Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.ngan] | ککڠن

Definisi : 1. besi bergerigi yg di­kenakan pd mulut kuda (utk mengendalikan­nya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang­-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.ngan] | ککڠن

Definisi : 1 kekang. 2 ki paksaan (sekatan, batasan) yg dikenakan kpd seseorang dll; kendala. 3 ki kawalan perasaan (spt nafsu, keinginan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ka.ngan] | ککڠن

Definisi : besi bergerigi yg dipasang pd mulut kuda utk mengendalikannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kekang
Kata Terbitan : mengekang, terkekang, kekangan, pengekangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flow balance equationpersamaan seimbang aliranPentadbiranTiadaKekangan-kekangan asasi Pemprograman Linear bagi rangkaian yang memastikan setiap nod aliran pada lengkok-lengkok yang masuk tolak aliran pada lengkok-lengkok yang keluar mestilah sama dengan penawaran nod tersebut.
closed pairpasangan tertutupFizikMekanikSepasang jasad yang dikenakan pada kekangan-kekangan yang menghalang sebarang gerakan relatif di antara jasad-jasad tersebut.
proper constraintkekangan wajarMekanikGunaanSistem kekangan yang melibatkan bilangan kekangan yang memadai untuk menyebabkan keseimbangan sepenuhnya, dan disusun juga sedemikian rupa supaya keseimbangan penuh diperoleh. Ia juga dinamai kekangan mencukupi.
integral constraintkekangan kamiran; kekangan integerMatematikTiadaTiada
redundant constraintkekangan lewahKejuruteraanTiadaKekangan yang melebihi apa yang diperlukan untuk keseimbangan, misalnya kekangan keempat pada struktur 2-p yang telah disokong secara wajar oleh tiga kekangan perlu dan memadai.
improper constraintkekangan tak wajarMekanikGunaanSistem kekangan yang tidak dapat mewujudkan keseimbangan yang sepenuhnya walaupun bilangan pengekang memadai. Keseimbangan penuh tidak wujud kerana kekangan tidak ditempatkan dengan wajar (biasanya secara sengaja untuk membenarkan gerkan pada arah tertentu). Ia juga dinamai kekangan separa.
adequacy of constraintkecukupan kekanganMekanikGunaanNilai tara untuk menentukan sama ada kekangan yang bertindak pada jasad akan mewujudkan keseimbangan sepenuhnya. Nilai tara ini merujuk pada bilangan kekangan yang terlibat dan juga cara kekangan disusun nisbi terhadap kecenderungan gerakan jasad.
partial constraintkekangan separaKejuruteraanTiadaSistem kekangan yang tidak dapat mewujudkan keseimbangan yang sepenuhnya walaupun bilangan pengekang memadai disebabkan ditempatkan dengan cara yang tak wajar. Sinonim: kekangan tak wajar.
constraintkekanganMatematikTiadaSyarat yang menyekatkan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Dalam pengaturcaraan linear, masalah menentukan nilai optimum bagi 3x + 5y di bawah kekangan x ≥ 0, y ≥ 0, 2x - y ≥ 1, dan x + y ≤ 5 bererti penyelesaian harus dicari bagi x dan y yang memenuhi kekangan yang dinyatakan.
system constraintkekangan sistemPentadbiranTiadaKekangan dalam model pemprograman matlamat yang mana sisihan positif dan negatif tidak dibenarkan.
12345678910...

Kembali ke atas