Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ke.ra.pan] | ککرڤن

Definisi : keadaan kerap, kerapnya ber­laku sesuatu, keseringan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ke.ra.pan] | ککرڤن

Definisi : keadaan kerap; kerapnya berlaku sesuatu yg berulang-ulang: ~ memangkas pokok tidak ditentukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerap (adjektif)
1. Bersinonim dengan acp kali: berkali-kali, selalu, sering,
Berantonim dengan kadang-kadang

2. Bersinonim dengan rapat: rapi, tidak jarang, ketat,
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : mengerapi, mengerapkan, kekerapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah skala nombor dan istilah yang digunakan menunjukkan kekerapan yang banyak ke kekerapan yang sikit? contohnya skala 5 - Amat kerap....4 - kerap kali ...3 - Kadang-kadang ...2 - Jarang-jarang ...1 - tidak pernah. Betul ke 'Amat Kerap' merupakan kekerapan yang banyak...'Kerap Kali' merupakan kekerapan yang kurang dari 'Amat Kerap'? terima kasih

1. Ya betul. Skala nombor dan istilah yang digunakan menunjukkan kekerapan yang banyak ke kekerapan yang sedikit.
2. Kekerapan merujuk kepada keadaan, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang, atau keseringan. 
Oleh itu, kenyataan bahawa "Amat Kerap" merujuk kepada kekerapan yang banyak adalah betul, dan kenyataan "Kerap Kali" merujuk kepada kekerapan yang kurang daripada "Amat Kerap" adalah betul.

Lain-lain20.02.2014
Mengapakah kekerapan penggunaan e-pepet adalah lebih tinggi daripada penggunaan e-taling. Saya perlukan maklumat dan penjelasan yang panjang kerana saya perlukannya untuk membuat kajian. Mohon kerjasama anda. Terima kasih.Kami cadangkan saudari menghubungi bahagian Penyelidikan Bahasa untuk bertanyakan hal ini.  Cuba hubungi nombor 0321479143Lain-lain23.07.2014
kekerapanMenurut Kamus Dewan makna kekerapan ialah keadaan kerap, kerapnya berlaku sesuatu, keseringan.Makna03.07.2009
Saya pelajar Master Sains di UPM. Saya ingin bertanya tentang istilah skala mengukur kekerapan. adakah istilah ini betul? 5 - Amat Kerap 4 - Kerap Kali 3 - Kadang-Kadang 2 - Jarang-Jarang 1 - Tidak Pernah adakah istilah lain untuk mengukur kekerapan?

1. Istilah yang digunakan adalah betul. Kekerapan merujuk kepada keadaan, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang, atau keseringan.

2. Istilah lain yang boleh digunakan ialah sering, selalu, dan acap kali.

Namun begitu, penggunaan istilah haruslah menepati konsep dan sasaran yang ditetapkan supaya tidak mengelirukan apabila dibuat pentafsiran.

Istilah13.02.2014
apakah ayat yang paling sesuai untuk ayat berikut: 1. Di Bahagian A, analisis deskriptif yang digunakan adalah dalam bentuk kekerapan dan peratus atau 2. Dalam Bahagian A, analisis deskriptif yang digunakan adalah dalam bentuk kekerapan dan peratus guna di bahagian A atau dalam bahagian AFrasa yang betul ialah "dalam bahagian" - dalam Bahagian A, analisis deskriptif yang digunakan adalah dalam bentuk kekerapan dan peratus guna.Tatabahasa07.05.2014
Salam 1Malaysia, soalan 1. bagaimanakah cara menggunakan ayat untuk perkataan 'masing-masing' dalam ayat berikut: Min kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan responden sekolah menengah adalah masing-masing M=180.68 dan M=142.87. ATAU min kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan responden sekolah menengah adalah M=180.68 dan M=142.87 masing-masing. soalan 2. Adakah perlu saya meletakkan huruf 's' bagi perkataan respons? atau memadai dengan respon terima kasih1. Minimum kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah oleh murid-murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan sekolah menengah ialah masing-masing 180.68 dan 142.87.  

2. Ejaan yang betul ialah respons.
Tatabahasa13.02.2015
Salam 1Malaysia, saya memohon bantuan membina ayat yang paling sesuai untuk pernyataan dibawah: Berikutnya, min kekerapan menjadi guru ganti dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah M=25.81 dan M=21.32 masing-masing. Ini bermakna, guru sekolah rendah lebih kerap menjadi guru pengganti berbanding guru sekolah menengah. Namun demikian, dari segi tempoh masa dalam kiraan minit, guru sekolah menengah menunjukkan tempoh mengganti guru lain yang lebih lama berbanding guru sekolah rendah. Selanjutnya, min kekerapan menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah masing-masing M=180.68 dan M=142.87. Manakala purata masa satu kali menyelesaikan tugas menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah masing- masing M=100.85 dan M=92.95. Ini bermakana, guru sekolah rendah lebih kerap serta menggunakan masa yang lebih lama untuk menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid. terima kasihBerikutnya, minimum kekerapan menjadi guru ganti dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 25.81 dan 21.32. Ini bermakna, guru sekolah rendah lebih kerap menjadi guru pengganti berbanding guru sekolah menengah. Namun demikian, dari segi tempoh masa dalam kiraan minit, guru sekolah menengah menunjukkan tempoh mengganti guru lain yang lebih lama berbanding guru sekolah rendah. Selanjutnya, minimum kekerapan menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 180.68 142.87. Manakala purata masa satu kali menyelesaikan tugas menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 100.85 dan 92.95. Ini bermakana, guru sekolah rendah lebih kerap serta menggunakan masa yang lebih lama untuk menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid.Tatabahasa14.02.2015
Yang berikut ialah kekerapan perkataan berkenaan dirakamkan dalam Kamus DBP tertentu: kadangkala Kamus Dewan - 33 kali Kamus Pelajar - 5 kali Kamus Pelajar II - 12 kali Kamus Komputer – 1 kali Jumlah 51 kali kadang kala Tiada dalam mana-mana kamus DBP ada kala Kamus Dewan - 1 kali Kamus Pelajar - 1 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Jumlah 7 kali ada kalanya Kamus Dewan - 47 kali Kamus Pelajar - 4 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Kamus Komputer - 1 kali Jumlah 57 kali adakalanya Kamus Dewan - 1 kali Jumlah 1 kali adakala Kamus Dewan - 3 kali Jumlah 3 kali 1. Ejaan untuk kata kadangkala adalah jelas satu perkataan. 2. Perhatikan bahawa adakala dimasukkan sebagai satu perkataan di tiga (3) tempat dalam Kamus Dewan termasuklah sebagai lema/entri utama/kata masukan, tetapi di tempat lain dimasukkan sebagai ada kala sebanyak tujuh (7) kali, malah ada kala dengan partikel -nya (ada kalanya) dirakamkan sebanyak 57 kali dalam Kamus DBP. Dengan kekerapan yang tinggi sebagai dua perkataan (ada kala/ada kalanya), mustahil berlaku kesilapan semasa penyuntingan, juga mustahil semasa atur huruf. Jadi, muktamadnya, kata ini harus dieja bagaimana? Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)Kami ambil maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera.Lain-lain15.08.2012
tolong berikan saya data kekerapan frasa membincangkan tentang dalam berita harian dari 1.1.10 ke 30.9.10Sila rujuk akhbar Berita Harian bulan September 2010 untuk tujuan tersebut.Lain-lain30.09.2010
saya sudah beberapa kali menggunakan analisis kata untuk menjana kekerapan perkataan tetapi setakat ini tidak berjaya. mohon bantuan/penjelasan. terima kasih. dr hajar abdul rahim birmingham, uk.Untuk makluman Dr., lazimnya apabila telah berdaftar dengan sistem korpus DBP, Dr. boleh mencapai sistem korpus dan mendapatkan input daripada sistem berkenaan. Walau bagaimanapun jika terdapat masalah dengan sistem berkenaan, Dr. boleh menghubungi Bahagian Sistem Maklumat DBP atau pegawai yang terlibat dalam pendokumentasian data korpus, iaitu Puan Chin Lee Yim melalui e-mel chin@dbp.gov.my.  Lain-lain14.11.2010
123

Kembali ke atas