Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ju.ru.te.ra.an] | کجوروتراءن

Definisi : kepandaian atau perbuatan mereka atau membuat jentera (jambatan dll): ~ awam; ~ elektrik; ~ jentera; ~ kapal ter­bang; ~ kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ju.ru.te.ra.an] | کجوروتراءن

Definisi : hal-hal yg berkaitan dgn jentera atau mesin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejuruteraan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, terdapat keraguan di kalangan masyarakat berkenaan perkataan "teknologi kejuruteraan" berikutan ada yang mengatakan "teknologi kejuruteraan" merujuk kepada teknologi dan ada yang mengatakan "teknologi kejuruteraan" merujuk kepada kejuruteraan. oleh itu, mohon pencerahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka berkenaan perkara ini. Sekian, terima kasih.Istilah "teknologi kejuruteraan"  merujuk kepada kejuruteraan.Istilah15.11.2022
adakah "Kilang Membuat Kejuruteraan Besi" atau "Kilang Kejuruteraan Besi"?Kilang Kejuruteraan BesiIstilah01.10.2014
istillah mana yang betul - 'kejuruteraan mekanik' atau 'kejuruteraan mekanikal' untuk perkataan 'mechanical engineering' kerana kedua-dua istillah ini digunakan oleh lain jabatan kerajaanIstilah yang betul ialah 'kejuruteraan mekanik' bagi 'mechanical engineering'.Istilah19.08.2006
Adakah DBP sudah tidak berminat dengan istilah kejuruteraan kerana setiaap kali saya menaipnya tidak ada jawapan (tiadda rekod). Apa sudah jadi dengan istilah itu adakah sudah dikuburkan bersama perkembangan IT atas talian.Apakah yang dimaksudkan dengan istilah kejuruteraan? Adakah perkataan kejuruteraan itu atau perkataan lain dalam bidang kejuruteraan? Berdasarkan semakan kami data kamus dan istilah bagi perkataan kejuruteraan dan perkataan lain dalam bidang kejuruteraan masih wujud dalam pangkalan data kami.Lain-lain09.08.2017
DEFINISI LARAS BAHASA KEJURUTERAAN & POLITIKDalam Kamus Dewan laras ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya atau disebut juga ragam bahasa. Oleh itu, laras bahasa politik ialah ragam bahasa politik dan laras bahasa kejuruteraan ialah ragam bahasa kejuruteraan.Lain-lain19.07.2008
APAKAH DEFINISI JENIS LARAS BAHASA POLITIK DAN JENIS LARAS BAHASA KEJURUTERAANDalam Kamus Dewan laras ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya atau disebut juga ragam bahasa. Oleh itu, laras bahasa politik ialah ragam bahasa politik dan laras bahasa kejuruteraan ialah ragam bahasa kejuruteraan.Makna19.07.2008
iSTILAH KEJURUTERAAN DARI BAHASA INGGERIS KE BAHASA MELAYU: 1. NANOFLUID 2. NANOTECHNOLOGY ISTILAH INI TIADA DALAM CARIAN KATAIstilah bahasa Melayu untuk "nanotechnology" ialah nanoteknologi. Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang rasmi untuk "nanofluid" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk nanobendalir.Istilah02.05.2013
istilah kejuruteraan bagi- a) Condensate Filter b) Hydrogen Bullet c) Off Gas d) Accumulator e) solvent Feedstock f) Circulation g) Circulating h) Return Line Filter i) Top Circulating Reflux j) Colh front Cooler selain itu pengesahan bagi preheater sama ada prapemanas ataupun pemanas awal Terima kasih atas maklum balas yang bakal diberikan.

Puan,

Padanan istilah adalah seperti yang berikut:

i. turas peluwap ii. peluru hidrogen iii. tutup gas iv. penumpuk v. pelarut suapan vii. peredaran viii. edaran ix. turas garis balik x. refluks edaran atas  xi. perenggan dingin/sejuk xii. prapemanas

Istilah27.08.2010
Adakah istilah kejuruteraan yang tepat bagi Road Stud adalah pepaku jalan?Padanan bahasa Melayu bagi istilah road stud ialah mata jalan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah13.10.2023
Dalam istilah kejuruteraan, EXTRUSION bermaksud PENYEMPERITAN. Walau bagaimanapun, istilah bagi 'hasil penyemperitan' atau EXTRUDATE, tiada dalam enjin carian. Apakah istilah paling sesuai bagi EXTRUDATE...? Terima kasihUntuk makluman saudara, istilah extrudate tidak dijumpai dalam kamus terbitan DBP atau mana-mana sumber rujukan kami. Websters New World Dictionary juga tidak tercatat perkataan ini. Mohon kerjasama saudara agar dapat memastikan ejaannya yang betul. Istilah yang ada dan terakam dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah extrude yang bermaksud menyemperit dalam bahasa Melayu.Istilah29.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas