Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.ngan] | ککڠن

Definisi : 1. besi bergerigi yg di­kenakan pd mulut kuda (utk mengendalikan­nya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang­-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.ngan] | ککڠن

Definisi : 1 kekang. 2 ki paksaan (sekatan, batasan) yg dikenakan kpd seseorang dll; kendala. 3 ki kawalan perasaan (spt nafsu, keinginan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ka.ngan] | ککڠن

Definisi : besi bergerigi yg dipasang pd mulut kuda utk mengendalikannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kekang
Kata Terbitan : mengekang, terkekang, kekangan, pengekangan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANARKISME

Anarkisme ialah  kepercayaan bahawa setiap

bentuk peraturan atau kerajaan adalah tidak

bermoral, dan kekangan seseorang oleh seseorang

lain ialah satu kejahatan yang mesti dihapuskan.

Anarkisme berasal daripada perkataan Yunani yang

bermakna tanpa kerajaan.

UMUM 
NEGARA POLIS

Negara polis, berlaku apabila kerajaan sesebuah

negara atau unit politik membenarkan agensi

penguatkuasaan undang-undang negara itu

mengekalkan keamanan melalui ketakutan rakyat.

Dalam keadaan ini, pihak polis tidak lagi tertakluk

kepada undang-undang atau kekangan lain yang

biasanya mengehadkan tindakan mereka dalam

sebuah negara demokrasi berperlembagaan. Pihak

polis boleh merisik sesiapa sahaja tanpa

menghiraukan privasi individu. Mereka juga boleh

menangkap, memenjarakan, membunuh, atau

membuang negeri sesiapa sahaja tanpa sebarang

sebab.

Pada zaman dahulu, negara kota Yunani, Sparta,

merupakan sebuah negara polis yang paling

lengkap. Pada tahun 1990-an, taktik negara polis ini

sering digunakan oleh golongan fasis dan negaranegara

komunis.

Lihat juga Polis rahsia.

UMUM 

Kembali ke atas