Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jo.ha.nan] | کجوهنن

Definisi : pertandingan dsb utk me­nen­tukan johan, kejuaraan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jo.ha.nan] | کجوهنن

Definisi : pertandingan utk menentukan siapa yg akan dipilih sbg johan; kejuaraan: ~ sepak takraw peringkat kebangsaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
johan (kata nama)
Bersinonim dengan juara, pemenang, jago, campian;,
Kata Terbitan : kejohanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul:- Kejohanan Bola Sepak MSSM Kali Ke 3 atau Kejohanan Bola Sepak MSSM Ketiga atau Kejohanan Bola Sepak MSSM Ke-3

Frasa yang betul ialah Kejohanan Bola Sepak MSSM Kali Ke-3 /Kejohanan Bola Sepak MSSM Ke-3. Penggunaan 'kali' hanya untuk menekankan 'ketiga' sahaja.

Tatabahasa19.10.2010
saya mahu tahu ayat mana yang btol..kejohanan futsal terbuka atau kejohanan terbuka futsalFrasa yang betul ialah Kejohanan Futsal Terbuka.Tatabahasa02.10.2009
Adakah penggunaan istilah “Kejohanan Sukan” betul bagi satu program yang menganjurkan variasi acara sukan dalam satu tempoh yang sama? Atau hanya boleh digunakan untuk penganjuran sukan spesifik seperti contoh “Kejohanan Menembak” atau “Kejohanan Olahraga”?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan “kejohanan” bermaksud pertandingan untuk menentukan peserta atau pasukan yang layak menjadi johan bagi sesuatu acara sukan. Oleh itu, frasa “Kejohanan Sukan” boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang bersesuaian.

Istilah12.11.2023
Antara berikut, yang manakah lebih tepat penggunaannya: - Kejohanan Sukan Olahraga Kali Yang Ke-3 - Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke-3 - Kejohanan Sukan Olahraga Yang Ke-3 - Kejohanan Sukan Olahraga Ke-3 Tolong beri raionalnya.Kesemuanya betul. Penggunaan 'kali yang' atau 'kali' hanya untuk menekankan 'ketiga' sahaja. Ayat/frasa tersebut masih boleh difahami walaupun frasa/kata tersebut tidak digunakan.Lain-lain06.10.2009
Kata nama khas pada ayat berikut:-contoh Kejohanan Bola Sepak KPM Bawah 15 Tahun telah berlangsung.... adakah setiap kali perkataan Bawah 15 Tahun diulang, perlu menggunakan huruf besar di awalan perkataan?Ya. Sekiranya tidak mahu diulang, gantikan dengan Kejohanan tersebut/Kejohanan ini....Tatabahasa19.10.2010
Assalam "KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH" "KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MENENGAH" Mana satu yang betul? Terima kasih.Frasa yang lebih tepat ialah KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MENENGAH.Tatabahasa25.07.2017
Salam 1Bahasa, 1. Ayat: a. Dalam perlawanan bola sepak... b. Pada perlawanan hoki itu... c. Di kejohanan Euro... d. Pada kejohanan Euro... Yang manakah yang tepat? 2. Sila letakkan kenderaan anda dalam keadaan "Reverse Parking". Dalam bahasa Melayu, terjemahannya, bagaimana? Terima kasih.1. Frasa satu dan dua betul dan penggunaan salah salah satu daripada ftrasa bergantung pada konteks ayat yang digunakan.
2. Yang betul ialah "reverse gear" terjemahannya ialah gear undur.
Tatabahasa06.07.2012
Susunan ayat manakah yang betul: 1. Kejohanan Hoki (L) Bawah 15 Tahun MSSM 2009 atau 2. Kejohanan Hoki (L) MSSM 2009 Bawah 15 Tahun

Saudara,

Susunan yang betul ialah " Kejohanan Hoki MSSM 2009 (L) Bawah Umur 15 Tahun".

Lain-lain22.10.2010
betulkah tajuk surat seperti ini - "Bayaran Elaun Pengurus dan Jurulatih Pasukan Ke Kejohanan Sukan 2012"?Ejaan yang betul ialah "Bayaran Elaun Pengurus dan Jurulatih Pasukan ke Kejohanan Sukan 2012".Ejaan27.06.2012
Mohon pembetulan 2 ayat di bawah Kejohan ini kembali lagi PADA tahun ini atau Kejohan ini kembali lagi BAGI tahun ini PADA yang berminat untuk menyertai atau BAGI yang berminat untuk menyertaiKejohan atau Kejohanan? Saya andaikan perkataan sebenarnya ialah Kejohanan. Ayat yang betul ialah Kejohanan ini kembali lagi pada tahun ini. Bagi yang berminat untuk menyertai...Tatabahasa27.04.2011
123

Kembali ke atas