Frasa yang mana betul. Yakin dengan kekuasaan Allah atau yakin akan kekuasaan Allah | Kedua-dua frasa tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 22.08.2022 |
peribahasa pada maksud "dalam tangan" | Maksudnya ialah dalam kekuasaan(kemampuan, milik) seseorang,sudah tentu dapat atau akan diperoleh. | Lain-lain | 10.04.2008 |
Makna dalam tangan | Makna dalam tangan ialah dalam kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh. | Ejaan | 09.08.2006 |
contoh ayat untuk perkataan 'Kartika', Terima kasih DBP | Biar bulan, matahari dan kartika menjadi guru kehidupan yang mengajar erti kekuasaan sebenarnya, menduga kebijaksanaan dan menunjukkan betapa kerdilnya kita. | Lain-lain | 15.03.2022 |
maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
maksud peribahasa.1. dalam tangan 2. ada bakat. 3.bahasa kesat.4. bekas tangan.5. baik hati. 6.ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
Apakah maksud dominasi dalam Kamus Dewan edisi ke-empat dan dalam muka surat ke-berapa perkataan "dominasi" berada dalam kamus tersebut? | Mengikut Kamus Dewan perkataan ‘dominasi’ bermaksud menguasai, mengenakan atau menimpakan kekuasaan terhadap sesuatu. Sila klik pautan berikut http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dominasi | Makna | 21.10.2014 |
ERTI PERKATAAN MAGIS | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, magis bermaksud luar biasa dan mengandungi (mempunyai) keupayaan dsb yg tersembunyi, ghaib:Contoh ayat, kisah kehidupan di angkasa raya dgn kekuasaan ~ atau yg berunsurkan tahyul; mengikut Winstedt, raja itu juga mempunyai kuasa ~. | Lain-lain | 01.06.2010 |
Amir Azizi TUES 18:53 Asalamaualaikum Asalamualaikum Apa yang dimaksudkan dengan negara Mohon penjelasan | Salam, Negara bermaksud 1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan tertentu | Makna | 29.11.2016 |
Apakah perbezaan antara sekitar kawasan dengan kawasan sekitar? | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerintahan atau wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu.Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal. | Lain-lain | 28.09.2021 |