Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.sih] | ککاسيه

Definisi : orang yg dikasihi (dicintai), buah hati: ia selalu menulis surat kpd ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.sih] | ککاسيه

Definisi : orang yg dikasihi; buah hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ka.sih] | ککاسيه

Definisi : orang yg dikasihi; orang yg dicintai; buah hati: ~nya selalu menulis surat kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Jika Leman kekasih orang,
     Dipalit dengan tenun aksinya;
Ingat-ingat abang seorang,
     Balik belakang ada gantinya.


Lihat selanjutnya...(79)
Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan: bagaimana untuk kita menentukan tarikh sebenar mengikut masa contoh 1: siaran langsung 'Cinta bersemi' 1 Oktober 2012 , 9.00 malam dan ulang siar 2.00 pagi soalannya: untuk ulangsiar 2.00 pagi adakah telah masuk 2 oktober? contoh 2: ( Drama 'kekasih akan disiarkan bermula Isnin 1 Oktober ): saksikan drama bersiri 'Kekasih' Mulai 1 Oktober , setiap Isnin 12.30 tgh mlm soalannya: adakah 12.30 tgh mlm di anggap sebagai 1 Oktober? Soalan 3: bagaimana untuk kita mengenalpasti penggunaan masa yang betul mengikut tarikh contoh : 1 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) dan 2 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) adakah ( tarikh adlh sbg contoh) 1 oktober= 12.00 tgh mlm - 11.59 malam (24 jam ) 2 oktober = 12.00 tgh mlm - 11.59 malam ( 24 jam ) sekian terima kasih1. Ulang siar "Cinta Bersemi" pada pukul 2.00 pagi adalah pada 2 Oktober 2012.
2. Drama bersiri "Kekasih' pada pukul 12.30 tengah malam adalah pada 2 Oktober 2012.
3. 1 Oktober 2012 (Isnin) bermula pada 12.00 tengah malam (hari Ahad - 30 September 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (1 Oktober 2012),  2 Oktober bermula pada 12.00 tengah malam (hari Isnin - 1 Oktober 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (2 Oktober 2012).
Lain-lain03.10.2012
Salam pihak DBP, Saya ada dua soalan: 1) Bolehkah istilah swordsman diterjemahkan kepada "pemedang" saja dan bukan "pemain pedang" sekiranya kepanjangan perkataan memainkan peranan di sini? Ini berdasarkan hukum kata nama terbitan. 2) Adakah "kekasih gelap" istilah yang boleh diguna pakai dalam bahasa Melayu atau ia merupakan istilah Bahasa Indonesia? Sekiranya difahami juga dalam bahasa kita, bolehkah ia digunakan dalam percakapan dan penggunaan sehari-hari?1. Kata pemedang boleh digunakan bagi menggantikan kata pemain pedang. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1642.

2. Frasa kekasih gelap tidak terakam dalam kamus bahasa Melayu di negara ini tetapi makna yang dirujuk bagi kata kekasih dan kata gelap tersebut telah lama terakam di bawah entri berkenaan. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 645 dan 1008. Masyarakat bebas menggunakan frasa tersebut dalam percakapan atau penggunaan sehari-hari.
Makna04.12.2023
Maksud perkataan 'puspawati'. Terima kasih.

Puspa: sl bunga; ~ hati ki kekasih, buah hati; taman ~ (sari) taman bunga, jambangan.

Wati: bentuk yg menyatakan perempuan

Makna14.04.2009
MOHON NASIHAT PENGGUNAAN PERKATAAN KE DAN KEPADA.Ke : i. awalan untuk membentuk bilangan yang menunjukkan kedudukan dalam siri atau urutan (kelapan, ketiga); ii. awalan membentuk kata nama (kekasih, kecantikan); iii. kata sendi yang menunjukkan arah (ke utara); iv. Pergi (menuju sesuatu tempat) - ke pasar. Kepada : i. Kata untuk menyatakan arah (mengirim surat kepada adiknya); ii. Terhadap, akan (jangan buat jahat kepada orang); iii. Daripada, pada (Beliau penolong kepada Pegawai Daerah). Makna17.01.2008
APAKAH MAKSUD " MUSTIKA"Ejaan yang betul ialah mestika yang bermaksud sejenis permata bernilai atau sebagai kata kiasan bagi menggambarkan sesuatu yang termolek, tercantik atau sesuatu yang disayangi, iaitu kekasih.Makna15.05.2009
penggunaan kata awalan "di","ke","dan"Awalan di dan ke ditulis sebagai satu perkataan (bersambung dengan kata yang mengikutinya). Cth. di-:dimakan, dibuat, dilaksanakan(kata kerja pasif). ke: ketua, kekasih,kehendak. Dan ialah kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Cth. Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.  Tatabahasa02.04.2008
betul ke cahaya mata diguna pakai kembali menggantikan "cahaya hati". pohon penjelasan.Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Kedua-dua istilah ini boleh digunakan kerana cahaya mata membawa maksud a) kilau mata, sinar mata; b) kekasih, buah hati; dan juga c) anak. Manakala cahaya hati merujuk kepada pengunaan dalam bidang sastera yang bersifat metafora yang menujukkan kebaikan, kebeningan akhlak, dan maksud khusus daripada pengkarya. Molek kiranya dijadikan http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman setia di hujung jari.Lain-lain05.02.2014
apakah perbezaan penggunaan kata cenderamata dan cenderahati? Apakah makna tersendiri kata cenderamata dan cenderahati?kedua-dua membawa maksud yang sama. cenderamata 1. sesuatu yg diberikan kpd orang lain sbg tanda ingatan, cenderadurja, cenderahati, tanda mata; 2. kekasih, buah hati.Tatabahasa10.07.2007
apakah maksud perkataan indonesia JOMBLO,ARJUNA,PACARBerdasarkan Kamus Bahasa Melayu Nusantara, jomlo bermaksud gadis tua, Arjuna bermaksud salah seorang daripada Pandawa lima atau lelaki yang dikasihi dan pacar bermaksud tumbuhan yang daunnya digunakan sebagai pemerah kuku, jari, rambut, dsb; inai atau teman lawan jenis yang tetap dan mempunyai hubungan cinta kasih; kekasih.Makna02.10.2006
Salam sejahtera, Saya tertarik dengan maksud bagi ungkapan "buah hati pengarang jantung" setelah bertukar pandangan dengan rakan universiti yang merupakan bukan penutur Bahasa Melayu. Pencarian dalam PRPM tidak menggolongkan ungkapan tersebut di bawah 'jantung' tetapi di bawah 'pengarang': "~ jantung buah hati". Pencarian dalam Google Books dan Internet banyak menunjukkan penggunaan "buah hati pengarang jantung" dan bukan "pengarang jantung buah hati". Ini merupakan fenomena yang menarik bagi saya. Setahu saya ungkapan ini bukan peribahasa. Saya amat menghargai sekiranya pihak Tuan boleh memberikan penjelasan lanjut. Sekian, terima kasih.Penggunaan buah hati pengarang jantung banyak digunakan dalam puisi Melayu yang membawa maksud menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Pengarang Jantung ialah kekasih manakala maksud buah hati pula ialah orang yg dikasihi. Ini memberikan maksud Orang yang dikasihi iaitu kekasih. Maka penggunaan buah hati pengarang jantung adalah lebih sesuai dan telah banyak digunakan dalam puisi Melayu.Penyelidikan12.06.2018
12

Kembali ke atas