Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.kua.tan] | کقواتن

Definisi : 1. tenaga, daya: makanan spt gula dan lemak menambah ~ badan; 2. kekuasa­an, keteguhan, kekukuhan: ~ musuh tidak dapat diduga; ~ batin (hati) kekuatan yg terdapat dlm batin manusia, kekuatan yg bukannya bersifat keduniaan (kebendaan); ~ iman keteguhan iman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.kua.tan] | کقواتن

Definisi : 1 tenaga; daya: Umurnya beransur tua dan ~nya pun makin berkurang. 2 keadaan kuat; keteguhan; kekukuhan: Kita hendaknya janganlah mengecil-ngecilkan ~ pihak musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuat (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh,
Berantonim dengan lemah

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan,
Berantonim dengan rapuh

3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar,
Berantonim dengan lemah

4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat,
Berantonim dengan ringan

5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,

6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,

Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan,

Peribahasa

Kuat berdiri pohon kerana akarnya,
     kuat akar kerana tanah.

Bermaksud :

Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan kepastian tentang terjemahan beberapa perkataan (BI kepada BM) 1. Curiosity strength = kekuatan perasaan ingin tahu 2. Jugment/critical thinking strength = kekuatan pemikiran kritis/penghakiman 3. Perseverance strength= kekuatan kegigihan 4. Zest strength= kekuatan semangat diri 5.Kindness strength= kekuatan baik hati 6. Forgiveness/mercy strength = kekuatan dalam memaafkan dan belas kasihan 7. Humility/ Modesty strength = kekuatan kerendahan/kesederhanaan 8.Prudence strength= kekuatan dalam membuat pertimbangan 9. Spirituality/sense of meaning strength= kekuatan kerohanian dan rasa bermaknaan. Saya sedang menjalankan kajian (character strength)dengan melibatkan perkataan-perkataan tersebut. Walaupun penterjemahan telah dijalankan namun saya ingin mendapatkan ketepatan makna dalam BM. Maka berharap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian, terima kasih.Cadangan kami:
1. Curiosity strength - tahap perasaan ingin tahu
2. Jugment/critical thinking strength - tahap pemikiran kritis/penghakiman
3. Perseverance strength - tahap ketabahan
4. Zest strength - tahap semangat diri
5. Kindness strength - tahap kebaikan 
6. Forgiveness/mercy strength - tahap kemaafan dan belas kasihan
7. Humility/Modesty strength - tahap kerendahan hati/kesederhanaan
8. Prudence strength - tahap kebijaksanaan
9. Spirituality/sense of meaning strength - tahap kerohanian dan rasa bermaknaan
Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini perlulah disesuaikan dengan konteks penggunaannya.
Penyemakan dan penterjemahan30.11.2018
Saya ingin mendapatkan kepastian tentang terjemahan beberapa perkataan (BI kepada BM) 1. Curiosity strength = kekuatan perasaan ingin tahu 2. Jugment/critical thinking strength = kekuatan pemikiran kritis/penghakiman 3. Perseverance strength= kekuatan kegigihan 4. Zest strength= kekuatan semangat diri 5.Kindness strength= kekuatan baik hati 6. Forgiveness/mercy strength = kekuatan dalam memaafkan dan belas kasihan 7. Humility/ Modesty strength = kekuatan kerendahan/kesederhanaan 8.Prudence strength= kekuatan dalam membuat pertimbangan 9. Spirituality/sense of meaning strength= kekuatan kerohanian dan rasa bermaknaan. Saya sedang menjalankan kajian (character strength)dengan melibatkan perkataan-perkataan tersebut. Walaupun penterjemahan telah dijalankan namun saya ingin mendapatkan ketepatan makna dalam BM. Maka berharap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian, terima kasih.Terjemahan tersebut boleh digunakan kecuali perkataan penghakiman digantikan dengan pertimbangan dan memaafkan digantikan dengan pemaafan.Penyemakan dan penterjemahan14.11.2018
Apakah kekuatan dan kelemahan Sistem Ejaan Rumi Baru 1972

Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 menyelaraskan ejaan bahasa Melayu dan juga diterima pakai di Malaysia dan Brunei. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP) dan Tatabahasa Dewan.

Lain-lain14.08.2009
Assalamualaikum 1. Saya nak tanya berkenaan ayat monolog, adakah menggunakan petik kata tunggal, ' ' atau pengikat kata " ". Contoh ayat, 'ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini' atau "ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini". 2. Saya nak tanya dalam dialog atau monolog, penggunaan kata hmm, argh, haha, dan ayat yang menunjukkan eksperesi atau emosi dipanggil apa ya? 3. Kalau baca dalam sesetengah buku cerpen atau antologi, ada tanda ***** di akhir penceritaan. Apa nama tanda tersebut?

1. Monolog terbahagi kepada dua:

i. Monolog dalaman iaitu percakapan di dalam minda atau fikiran watak dengan dirinya sendiri. Ia tidak mengeluarkan suara. Untuk monolog dalaman, tanda petik yang digunakan ialah tanda petik tunggal (‘ ’).

ii. Monolog luaran iaitu percakapan watak dengan dirinya sendiri. Watak berdialog dengan diri sendiri dengan mengeluarkan suara, sama ada kuat atau hanya dapat didengari oleh dirinya sahaja. Untuk monolog luaran, tanda petik yang digunakan ialah tanda petik (“ ”).

Contoh ayat yang diberikan tidak menyalahi penggunaan tanda petik (‘ ’) atau tanda petik (“ ”) kerana ayat tersebut boleh diucapkan secara monolog dalaman atau luaran.

a. 'Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini.'

b. "Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini."

 

2. Dalam “dialog” atau “monolog”, penggunaan perkataan seperti hmm, argh, haha dan seumpamanya dipanggil sebagai “ekspresi”, untuk menggambarkan emosi watak sama ada suka, duka, marah dan lain-lain lagi.

 

3. Tidak ada nama khusus bagi tanda tersebut. Dalam penulisan karya kreatif, tanda sedemikian biasanya digunakan untuk menunjukkan “peralihan daripada satu kisah atau babak kepada kisah atau babak yang lain”. Walau bagaimanapun, setiap kisah atau babak tersebut mempunyai pertautan.  

Lain-lain18.11.2021
Assalamualaikum 1. Saya nak tanya berkenaan ayat monolog, adakah menggunakan petik kata tunggal, ' ' atau pengikat kata " ". Contoh ayat, 'ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini' atau "ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini". 2. Saya nak tanya dalam dialog atau monolog, penggunaan kata hmm, argh, haha, dan ayat yang menunjukkan eksperesi atau emosi dipanggil apa ya? 3. Kalau baca dalam sesetengah buku cerpen atau antologi, ada tanda ***** di akhir penceritaan. Apa nama tanda tersebut?

1. Tidak ada format yang standard berkenaan penggunaan tanda petik dalam monolog dan monolog dalaman kerana penggunaan tersebut lebih kepada gaya penulisan. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan “tanda petik” (“/”) bagi monolog dan ‘tanda petik tunggal’ (‘/’) bagi monolog dalaman.

2. Dalam “dialog” atau “monolog”, penggunaan perkataan seperti hmm, argh, haha dan seumpamanya dipanggil sebagai “ekspresi” untuk menggambarkan emosi watak sama ada suka, duka, marah dan lain-lain lagi. 

3. Tidak ada nama khusus bagi tanda tersebut. Dalam penulisan karya kreatif, tanda sedemikian biasanya digunakan untuk menunjukkan “peralihan daripada satu kisah atau babak kepada kisah atau babak yang lain”. Walau bagaimanapun, setiap kisah atau babak tersebut mempunyai pertautan.  

Karya24.12.2021
---- dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang. A Penilaian diri B Refleksi diri C Sumbang saran. Saya NANDHANA ingin mohon penjelasan.Untuk makluman, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut ialah:

Penilaian diri = perbuatan atau hal menilai
Refleksi diri = Gambaran diri
Sumbang saran = Perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, men­dapatkan idea-idea baru, dan sebagainya

Sehubungan dengan itu perkataan yang paling tepat digunakan ialah "penilaian diri". Ayat lengkap, Penilaian diri dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang
Lain-lain17.10.2015
1) Halakan flash terus kepada/pada objek. 2) masuk kepada/pada mode manual pada flash dan anikkan kekuatan flash mengikut keperluan.

Jawapannya seperti yang berikut:

1. Halakan flash terus kepada objek.

2....masuk kepada mod manual pada flash dan alihkan kekuatan flash mengikut keperluan. 

Tatabahasa17.11.2011
Setiap negara ASEAN mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing. Bolehkah kata bilangan pisahan setiap dan masing-masing digunakan serentak di awal dan di akhir ayat.Masing-masing, setiap, tiap-tiap merupakan kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Oleh itu gunakan salah satu sahaja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 288 untuk keterangan lanjut.Tatabahasa03.11.2010
salam, saya ingin bertanya tentang ayat ini. "Kekuatan pemain itu tidak terlawan oleh saya,"kata Ali kepada cikgu Asmad. Ayat ini betul atau salah? Kalau betul kenapa? Dan sekiranya salah kenapa? Sebabnya timbul kekeliruan tentang penggunaa ter- dalam ayat pasif apabila ada kata ganti diri pertama. Mohon penjelasan detail. Terima kasih.Frasa "tidak terlawan oleh saya" betul, kata kerja pasif dengan awalan ter- + oleh + kata ganti nama diri pertama. Yang tidak gramatis islah kata kerja pasif dengan awalan di- + oleh + kata ganti nama diri pertama.Tatabahasa21.09.2012
mohon tunjukkan kesalahan-kesalahan yang ada pada perenggan ini. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT.Ayat tersebut diperbaik menjadi: Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT.Tatabahasa05.07.2012
12345678

Kembali ke atas