014
1. Apa beza nista dengan celaan, terutamanya dari segi penggunaannya dalam konteks yg berlainan? Sila sertakan contoh. 2. Apa singkatan yang terkini bagi (sebelum Masehi) dan (Masehi), ada yg tulis SM dan M, dan ada pula yang tulis S.M. dan M. Mana yg terkini?Kamus Pelajar Edisi Kedua mendefinisikan nista sebagai kata-kata yang bertujuan menghina; cercaan; makian: Segala macam nista dan umpat dihamburkan kepada pemuda itu. 2 hina sekali; keji: kata-kata ~ kata-kata yg keji; perbuatan ~ perbuatan yang keji. 3 rasa malu; aib.  Manakala celaan bermaksud ejekan yang keras; kata-kata yg kesat; kecaman.


Singkatan Sebelum Masihi ditulis sebagai SM
Tatabahasa11.08.2016
adakah aib dan malu suatu perkara yang sama?
Aib bermaksud rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dan sebagainya oleh seseorang anggota keluarga dan sebagainya, cela, nama buruk, penghinaan. 

Malu pula bermaksud berasa hina atau berasa aib kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau kerana kekurangan sesuatu.

Berdasarkan maksud tersebut, aib dan malu mempunyai makna yang hampir sama. 
Makna07.05.2021
1. Apakah penjodoh bilangan untuk “lampu”? 2. “Azmi memberikan laluan kepada orang tua untuk menaiki bas” “Azmi memberikan laluan kepada orang tua menaiki bas”, Ayat manakah yang betul? 3. “Saya suka makan kek yang enak yang dibuat oleh ibu”. Bolehkah kata hubung “yang” digunakan dua kali dalam satu ayat? 4. Apakah maksud “umpat keji”? 5. “Azlan tewas terhadap pujukan adiknya jua”. Sila betulkan kesalahan dalam ayat. Terima kasih.1. Penjodoh bilangan yang paling hamper ialah buah - untuk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu).
2. Azmi memberikan laluan kepada orang tua menaiki bas.
3. “Saya suka makan kek yang enak yang dibuat oleh ibu”. Ayat ini betul. 
4. Lihat maksud umpat dan keji di www.prpm.dbp.gov.my.  
5. “Azlan tewas dengan pujukan adiknya jua”.
Tatabahasa26.12.2014
Saya kareemah ka'do. Sedang berlajar Universiti fatoni kelas dasar ingin bertanya : tentang asal usul perkataan "kedurjanaan" apakah artinya dan contoh dalam Ayat. Terima kasihKata ‘durjana’ mempunyai 2 maksud iaitu, 1. jahat dan 2. derhaka. ‘kerdurjaan’ ialah perbuatan durjana (jahat, keji), kejahatan, kekejian, contoh ayat: kekotoran dan kedurjaan hatinya sudah pun terdedah. Makna25.09.2014
"Aduhai, kotor sungguh sungai itu!" kata Ali kepada Yasir. pilih perkataan seerti bagi kotor. A. Jijik B. Cemar apakah jawapan bagi soalan ini? Apakah perbezaan antara kedua-dua pilihan ini?Mengikut Kamus Dewan, kotor bermaksud tidak bersih, tidak jernih, cemar; manakala jijik pula adalah mendatangkan rasa tidak suka (mual) akan sesuatu kerana kotor atau keji. Daripada makna yang diberikan dala Kamus Dewan, perkataan seerti dengan kotor ialah cemar.Tatabahasa18.08.2014
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut yang bermula dari kata kerja betul dari segi struktur ayat? 1 Memanjat pokok ialah perbuatan yang bahaya. 2 Mencuri ialah perbuatan yang bersalah. Dalam senarai daftar kata Bahasa Malaysia KSSR Tahun 1, terdapat perkataan "palet" dalam kategori Pertanian. Tetapi perkataan "palet" dalam Kamus Dewan hanya terdapat maksud "papan nipis yg digunakan oleh pelukis utk membancuh warna" di mana tidak sesuai digunakan dalam kategori pertanian. Adakah perkataan palet ini boleh diberi maksud tilam jerami? Sekian, terima kasih.1. Ada sejenis kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. contohnya: Bersenam menyihatkan badan dan Mengarang ialah pekerjaan yang mulia. Dalam ayat contoh suadara, ayat pertama betul dan ayat kedua dibetulkan menjadi Mencuri satu amalan keji.
2. Berdasarkan maklumat di laman web kami, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=palet, tidak ada istilah palet bagi maksud tilam jerami.
Istilah13.06.2012
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya untuk Kata Seru dimana kami mempunyai sedikit perbalahan pendapat: 4. “_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). Di harap pihak tuan dapat membantu kerana saya merupakan guru Matematik yang mengajar BM di SJKC dan berseorangan. Saya juga akan mendapatkan tunjuk ajar dari pensyarah BM di IPG berdekatan untuk masalah ini. Terima Kasih.“_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah.

A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). 

oh = sr kata utk menyatakan terkejut (hairan, ke­cewa, menjadi yakin, dll): ~, baru ini kau tahu!; ~! kata Ros terkejut; o II.

cis = sr kata utk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll); mengeciskan mencemuh, mengatakan cis (kpd): kerana perbuatan kau yg keji itu, nanti aku diciskan oleh orang di sini.


Yang lebih tepat ialah kata seru 'cis'.
Tatabahasa13.10.2012

Kembali ke atas