Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejuruteraan kimia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah istilah-istilah yang terdapat dalam kamus dewan bahasa yang terbaru?Kamus merakamkan semua bentuk kata yang ditutur oleh masyarakat, ada bentuk istilah (pelbagai istilah seperti ekonomi, pertanian, kejuruteraan, kimia dan lain-lain) atau bentuk rangkai kata umum.Lain-lain28.07.2008
Di manakah penggunaan format Italic boleh digunakan dalam ayat. 1. Nama buku - Buku My Biography yang diterbitkan pada tahun lalu. 2. Kumpulan The New Generation bakal membuat persembahan di Kuala Lumpur bulan depan. 3. Dia belajar di University of London dalam bidang Kejuruteraan Kimia. 4. Perkataan `venue', `rating' dan 'tip' apakah perlu Italic atau kekal seperti biasa. 5. Gelaran seperti kumpulan The Red Warriors. 6. Anuar Manan yang digelar The Rocket Man. 7. Pada program Grammy Awards itu. 8. Seramai 450 penunggang basikal menyertai kejohanan sempena Taman Negara Green Jamboree itu. 9. Meskipun bermula hambar dengan double-bogey di lubang kedua, dia bangkit pada lubang seterusnya dengan lima birdy untuk mencatat tiga bawah par 68. Sekian terima kasih.Mengikut amalan penerbitan DBP, huruf italik atau huruf condong digunakan untuk menulis judul karya seni dan penerbitan, nama sains, dan sebagainya. Contoh judul karya seni dan penerbitan ialah judul buku, judul drama, nama akhbar, nama majalah, judul filem, dan nama lagu.  Untuk maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP tahun 1995, halaman 80.Lain-lain11.03.2012
Bagi memartabatkan Bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi, terdapat beberapa istilah yang sukar untuk diterjemahkan dalam Bahasa Melayu (BM) contohnya proses pyrolysis. Apakah perkataan yang sesuai dalam BM untuk pyrolysis ini. Dalam carian kata tiada perkataan pirolisis / pyrolysis. Bagaimana dengan produk dari proses pyrolysis seperti minyak pyro. betul atau tidak. Mohon bantuanPyrolysis diterjemahkan kepada pirolisis dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, kimia dan geologi. Istilah pirolisis telah diterima dan jika ada penemuan baharu berkaitan dengan pyro/pyrolysis istilah piro/pirolisis boleh diterima pakai. Penyemakan dan penterjemahan15.02.2018
Cahaya Petunjuk SAT 20:14 Cahaya Petunjuk Cahaya Assalamualaikum dan salam sejahtera, Admin. Saya mahu bertanya. Apakah sumbangan DBP dalam perkamusan ? terima kasih.Waalaikumussalam, Puan, sumbangan DBP dalam perkamusan ialah menghasilkan kamus dalam bentuk bercetak dan digital. Kamus yang telah dihasilkan dalam bentuk bercetak terdiri daripada kamus ekabahsa dan kamus dwibahasa. KAMUS YANG DIUSAHAKAN OLEH BAHAGIAN PERKAMUSAN Kamus Ekabahasa 1. Kamus Dewan 2. Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar 3. Kamus Dewan (Ejaan Baru) 4. Kamus Rendah Dewan Bergambar 5. Kamus Dewan Edisi Baru 6. Kamus Kebalikan Dewan 7. Kamus Dewan Edisi Ketiga 8. Kamus KBSR Dewan Bergambar Edisi Kedua 9. Kamus Dewan Edisi Keempat 10.Kamus Pelajar Edisi Pertama 11.Kamus Pelajar Edisi Kedua 12.Kamus Saku Bahasa Melayu Dewan 13.Kamus Dewan Edisi Keempat 14.Kamus Pelajar Edisi Kedua Kamus Dwibahasa 1. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu 2. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas 4. Kamus Perancis-Melayu 5. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu Edisi Kedua 6. Kamus Thai-Melayu Dewan 7. Kamus Melayu-Inggeris Dewan 8. Kamus Tamil-Melayu Dewan 9. Kamus Cina-Melayu Dewan Kamus Istilah 1. Kamus Istilah Sains Am 2. Kamus Perhutanan 3. Kamus Biologi KBSM 4. Kamus Perakaunan 5. Kamus Hidrometeorologi 6. Kamus Mekanik Gunaan 7. Kamus Perubatan 8. Kamus Kimia KBSM 9. Kamus Ekologi 10.Kamus Fizik KBSM 11.Kamus Ekonomi 12.Kamus Komputer 13.Kamus Kewangan 14.Kamus Kejuruteraan Kimia 15.Kamus Pelaburan 16.Kamus Linguistik 17.Kamus Meteorologi Perhubungan 18.Kamus Matematik KBSM 19.Kamus Perbankan 20.Kamus Teknik Elektrik 21.Kamus Kejuruteraan Kimia Edisi Kedua 22.Kamus Kejuruteraan Polimer Hasil Berbentuk Elektronik yang diusahakan oleh pihak luar dengan menggunakan data kamus DBP 1. Dewan-Eja (Perisian komputer untuk menyemak ejaan Bahasa Melayu 2. E-Kamus (Cakera padat yang mengandungi Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Komputer 3. CD Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (Kamus Interaktif, ilustrasi, animasi, dan audio permainan) 4. Dewan Eja Pro - Kamus-kamus yang terdapat dalam PRPM (digital: 1. Kamus Dewan Edisi Keempat 2. Kamus Pelajar Edisi Kedua 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 4. Kamus-kamus lain.Lain-lain05.11.2016
Apakah "sealant" dalam BM?Salam sejahtera,

Maksud "sealant"

1. Bahan tampal  (Bidang Kimia)
2. Bahan kedap (Bidang Kejuruteraan Automotif)
3. Kedap (Kejuruteraan)


Tuan boleh sesuaikan mengikut konteks penggunaan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain25.11.2019
Istilah sealant dalam bidang kejuruteraanSalam sejahtera,

 Sealant bermaksud, 

1. Bahan tampal  (Bidang Kimia)
2. Bahan kedap (Bidang Kejuruteraan Automotif)
3. Kedap (Kejuruteraan)


Saudari boleh sesuaikan mengikut konteks penggunaan.

Sekian, terima kasih.
Istilah03.07.2020
apakah maksud " fabrikasi "Fabrikasi bermakna pembikinan atau pembuatan atau pasang siap. Perkataan ini digunakan dalam bidang kimia, ubat, farmasi, fizik dan kejuruteraanMakna21.07.2008
Perkataan mendakan atau mendapan yang mana lebih sesuai untuk ayat ini "Mendapan/mendakan yang berwarna kuning terdapat di dalam saluran vesel kayu geronggang". Terima kasih

Mengikut Kamus Dewan, istilah mendapan dan mendakan mempunyai persamaan iaitu sesuatu yang turun ke bawah dan berlonggok di dasar (berkaitan lumpur, pasir dan lain-lain). Cuma ciri mendakan yang dinyatakan, iaitu pepejal yang tidak larut yang terhasil dalam sesuatu tindak balas kimia (yang berlangsung dalam larutan) tidak dinyatakan dalam entri mendapan. Kami mencadangkan perkataan mendapan kerana dalam pangkalan data DBP perkataan mendapan digunakan secara meluas dalam istilah perhutanan, geografi dan pertanian berbanding perkataan mendakan yang lebih meluas dalam istilah kejuruteraan.

 

Istilah01.12.2014

Kembali ke atas