Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ke.ra.san] | ککرسن

Definisi : perihal (sifat dsb) keras (dlm berbagai-bagai erti spt kekuatan, kekasaran, keazaman, kegiatan, dll), paksaan (dlm se­suatu tindakan): dgn ~ sukar dicapai penyelesaian; kumpulan jahat yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah dapat ditumpaskan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ke.ra.san] | ککرسن

Definisi : 1 perbuatan yg keras; kekuatan: Orang-orang yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah ditangkap. 2 keadaan atau sifat keras; kekuatan; kekukuhan: ~ kulitnya menyebabkan buah itu sukar dikupas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keras
1. Bersinonim dengan kuat
( kukuh, teguh, tegap, liat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

2. Bersinonim dengan bersungguh-sungguh
( giat, tekun, tekal, ceka, nekad, tabah, sepenuh hati, penuh minat, )
(adverba:)
Berantonim dengan sambil lewa

3. Bersinonim dengan tegas
( teguh pendirian)
(adjektif:)
Berantonim dengan tolak ansur

4. Dalam konteks kawalan
bersinonim dengan ketat, rapi,
(adjektif:)
Berantonim dengan longgar

5. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, tenat, berat, payah, yang membahayakan,
(adjektif:)
Berantonim dengan ringan

6. Bersinonim dengan hebat
( kuat, gagah, berani, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lemah

7. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kencang, deras, kuat, laju,
(adjektif:)

8. Dalam konteks suara bunyi
bersinonim dengan nyaring, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut, lunak

9. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan kesat, kasar, tidak sopan, biadap,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

10. Bersinonim dengan berpuaka
( berhantu, berpenunggu, )
(kata kerja:)

11. Dalam konteks minuman
bersinonim dengan memabukkan, beralkohol,
(kata kerja:)

12. Dalam konteks kritikan
bersinonim dengan pedas, tajam,
(adjektif:)

Kata Terbitan : berkeras, mengeras, mengerasi, mengeraskan, terkeras, kekerasan, pengerasan,

Peribahasa

Seperti pohon beringin ditiup angin.

Bermaksud :

Menentang kekerasan orang tanpa berlemah lembut.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Rockwell hardnesskekerasan RockwellKejuruteraanPolimerKekerasan bahan polimer sebagai satu nilai daripada ujian pelekukan. Dengan menggunakan beban dan saiz pelekuk yang berbeza-beza, ujian kekerasan Rockwell memberikan skala kekerasan berbilang seperti skala C untuk logam, dam skala R, L, M, E, K untuk plastik.
hardness testujian kekerasan; ujian keliatanGeologiTiada1. Ujian keliatan: Ujian untuk menentukan kandungan kalsium dan magnesium air.,2. Ujian kekerasan: Ujian untuk menentukan kekerasan relatif suatu logam, atau bahan-bahan lainnya mengikut skala tertentu, seperti skala Brinell, Mohs, atau Shore.
Rockwell hardnesskekerasan RockwellKejuruteraanTiadaUkuran kekerasan bahan seperti yang ditentukan melalui ujian kekerasan Rockwell.
acquaintance robberyrompakan kenalanKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah kekerasan yang melibatkan pengambilan atau percubaan mengambil sesuatu barang milik mangsa yang dikenali. Perbuatan jenayah ini menggunakan sama ada kekerasan fizikal, ancaman kekerasan atau meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan.
indentation bardnesskekerasan lekukKejuruteraanKejuruteraan MekanikKekerasan bahan yang ditentukan oleh saiz pelekukan akibat tindakan alat pelekuk yang dikenakan beban tetap. Kekerasan ini juga boleh ditentukan melalui magnitud beban yang diperlukan untuk menghasilkan lekukan dengan kedalaman yang telah ditetapkan. Pelekuk yang digunakan terdiri daripada mata tajam atau mata bulat bergantung pada keperluan ujian. Alat yang digunakan untuk mengukur kedalaman lubang lekuk ialah meter keras.
non-violencetanpa kekerasanSains PolitikHubungan AntarabangsaStrategi politik yang digunakan oleh pihak tertentu bertujuan untuk membangkang penggunaan kekerasan oleh kerajaan. Strategi ini biasanya melibatkan demonstrasi atau tunjuk perasaan secara aman. Mahatma Gandhi terkenal dengan strategi tanpa kekerasan dalam pergerakan kebangsaan India. Ramai ahli politik mendapat inspirasi daripada perjuangan Gandhi dan menggunakan cara tanpa kekerasan dalam bangkangan politik mereka.
hardness testujian kekerasanFarmasiFarmaseutikUjian untuk menentukan tahap kekerasan. Ujian ini merupakan salah satu ujian kawalan mutu yang dilakukan ke atas bentuk dos tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan. Lihat juga kekerasan tablet.
hardnesskekerasan;; keliatan (air)GeologiTiada1. Kekerasan: Ketahanan mineral terhadap penggoresan.,2. Keliatan: Sifat air yang mencegah pengeluaran buih sabun yang banyak disebabkan terutamanya oleh bikarbonat, klorida, dan sulfat dari kalsium dan magnesium.
hardness testujian kekerasanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUjian untuk menentukan kekerasan lapisan atas cat.
Moh's scale of hardnessskala kekerasan MohGeologiTiadaPiawai kekerasan mineral yang merupakan suatu siri nombor dari satu hingga sepuluh yang sepadan dengan mineral-mineral rujukan, iaitu talkum 1., gipsum 2., kalsit 3., fluorit 4., apatit 5., ortoklas 6., kuarza 7., topaz 8., korundum 9., dan intan 10..
12345678910...

Kembali ke atas