Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejuruteraan elektrik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
computer engineeringkejuruteraan komputerFizikNanoteknologiDisiplin ilmu yang menggabungkan kedua-dua bidang kejuruteraan elektrik dan sains komputer. Jurutera komputer yang dilatih dalam bidang ini biasanya mempunyai pengetahuan dalam kejuruteraan elektrik, reka bentuk perisian dan integrasi antara perkakasan dengan perisian. Kejuruteraan komputer melibatkan pelbagai aspek pengkomputeran seperti pemprosesan mikro, komputer peribadi, superkomputer, kuantum komputer, dan reka bentuk litar.
electrical engineeringkejuruteraan elektrikKejuruteraanTiadaTiada
rotating machinemesin berputarTeknikElektrikMesin yang menghasilkan putaran. Dalam kejuruteraan elektrik, mesin berputar ialah motor dan penjana.
electrical engineeringkejuruteraan elektrikMekanikGunaanBidang kejuruteraan yang mencakup aspek fenomena elektrik, radas, litar dan sistem elektrik, dan juga bidang yang abstrak seperti perhubungan dan kawalan.
wiring regulationperaturan pendawaianTeknikElektrikPeraturan yang perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan pemasangan dan pengguna elektrik. Peraturan ini berubah mengikut waktu. Di negara ini peraturan pendawaian yang digunakan adalah berdasarkan peraturan I.E.E. (Institusi Kejuruteraan Elektrik Britain). Peraturan Tenaga Nasional, Ahli Jemaah Pemeriksa Elektrik, dan Piawaian Malaysia.
engineeringkejuruteraanMekanikGunaanBidang ilmu yang melibatkan penggunaan sains dan teknologi untuk memenuhi keperluan manusia. profesion ini sering ditakrif sebagai profesion yang melibatkan penerapan pengetahuan tentang metematik dan sains tabii yang diperoleh melalui kajian, pengalaman dan amalan, dengan pertimbangan untuk membentuk kaedah penggunaan bahan dan daya tabii, secara kimat, untuk faedah manusia. Terdapat empat bidang kejuruteraan yang tradisional iaitu kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan kimia, dan kejuruteraan mekanik. Lihat juga jurutera.
electrical installation costkos pemasangan elektrikKejuruteraanKejuruteraan KimiaKos untuk pendawaian, peralatan elektrik, bekalan tenaga elektrik, dan pendawaian peralatan campur harga buruh. Kos ini dianggarkan 10 -15% harga peralatan utama atau 3 � 10% pelaburan modal tetap.
electrical bondingikatan elektrikKejuruteraan Kapal TerbangTiadaSambungan bahagian struktur logam dengan menggunakan pengalir elektrik untuk mengekalkan keupayaan elektrik yang setara.
electrical conduitpembuluh elektrikKejuruteraanKejuruteraan BangunanPembuluh daripada plastik (PVC) yang dipasang dalam binaan konkrit untuk memudahkan pendawaian elektrik. Saiz pembuluh bergantung kepada saiz pendawaian yang akan dipasang, biasanya berukuran 25 mm atau lebih.
electrical horsepowerkuasa kuda elektrikKejuruteraanKejuruteraan KimiaKuasa kuda yang dipacukan oleh tenaga elektrik dan bersamaan dengan 746 watt.
12345678910...

Kembali ke atas